Assalamualaikum warahmatullah dan salamat menjadi pelabur jutawan,
Apabila kita melabur didalam sasuatu intrumen,seperti saham,unit amanah,nota hutang dan sebagainya,kita perlu di dampingkan dengan ayat-ayat Al Quran agar pelaburan kita itu berkat,bertambah-tambah untung serta manfaatnya dan mendatangkan keyakinan ilmu kita untuk terus melabur,Al Quran adalah pendamping yang terbaik di dalam proses pelaburan kita kerana ianya petunjuk kepada orang-orang mukmin yang agar berjaya di dunia dan akhirat,untuk itu mari kita fokus surah ini satu persatu surah yang mendatangkan khafiat dan manfaat yang banyak kepada pelabur.
1) Al fatihah
Setiap hari kita selalu membaca surah ini ketika solat dan selapas solat,Al- Fatihah merupakan surah yang pendek mengandungi 7 ayat yang dibaca,khafiat surah ini amat banyak hinggakan dapat menyembuhkan penyakit,menghilangkan kegusaran serta pengamalnya di kasihi Allah SWT,Al Fatihah memberikan petunjuk kepada orang beriman agar yakin dengan pelaburan yang di buat adalah bersumberkan hidayah dari Allah SWT dan pembacanya akan di doakan oleh malaikat.
Surah ini memberikan ilham kepada pelabur supaya yakin akan ketentuan Allah dan sentiasa mengharapkan Allah SWT memberikan pertolongan dari segala arah agar pelaburannya itu mantap dan berkualiti,jadi anda bayangkan sesiapa yang melabur membeli saham tanpa di mulai dengan Al Fatihah seolah-olah berlaku kepincangan ke atas pelaburan tersebut.Hadis Rasulullah SAW yang di riwayatkan oleh Ibnu Abbas menyebut
Gambar :Sumber http://lynaniza.blogspot.com/2011/05/surah-amalan.html
“Suatu hari semasa Malaikat Jibril A.S berada disisi baginda,tiba-tiba mendengar satu suara dari atas yang menyatakan pada hari ini sebuah pintu langit di buka dan turun satu malaikat memberi salam sambil berkata :”Bergembira lah dengan dua NUR penerangan yang dikurniakan oleh Allah kepadamu dan belum pernah dikurniakan oleh Allah kepada seorang nabi sebelum kamu iaitu Fatihah kitab dan akhir surah Al Baqarah .Tiada engkau membaca satu huruf pun melainkan daripanya permintaan mu di tunaikan.”
2) Surah Yasin
Surah Yassin ini hampir semua para muslim membacanya demi mendapat permohonan dan sesuatu yang di hajatkan kepada Allah SWT,didalam sebuah hadis menyebut Surah Yasin ini merupakan hati Al Quran dan barang siapa membacanya akan di ampunkan dosa-dosa yang lalu.
Surah Yasin amat penting kerana ada unsur pengampunan dari dosa-dosa yang lampau dan apabila mendapat keampunan maka selapas itu hidayah Allah akan turun dengan penuh rahmat.Di dalam hal ini ada orang bertanya tentang apa .kaitan diampunkan dosa dengan pelaburan?sebenarnya di ambil dari sebuah kisah dari seorang sahabat yang mengadu kepada Saidina Umar R.A tentang perihal mendapatkan anak kerana beliau sudah lama berkahwin dan tidak di kurniakan sebarang anak,maka saidina Umar memberitahu hendaklah kamu beristhgfar banyak-banyak supaya Allah memberikan rezeki yang melimpah ruah kepada kamu dari anak pinak ,tanaman yang menjadi dan sebagainya,dan dari segi rezeki pelaburan ialah apa yang kita laburkan kita berharap akan mendapat keuntungan pada masa akan datang dan keuntungan yang akan datang merupakan rezeki yang Allah beri kepada hambanya setelah hambanya bertaubat dan beristhgfar.dan ini menyebabkan pelabur tersebut atau hambanya bersyukur
3) Surah As sajadah
Pernah kah anda berkongsi idea pelaburan dengan orang lain,anda dikritik hebat oleh orang lain,hinggakan anda berasa putus asa dan menyalahkan takdir,hinggakan kita menyebut di dalam pelaburan “kalaulah aku ikut cakap orang itu pasti akan berjaya“ atau „Kalaulah aku mula dari awal pasti akan untung“,sebenarnya perkataan “kalau” ini memberi peluang kepada Syaitan supaya was-was dengan pelaburan kita,untuk menjadi mantap anda perlu fokus dengan apa yang anda tahu dan pedulikan hal orang lain,ini di pesan oleh pelabur jutawan seperti Warren Buffet,Jim Rogers dan George Soros.
