Hari ini saya tidak sengaja terjumpa saudara Bobbi di library Nasional, dia menepuk bahu belakang saya dan terus menyapa,”Assalamualaikum” lalu dia pun menagur dengan baik,saya berada di galeri MPH yang membuka meja pameran untuk buku di jual pada kadar diskaun 10%,kami berbual dengan rancak dan memperkenalkan kepada penjual bahawa kami dahulu berdua adalah teman sebilik pada masa kami belajar dahulu,penjual buku itu tersenyum lebar.
Keluhan tentang perlaburan
Setelah saya memperkenalkan diri yang saya sedang bekerja di salah sebuah bank perlaburan. Bobbi terus teruja dan tanpa segan silu dia menceritakan tentang masalah yang dia hadapi tentang perlaburan dia,dia menyatakan bahawa dia terkena dengan skim Hadari Cattle dengan beberapa orang rakan dia dan duit dia “terbenam” tanpa mengetahui bila duit dia akan dapat balik,hal ini bukan dia kena seorang tapi ramai lagi yang terkena dan apabila mereka ini terkena mereka segan untuk menceritakan perihal mereka pada orang lain,
Pada masa yang sama Bobbi menceritakan juga yang dia tidak puas hati dengan ejen perlaburan unit amanah dia yang dia anggap boleh dipercayai yang beliau katakan telah meyerahkan segala urusan perlaburan kepada orang tersebut,ini menyebabkan beliau berasa marah dan agak tertekan pada masa sekarang.
Mendengar kisah bobbi diatas saya teringat kan pesan Warren Buffet seorang Bilionair bahawa “Kamu tak akan mendapat tawaran yang baik daripada orang tidak baik”kata-kata ini ada benarnya apabila kita hendak membuat keputusan untuk melabur,apabila kita hnedak membuat keputusan perlaburan,kita akan merasa teruja dengan jumlah pulangan yang agak lumayan,”Bang pulangan 30% setahun!” wah ini sudah dahsyat,kalau saya letak duit dekat ASB saya dapat 8% setahun dan ini cukup lumayan,maka kita pun sibuk memasang angan-angan yang tinggi bahawa kita akan memdapat jumlah perlaburan yang tinggi berbanding dengan instrumen produk lain,
Baca seterusnya: Bagaimana Anak Anak Bumiputera Boleh Jadi Jutawan Dalam Bidang Saham?
Salah satu sikap perlaburan yang membunuh pandangan yang betul tentang perlaburan ialah apabila kita hendak melabur kita tidak biasakan diri kita bertanya dengan orang yang betul,bertemu dengan orang yang betul dan membuat keputusan pada masa yang betul,Aik!banyak nak kena betul dalam hal ini,benar!takkan kita nak letakkan duit hasil titik peluh kita selama 30 tahun bekerja kepada perlaburan baru kita tahu ini beerti umpama terjun terus ke dalam sungai tanpa mengatahui kedalamannya ibarat membunuh diri!.
Sebenarnya dalam hal bobbi ini perkara pertama yang beliau perlu lakukan apabila ingin membuat perlaburan,beliau perlu memahami situasi semasa dengan matlamat objektif perlaburan,setiap perlaburan ada matlamat objektif masing-masing dan bersesuaian dengan nilai risiko yang boleh kita hadapi,di katakan apabila seorang itu hampir pada usia pencen instrumen risiko yang rendah adalah agak bersesuai dengan umur mereka ini yang memerlukan duit yang cukup untuk persedian hari tua dan juga kesihatan mereka,malah di samping itu Bobbi haruslah berkawan dengan 3 golongan professional ini untuk memantapkan proses membuat perlaburan, mereka ini antaranya,
1) Akauntan
Gambar:Contoh seorang akauntan sedang membuat penilaian.
Akauntan mcmana ni?banyak,baik sebaiknya akauntan di firma perakaunan dan Audit yang banyak menguruskan pelangan perniagaan kecil dan sederhana,seperti Zaidi & CO.mereka tahu banyak tentang perniagaan kerana mereka mengurus akaun perniagaan syarikat serta mengauditnya,anda boleh bertanyakan trend syarikat sekarang ini seperti bagaimana margin keuntungan mereka,tunai di tangan dan sebaginya.
2) Peguam
Contoh:Peguam sedang berbincang tentang pengambialihan korporat
Bukan peguam syarie ya tuan-tuan,peguam bertauliah yang banyak mengendalikan kes-kes perniagaan dan semasa seperti rumah dan sebagainya.Peguam yang menguruskan urusan tatacara setiausaha amat penting bagi individu pelabur saham,lagi banyak anda berkawan dengan mereka lagi banyak maklumat yang anda dapati seperti isu pemegang saham,terbitan hak,pengambungan dan pengambilalihan dan seumpamnya.
