Home Dealer/Remisier 5 Kelebihan Dealer Remisier Bumiputera Yang Orang Lain Tidak Tahu

5 Kelebihan Dealer Remisier Bumiputera Yang Orang Lain Tidak Tahu

by Mohd Al Adzha

Saya percaya semua orang ingat termasuk mereka yang bekerja di Bank pelaburan bahawa pekerjaan ini didominasi oleh satu bangsa sahaja,sehingga golongan bumiputera malu dan segan melabur dalam pasaran saham.

Baik,dalam hal ini sistem remisier atau broker saham di sandarkan kepada golongan bumiputera,sistem ini masih diguna sejak kali pertama bursa Saham kuala Lumpur dilaksanakan pada tahun 1970.

Hinggakan jika sebuah firma broker itu ingin menambah remisier atau merekrut mereka terpaksa melihat kuota bumiputera dan bukan bumiputera di tempat mereka.Jika tidak cukup golongan bumiputera ini,maka firma tersebuat tidak boleh menambah remisiernya.

Remisier atau dealer saham adalah ‘pencari makan’ bagi sebuah firma bank pelaburan atau sekuriti.mereka merupakan ‘soldier of fortune’ bagi syarikat broker,tanpa mereka segalanya agak tempang.

baik mari kita teruskan 5 kelebihan yang ada pada remisier Bumiputera.

1. Kuota Bumiputera

Setiap bank pelaburan yang ingin menambah dealer atau remsier perlu merujuk di jabatan sumber manusia mereka untuk mengatahui nisbah bumiputera dan bukan bumiputera,pada masa sekarang ini nisbah yang dibuat adalah berdasarkan 2 kepada 1,bermaksud 2 orang bukan bumiputera untuk 1 remisier bumiputera.Jika tidak cukup kuota ini,maka firma bank pelaburan tidak boleh merekrut bukan bumiputera untuk menjadi Remisier.

2. Elaun  Remisier Bumiputera

Elaun Remisier Bumiputera diberi berdasarkan upah broker remisier tersebut,sebenarnya bantuan ini diberi memandangkan pada masa dahulu tidak ramai golongan bumiputera ingin mencebur diri dalam bidang professional seperti ini.

Contoh Elaun Remisier Bumiputera ialah,setiap bulan jika Remisier mendapat komisen broker kasar(gross brokerage) sebanyak RM250,maka Remisier tersebut akan mendapat elaun sebanyak RM1500.

Akan tetapi jika pada bulan tersbut mendapat upah broker RM4000,maka di bahagi dua dengan bank pelaburan,remisier tersebut tidak akan mendpat minimum elaun RM1500 disebabkan mendapat upah broker RM2000 itu tadi.

3. Geran pendidikan professional percuma

Saya boleh katakan ini yang terbaik di dunia,di Singapura,Amerika Syarikat atau United Kingdom anda sebagai stockbroker  anda perlu membayar kos belajar berjumlah RM15000 untuk mendapat pengiktirafan dalam bidang Teknikal Analisis atau RM35000 untuk belajar Chartered Financial Analysts(CFA)

Bayangkan Mr Wong Kah teck seorang penceramah kewangan terkenal  mengenakan caj RM4800 seorang untuk kelas beliau,disebabkan beliau memiliki CFA.Memang mahal ilmu buat ini bukan?

Jika tuan dalam bidang Kewangan peribadi seperti menjual unit amanah,klien anda akan bertanya,tuan ada Chartered Financial Planner(CFP)?,pasti tercabar bukan walhal tuan adalah ‘sales champion’.

Kos belajar CFP dengan peperiksaan ini menjangkau RM8000,akan tetapi jika anda seorang remisier dan ingin belajar CFP,ianya adalah PERCUMA!

antara kursus profesional yang boleh menaik nilai seorang dealer atau Remisier

1.Chartered Market Technician(CMT)=RM30000

2.Chartered Financial Analaysts(CFA)=RM35000

3.Chartered Financial Planner(CFP)=RM8000

4.Diploma In Technical Analysts Dari MSTA=RM15000

ramai antara kita atau bumiputera yang tidak merebut peluang ini.

4. Bilik dan kelengkapan tersedia

Saya di beritahu oleh salah seorang pegawai sokongan di bank pelaburan yang mengurus hal ehwal Remisier,beliau menyebut

“Bang,jika bumiputera ingin menjadi remisier,segala kelengkapan seperti PC dan saluran telefon kami sediakan,tapi jika bukan bumiputera kami tak sediakan”

Saya”Oh,Ok”(terharu)

Akan tetapi tak semua broker mampu buat demikian.

5. Deposit yang rendah

Kami sebelum ini ada menyebut jika deposit menjadi Remisier ialah RM50000,akan tetapi untuk Bumiputera ada di benarkan dengan modal RM30000 hingga RM5000,bergantung kepada firma broker yang menawarkan.

Jesteru sesiapa yang ada bakat dalam bidang Remisier ini,jangan lepas peluang untuk menjadi seorang yang pakar  dan juga dari golongan yang tidak mensesiakan masa dan peruntukan yang kerajaan beri,Ayuh tuan puan semua,dengan modal belajar Modul 6 dan modul 7 sahaja,tuan puan boleh menikmati peruntukan diatas.

Related Articles

Leave a Comment