Saham Indonesia dalam perhatian kami sejak ada klien kami membeli saham dari negara Presiden Jokowi tersebut pada tahun 2017
kami mula memerhati kan perkembangan saham di Indonesia apabila berita pengerusi Airasia Tan Sri Datuk Dr Tony Fernandes mengumumkan bahawa Airasia Indonesia akan mengapungkan(ipo) saham AirAsia Indonesia dengan cara ‘back door listing’.
Sumber:jogja.tribunnews.com
sebelum ini syarikat Malaysia seperti Maybank dan CIMB bank membuat cara yang sama untuk melebarkan sayap perniagaan di Indonesia.
dan setelah klien kami mendapat keuntungan saham Airasia Indonesia pada kadar 90% dalam masa 4 hari!,
kami mendapat permintaan dari klien klien kami di Kuala Lumpur untuk mencari peluang pelaburan saham dari negara berjumlah penduduknya 230 Juta tersebut.
sebelum kami jelas lebih lanjut,mari kami kongsikan mengapa pelabur saham Malaysia boleh membeli saham Indonesia tanpa perlu membuka akaun pelaburan saham Indonesia di Jakarta dan sebagainya
1. Kadar matawang Ringgit ke Rupiah tinggi
Pada masa ini,kadar matawang Indonesia dan Malaysia bersamaan (100000 rupiah bersamaan RM30) atau nilainya 0.0003 berbanding dengan matawang malaysia,keadaan ini memberi peluang kepada pelabur Malaysia membeli saham pada modal RM yang rendah.
ini merupakan susatu kelebihan kepada pelabur Malaysia.
sama keadannya apabila kadar RM kepada Sing Dollar rendah,maka pelabur saham Singapura dapat membeli saham Malaysia pada harga yang murah dan mendapat unit yang banyak.
2. Harga saham indonesia murah berbanding dengan matawang lain dan pelabur boleh menikmati unit pelaburan saham yang banyak.
Harga saham di Pasaran Bursa Efek Jakarta(Bursa Saham Jakarta) adalah sekitar 20 rupiah ke 15000 ribu Rupiah seunit.
jika harga saham 20rupiah dan ditukar kepada RM akan mendapat harga 0.006 sen,ianya bukan 6 sen seunit saham tetapi lebih rendah lagi!
peluang ini memberi impak pelaburan dari segi ‘volume’ pelaburan,kelebihan ‘volume’ memain peranan jika harga saham itu meningkat naik dan ini bermaksud unit saham boleh didapati dengan modal RM minima.
3. Dapat membeli saham bisnes taikun pada harga murah,
Empayar bisnes taikun di Asia Tenggara seperti syarikat milik penerbangan Malaysia Airasia Indonesia amat murah berbanding membeli saham Airasia di papan bursa Malaysia
sekarang ini harga saham Airasia Malaysia sekitar RM3.70 seunit dan tidak patuh shariah,berbanding harga saham Airasia Indonesia sekitar 450 rupiah(13.5 sen seunit!)
jika pelabur yang memiliki modal minima pasti akan membeli saham Airasia Indonesia kerana harganya murah dan mendapat unit yang banyak
contoh lagi satu ialah empayar syarikat Wilmar milik manusia terkaya di Malaysia iaitu Tan Sri Robert Kuok,beliau memiliki empayar bisnes di Singapura(Wilmar),Malaysia (PPB berhad dan Shangri la) dan di indonesia beliau memiliki rangkaian bisnes mee segera dengan jenama Indo Mee
syarikat tersebut ialah Indofood Sukses Makmur ,sekarang ini harga saham ini didagangkan dalam lingkungan 7950rupiah
sumber:WSJ.com
jadi anda bayangkan dengan saham Singapura pada harga SGD 3.17(RM9.60)sesaham berbanding memiliki saham Indofood sukses Makmur 7950rupiah(RM2.38) seunit
jika modal RM10000 pasti anda fokus memilik saham Indofood Sukses makmur
saham Indofood sukses Makmur ini meroket dari harga 880rupiah pada tahun 2008 kepada 7950 rupiah,peningkatan 9 kali ganda harga selepas 10 tahun.
4. Waktu dagangan lewat 1 jam dengan waktu Malaysia.
waktu dagangan saham indonesia adalah satu jam lewat dari waktu Malaysia.Contohnya jika waktu di Kuala Lumpur pukul 9 pagi,di Jakarta ianya pukul 8 pagi,perbezaan lewat satu jam ini memberi kelebihan’trading’ kepada ‘trader’ Malaysia.
misalnya jika ‘trader’ Malaysia melihat pasaran Malaysia agak suram,mereka boleh beralih kepada pasaran saham Jakarta,ini satu kelebihan dari segi pelabur saham Malaysia boleh membuat duit bukan dari Bursa Saham Kuala Lumpur.
5. Sistem saham Shariah mirip Malaysia
Otoritas Jasa Keuangan(OJK) atau di Malaysia dipanggil Suruhanjaya Sekuriti (SC)sudah menubuhkan badan Shariah mirip Jabatan Shariah SC.
OJK badan Shariah akan mengeluarkan senarai saham Indonesia patuh Shariah setiap tahun dan disemak semula setiap bulan November.
pada bulan tersebut OJK akan mengeluarkan senarai terbaru saham saham Indonesia yang patuh Shariah dan ini memberi peluang kepada pelabur Malaysia yang sensitif dengan kaedah saham shariah.
jadi anda bayangkan anda boleh membeli saham shariah tanpa was was dari negara majoriti penduduk Islam Sunni di dunia.
Baca seterusnya: Bagaimana Melakukan Urusan Jual Beli Saham Shariah Indonesia?
rujukan saham Shariah Indonsia boleh rujuk di web dibawah
Sumber:staff bank Aceh Shariah
http://www.idx.co.id/id-id/beranda/produkdanlayanan/pasarsyariah/indekssahamsyariah.aspx
berminat melabur saham shariah Indonesia?boleh PM kami untuk membuka Trading pelaburan saham.
2 comments
Mcm mana saya ingin mula melabur di pasaran saham indonesia, Bagaimana mana saya ingin membuka acc cds disana
sama saja dengan membuka akaun CDS Trading dengan Broker tempatan seperti Affinhwang yang ada ‘access’ pelaburan saham luar negara
boleh PM admin di 0173351380 untuk maklumat lanjut.