3) Investment Banker
Gambar:Contoh Investment Banker
Dealer/Remisier yang berlesen dari Suruhanjaya Sekuriti yang boleh memberikan gambaran semasa perlaburan sebab mereka ini boleh nampak terus apa aktiviti perlaburan secara makro,penting mengambil kira pandangan mereka tentang ekonomi semasa seperti dasar kerajaan,perihal pengguna dan sebagainya.
bagaimana dengan Financial Planner? Ha, ini pun boleh saudara bertanya tapi kita takut ada berlaku bias dan berat sebelah dalam hal ini,sebab mereka selalunya terikat dengan produk yang mereka tawarkan kepada orang ramai tapi tidak semua ya saudara sekalian,
apabila anda sudah daptkan maklumat,akan ada jawapan yang hampir sama atau sedikit berbeza atau semuanya berbeza,jadi yang penting disini ikut keutamaan risiko dan matlamat perlaburan.ianya lojik ,praktikal dan mengikut undang-undang maka apa lagi,teruskan niat anda.Pelaburan adalah perkara yang sangat lojik dan praktikal,bila ada pelaburan maka berlakulah perniagan pada masa yang sama dan ianya berlaku serentak,Warren buffet pernah berkata “Saya seorang pelabur kerana saya seorang peniaga dan saya juga seorang peniaga kerana saya adalah seorang pelabur”,dalam hal ini pandangan pelaburan dari kacamata seorang peniaga adalah sangat tepat kerana mereka nampak dengan jelas apa perbezaan kos,hasil dan margin keuntungan,ini semua ilmu asas perakaunan yang penting dalam menentukan keputusan dalam membuat perlaburan,
Perihal dalam ilmu perkaunan ini Buffet pernah menghadiri sebuah majlis keraian, disitu beliau didatangi dengan seorang rakan kenalan beliau,rakan beliau bertanya tentang anak buahnya yang akan masuk ke kolej untuk menyambung perlajaran,jadi apakah jurusan yang patut anak buahnya duduki,Buffet menjawab,”Ambillah Jurusan perakaunan,ia adalah bahasa perniagaan”,beliau juga menambah apakah ilmu yang boleh mengukur pencapaian sesebuah syarikat?Ilmu perakaunan adalah jawapannya.
Gambar:Warren Buffet
Dalam keadan ini sikap yang harus ada pada bakal perlabur seperti bobbi ialah tanya diri kita masing-masing berapa kadar risiko yang boleh kita hadapi?maka lagi tinggi risiko maka lagi tinggilah pulangannya dan pada masa yang sama lagi tinggi risiko maka lagi tinggi usaha yang kita kena lakukan untuk memahamkan instrumen perlaburan tersebut,sebagaimana ditunjukkan dengan gambarajah di bawah
RISIKO:TINGGI = PULANGAN TINGGI = USAHA MEMAHAMI TINGGI
Tinggi mana tuan,tinggi langit?bukan,tinggi usaha anda untuk mendalami dengan bertanya,memahami,menganilis daripada jumlah yang anda bayar atas kesilapan yang bakal anda hadapi dan semua produk perlaburan hendaklah didalam jangkaan tuan-puan.Jangan jadikan proses memahami itu sesuatu yang leceh dan menyusahkan,anda hendaklah ‘ENJOY’ dan gembira sebab anda tahu anda ingin membuat keputusan yang terbaik dalam hidup anda,Ingat pesan Buffet
“Saya merasa seronok dan ‘ENJOY’ akan proses menganalisis perlaburan saya yang saya sedang lakukan daripada menikmati hasil perlaburan saya”
OK, dalam hal demikian saya memberi nama sikap-sikap pelabur sebagai darjah sikap Pelabur.Iannya di kira bagi membezakan antara pelabur yang amatur,pertengahan(Novis) dan professional,saudara boleh aplikasikan didalam hidup anda.
Darjah Sikap Pelabur(Investor Attitude Index)
a)Amatur: (KADAR KEYAKINAN 30 %) asertif dan berhati,jangan ikut-ikutan adalah penyelamat anda,lagi banyak anda tahu lagi banyak duit anda dapat diselamatkan dan lagi untung anda pada perlaburan anda dan semuanya hendaklah berada dalam jangkaan anda.dapatkan nasihat dahulu daripada 3 orang penting (Akauntan,Peguam,Pegawai Perlaburan) untuk membentuk keyakinan saudara.
b)NOVIS(KADAR KEYAKINAN 40%-75%) :Sentiasa mendalami produk anda yang anda laburkan,pastikan anda periksa harga setiap kali dan mengikuti perkembangan perlaburan pada masa ke semasa dan sentiasa peka dengan keadaan ekonomi semasa seperti kadar Pinjaman Asas(BLR),GDP,geopolitik dan yang penting INDEX KLCI/DOW JONES anda.
c)PROFESSIONAL: (75% keatas)Anda pernah mengalami turun naik pasaran dan pernah merasa kerugian dan keuntungan dalam jangkaan anda,pastikan anda seorang yang rajin membaca dan anda ada sikap berkongsi atas apa yang anda tahu untuk di aplikasikan didalam perlaburan anda,anda pada tahap ini anda sudah bukan lagi sebagai GAMBLER yang memasuki/ membeli perlaburan secara membuta tuli dan setiap pergerakan pasaran berada didalam jangkaan anda dan anda merupakan seorang individu yang berkeyakinan tinggi.
Jesteru,Jadikan apa yang anda tahu sebagai asset anda,ingat.Minda merupakan senjata yang paling ampuh dalam pelaburan,bangunkan diri anda sebagai individu pelabur yang berjaya dengan membuat keputusan yang betul dan jelas perkembangannya.Semoga anda menjadi pelabur Jutawan!
3 comments
“…3 golongan professional ini untuk memantapkan proses membuat perlaburan, mereka ini antaranya,..”
>> kena tambah satu lagi ni…
– good property/real estate investment player…
Saya setuju…ruangan di atas hanyalah sekadar pandangan peribadi yang boleh di kongsi,Terima kasih tuan Ib!
[…] Nota:3 individu penting di sisi pelabur Saham dan darjah sikap pelabur Bookmark on Delicious Digg this post Recommend on Facebook share via Reddit Share with Stumblers Tweet about it Subscribe to the comments on this post […]