Home Idea Pelaburan 5 Langkah Mudah Memulakan Pelaburan Saham

5 Langkah Mudah Memulakan Pelaburan Saham

by Mohd Al Adzha

Semua orang ingin melabur saham akan tetapi tidak semua  orang Berjaya dengan pencapaian pelaburan saham masing-masing,akan tetapi di sini ada beberapa langkah mudah anda boleh memulakan pelaburan saham dengan sendirinya,mari kita lihat satu persatu.

1. Ambil tahu

Senang sahaja,anda harus bersikap ambil tahu dan ambil tahu walaupun anda pengemar ‘Tahu Bakar’,ambil tahu atau bahasa orang muda ialah ‘ambil port’ memang paling penting  dalam pelaburan saham,pergerakan harga saham di dorong oleh berita,dan anda sebagai orang mahu melabur di dalam saham perlu ambil tahu dan kerap bertanya soalan kepada mereka yang mahir seperti Remisier,wakil peniaga  dan seumpamanya.

2. Minat kepada perniagaan

Minat berniaga mendorng seorang itu mendalami tentang saham,anda bayangkan Tan Sri Syed Al Bukhari seorang bilionair yang minat berniaga sejak dari kecil hingga beliau memiliki pegangan di dalam saham MMC,GAMUDA,IJM dan lain-lain lagi,minat sahaja tidak mencukupi,anda harus ambil iniasiatif dan salurkan emosi anda di dalam memahami bahasa perniagaan utama iaitu bahasa perakaunan dan juga matematik perniagaan.Selami kata-kata Warren Buffet “Saya seorang pelabur yang bagus disebabkan saya juga peniaga yang bagus”.

3. Beli saham atas apa yang anda tahu.

Buffet menyebut “Sentiasa gunakan apa  yang anda tahu” ketika di tanya oleh Janet Tavakoli didalam buku bertajuk “Dear Mr Buffet,what an Investor learns 1269 miles from Wall Street”.dalam hal ini jikalau anda seorang peladang sawit pasti anda membeli saham IOICORP,Rimbunan Sawit dan Tabung Haji Plantations di sebabkan kapasiti anda yang mahir tentang selok belok pertanian sawit,demikian juga jikalau anda seorang pakar IT,anda juga pasti tahu tentang saham yang berkaitan dengan IT dan sebagainya,pokoknya anda mengaplikasi atas apa yang anda tahu,akan tetapi tidak salah jikalau anda melabur saham bukan dari bidang anda.

4. Modal semampu

Modal memainkan peranan didalam pelaburan,dalam hal ini soal sedia melabur atau tidak penting,ramai orang beranggapan  bahawa saya akan mula melabur saham apabila saya ada cukup modal,sebenarnya ini pandangan yang silap,sepatutnya pelaburan saham bermula dengan pelaburan Ilmu,Islam mengajar kita supaya membaca bukan belajar,jadi apalagi bacalah artikel saham di Investopidia,Wkipedia dan sebagainya,Jim Rogers adalah pelabur komoditi yang terulung,beliau menulis buku “A gift to my Children” yang menyebut “wahai anakku belajarlah semampu kamu sebab ilmu itu adalah milik kamu.”

Kuasa membaca Jim Rogers amat tinggi dan beliau memperuntukkan berjam-jam untuk membaca data dan membuat analisis sebaik mungkin,ghairah Jim Rogers membaca untuk pelaburan sangat di kagumi oleh rakan beliau iaitu George Soros.Tuan-puan kuasa membaca jangan di abaikan.peruntukkan sejumlah wang saku anda  untuk membeli buku panduan pelaburan yang bermanfaat.

5. Pilih Hero yang betul.

Di dalam saham melabur tanpa cita-cita ibarat memandu keratapi  tanpa landasan  dan saya yakin pelaburan itu tidak akan membuahkan hasil,melabur saham adalah pelaburan membina harapan dan impian,impian tanpa pelaksanaan ibarat perkara yang sia-sia,spesifikkan siapa hero anda dan dalamilah kaedah pelaburan mereka,banyak pelabur yang berjaya yang menjadi pengurus dana yang terulung seperti David Einhorn,Bruce Berkowitz,Buffet dan semua ini anda boleh selidiki di Gurufocus.com.

Di Malaysia pula Pengurus Dana I Capital Berhad,encik Tan Teng Boo dan juga pengurus dana unit Amanah PHEIM encik Tan Chong Koay juga tidak kurang hebatnya.

Baca seterusnyaPesan Uncle Lim Kepada Pelabur Saham

Jesteru langkah pertama untuk bejaya di dalam segala kerjaya hatta melabur saham sekalipun ialah mulakan dengan sikap yang betul,fahami keadaan dan rajin-rajinkan majukan  diri anda didalam menaksir dan menganalisis pelaburan.Semoga berjaya.

Related Articles

Leave a Comment