Bursa Malaysia menganjurkan seminar saham di tempat anda,peluang keemasan ini harus di rebut sebab Bursa Malaysia mengalakkaan pelabur runcit untuk mendapat maklumat saham dari sumber yang betul.Pelabur saham yang baru berjinak dengan pelaburan dan memiliki banyak masa amat berpeluang mengguna kesempatan ini.Jadi ada 11 tips pelabur saham boleh guna ketika di seminar saham.
1.Buat temujanji dahulu dengan delear atau remisier anda jika anda ingin turut serta,bagi peserta baru,delear atau Remisier yang berpengalaman boleh menerangkan atau memudahfahamkan bahasa yang speaker guna,delaer atau remisier bertindak sebagai fasilitator atau pemudah cara kepada klien yang hadir.Jika tak jelas boleh bertanya selepas sessi seminar.Kurangkan bertanya ketika seminar sedang berlangsung bagi mengelak fokus anda tergangu.
2.Datang dengan niat ingin belajar dan jangan bawa minda anda dalam keadaan tidak sedia,minda tidak sedia badan dan keadaan anda juga tidak sedia.
3.Dengar apa yang speaker katakan,dan jika ada perkara tidak jelas tulis di dalam buku catatan
4.Dapatkan sebanyak mungkin bahan pelaburan yang ada di situ:Misalnya nota pelaburan,nota pandangan ekonomi oleh pakar ekonomi dan sebagainya
4.Bersalam dan bergambar dengan speaker pelaburan dan jika boleh bertanya kepada Speker perkara yang mudah dan komen beliau tentang pasaran saham dan insdustri
5.Bawa rakan yang ingin dengar bersama dan ada ‘passion’ yang sama.Jika tiada bawa diri anda yang dahagakan ilmu.
6.ketika rehat untuk minum,sila ambil kesempatan untuk siapkan diri ke tandas dan kembali semula dengan ceria dan senyum.
7.Bersemangat dan bersyukurlah sebab ingat anda di pilih di kalangan yang hadir untuk merubah pendapatan dan pandangan anda tentang pasaran saham
8.Dengar tentang isu di dalam pasaran,dengar dengan minat jika anda tidak minat bawa buku pelaburan yang lain atau majalah pelaburan yang anda suka kemudian baca.
9.Jadi seorang agressif dan bukan seorang yang pasif ketika di dalam seminar,tulis dahulu apa yang anda tidak tahu dan susun ayat samaada anda ingin bertanya di dalam bahasa Malaysia atau bahasa Inggeris orang lain.
10.PALING PENTING DAN PALING BERNILAI:Dengar soalan yang di aju oleh peserta seminar dan bagaimana Speaker menjawabnya.85% tips pelaburan datang dari pertanyaan peserta saham.
11.Jika jumpa kenalan baru,rajin-rajinlah ambil ‘contact’ dan anda boleh dapat kawan baru.
Lawati di http://www.bursamalaysia.com/market/events/workshopbursa-spot-your-opportunities-in-volatile-markets
Sumber:Bursa Malaysia.com
Untuk dapatkan maklumat lanjut.
Baca seterusnya: Nota Buat Beginner Dalam Pelaburan Saham
Nota:Saya ada di Bursa Malaysia pada sabtu23 Nov 2013,jadi siapa yang berminat untuk melabur dan mempelajari pelaburan saham,sila jumpa saya di sana.
atau email dahulu di perundingstockmarket@yahoo.com