Asslamualaikum dan Salam Maulidur Rasul semua…
Baik,Hari ini saya hendak berkongsi tentang saham-saham Amerika yang akan meletup pada masa akan datang
Stepehen Lebb pengarang buku ‘Game Over, How You can prosper in a shattered economy’ telah memberikan idea pelaburan saham kepada saya tentang inflasi dan kenaikan harga komoditi terutamanya minyak.Kenaikan harga minyak menyebabkan bebarapa komoditi bernilai harga juga akan naik sama seperti Uranium,Perak dan Arang Batu.
Dalam hal ini saya ingin berkongsi potensi saham asing yang pada hemat saya akan ‘meletup’ pada masa akan datang
1)Silvercorp Metals Inc. (USA) (Public, NYSE:SVM) Harga:USD12.02
Saham perlombongan perak di Canada,kita sedia maklum harga perak selari dengan harga emas sedunia dan trend ini kita nampak sejajar dengan turunnya nilai Dollar Amerika,lagi turun nilai Dollar Amerika lagi banyak pembeli akan membeli komoditi perak di sebabkan kosnya murah.
Anda boleh membaca tentang maklumat asas di Reuters dan Bloomberg.Cuma saya di sinin secara teknikalnya saya nampak trend harga saham SVM terus melonjak pada 25 ogos 2010 iaitu pada harga USD7.25 dan sekarang menjadi USD 12.05 kenaikan sebanyak 39.83% dalam masa 6 bulan.Support USD 10.02 dan Resistence USD13.59 dan jikalau harga ini memecah USD13.59,harga teersebut akan pergi lagi tinggi!
2)Denison Mines Corp.(Public, AMEX:DNN) Harga;USD4.45
Semua negara sibuk dengan membina janakuasa nuklear ,untuk menjananya kita perlu memiliki Uranium,di seluruh dunia 35 janakuasa nuklear sedang di bangunkan untuk keperluan rakyat global dan saya perhatikan harga saham pengeluar Uranium tidak menoleh ke belakang lagi,harga DNN telah melepasi paras teknikal USD2.22 pada 4 Mei 2009 dan harga saham tersebut melonjak ke harga sekarang iaitu USD4.45!Zacks Investment
Research(http://www.zacks.com/research/get_news.php?id=045l7298)memberikan amaran yang harga saham ini akan terus melonjak lagi di dorong dengan data syarikat yang kukuh dan permintaan Uranium bertambah.
3)Precision Drilling Corporation (Public, NYSE:PDS) USD11.27
Saham pengerudi minyak di Padang Pasir Kanada ini memiliki sejumlah kawasan perlombongan minyak yang besar di Kanada,di dorong dengan harga minyak semakin naik yang menyebabkan berlakunya huru hara inflasi seluruh dunia serta kekacauan di Tunisia dan Mesir baru-baru ini.Harga saham PDS melepasi pada harga USD8.59.support USD8.59 dan resistenca USD15.23.
Kapitall melaporkan saham PDS memiliki tim pengurusan yang kukuh yang menjana pertumbuhan pelabur(http://seekingalpha.com/article/246270-5-stocks-under-10-backed-by-solid-management-teams).Saham ini di senaraikan di bursa New York dan Toronto,Kanada.
Baca seterusnya: 5 Potensi Saham Shariah Amerika Dari Sumber Teknologi Blockchain