Khafiat Surah As Sajadah antara .lain yang di sebut oleh Rasullullah SAW menyebut mendapat iman yang kuat serta ilmu yang yakin.Di dalam pelaburan ilmu yang yakin berguna apabila anda melabur secara konsisten atau istilah lain anda mengunakan “Dollar Cost Averaging” bermakna anda melabur secara berkala dan kerap selama mana anda melabur.
Kadang-kadang anda sudah teguh dengan pelaburan anda tiba-tiba datang orang lain mengajak membuat pelaburan lain.Maka jika anda membaca surah As Sajadah dan faham apa isi kandungannya maka saya pasti anda boleh berkata “TIDAK” kepada pelaburan lain.
4) Surah Al Waqiah
Sebelum saya ulaskan lebih lanjut pernahkah anda mendengar seorang melabur saham rugi dan jatuh papa kedana,pernah bukan ?dalam hal ini,cuba renungkan hadis Nabi SAW tentang Surah Al Waqiah ini,Baginda Rasullullah menyebut barang siapa membacanya setiap malam maka pembacanya tidak akan jatuh miskin,sebenarnya pelaburan yang terbaik tentang saham ialah pelaburan memantapkan ilmu,Warren Buffet menyebut ‘bina kecekapan pelaburan anda’ untuk saham anda perlu memahami pasaran saham,analisis saham dan seumpannya dan jika anda tahu banyak tentang saham pasti keuntungan akan menyebelahi anda dan anda dapat mengurang kan risiko dari rugi.Jadikan janji Rasullullah sebagai amalan anda untuk meraih rezeki yang berganda.InsyAllah.
5)Surah Al Mulk
Surah ini di panggil surah kerajaan,kerajaan apa?sudah tentu kerajaan Allah SWT,para pembaca yang merenung nama surah ini pasti menitiskan air mata yang di sukai oleh para malaikat kerana kita sedar dan perasan apa yang kita pegang,baca dan sentuh dan rasa malah apa yang kita miliki sebenarnya bukan kita yang punya tapi Allahlah yang punya yang memiliki segala isi langit dan bumi,Surah ini dicintai oleh Rasullullah SAW agar umat baginda membacanya tiap-tiap malam bersama surah As Sajadah sebelum tidur supaya terhindar dari siksa kubur yang amat dahsyat itu.
Baca seterusnya: Berdoa Bersungguh-sungguh Agar Pelaburan Anda Berhasil Dan Menjadi
Sebenarnya Surah ini adalah ‘saham’ akhirat kita supaya kubur kita itu nanti terang benderang dan menjadi peneman kita hinggalah di bangkitkan di akhirat kelak.Selama sibuk kita melabur untuk manfaat dunia maka manfaat dunia dan akhirat ada pada surah ini,pembaca surah ini merasa yakin ilmu pelaburannya adalah untuk dunia dan akhirat dan saham yang di pilih pasti memberkan mamfaat kepada dia dan warisnya pada masa akan datang.InsYAllah.
Kesimpulan
Tuan-tuan dan puan-puan sekalian selagi ada amalan memantapkan pelaburan yang sedia ada,amalan itu merupakan petunjuk dari Allah SWT dan rasulnya.Surah-surah yang di bincangkan di atas bukan terhad untuk tujuan tertentu sahaja tetapi manfaat dan keuntungannya amat luas.Bayangkan Pencipta kita yang menjamin saham pelaburan tuan-tuan dan puan-puan.Renung-renungkan dan La al lakum Tuf li hun.
2 comments
Salam tuan,
Saya khairul,berumur 19 tahun.. saya berminat utk mendalami ilmu teknikal analisis.. dan adakah dgn umur saya 19 nie dah bole amik licent remisier?
Salam Tuan,
jika tuan berminat belajar saham,
1.belajar saham dengan ilmu asas(fundamental) dahulu,kamim ada kelas di “program beginner saham”ilmu asas saham penting untuk “apa kaunter nak beli”
2.kemudian baru boleh dalami ilmu teknikal analisis”ilmu teknikal saham penting untuk apa saham nak beli dan jual”.
Lesen remisier tuan boleh ambil jika
1.ada Ijazah dari apa jua bidang di Universiti
2.tuan bekerja di bank pelaburan atau institusi kewangan.
sebaiknya rancang karier tuan dahulu dari terus mengambil lesen remisier,
jika sudah ada ijazah,baru hubungi kami…insyAllah saya kita boleh bincang langkah seterusnya.