Home Nota Pelaburan untuk 'Beginner' saham 5 Website Yang Menjadi Rujukan Pelabur Saham Malaysia

5 Website Yang Menjadi Rujukan Pelabur Saham Malaysia

by Mohd Al Adzha

Sebelum saya pergi lebih lanjut saya ucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir batin.

Sebagai Dealer dan pelabur saham kita memerlukan idea tentang pelaburan untuk mengenal pasti apa tindakan dan strategi yang boleh kita lakukan.

Strategi dan tindakan penting buat pelabur sebab maklumat yang pelabur dapat akan menentukan keputusan pelaburan.

JIka kita ‘Google’ sahaja bermacam blog atau info tentang saham,tetapi kita tidak tahu mana satu yang penting dan tidak penting untuk pelabur membuat keputusan.Jesteru kami simpulkan 5 website yang mesti menjadi rujukan buat pelabur saham

1.The Egde daily(www.Theedgedmalaysia.com)

Web site amat berguna sekali jika pelabur ingin mengatahui perkembangn perniagaan,politik dan perkembangan semasa di Amerika dan Asean.

Apa maklumat pelabur patut tahu?

a.Keputusan Mesyuarat Agung tahunan syarikat (AGM).

b.Pengumuman korperat seperti,Bonus Issues,Right Issue,tawaran pengambilalihan,penjualan Aset,Hutang syarikat naik atau turun

c.Pengumuman dasar ekonomi kerajaan seperti Belajawan,tarif Elektrif,Tarif Air dan yang berkaitan

d.Laporan suku tahunan syarikat.semakin baik atau semakin lemah.

2.Bussines Times(www.Btimes.com.my)

Ini segmen sisipan dari News Straitt Times,dulu-dulu ibubapa kita suka baca dan beli surat Khabar NST,di Btimes

Maklumat yang ada lebih kurang sama dengan Theedgemalaysia.com atau Edgy(nama baru sinonim untuk website ini) cuma di sini yang penting dia ada banyak segmen di susun mengikut industri perniagaan seperti Automotif dan lain-lain lagi.

Apa maklumat pelabur patut tahu?

a.Apa maklumat yang tiada di Edgy.

b.Pengumuman Bank Negara tentang kadar faedah(BLR) dan OPR.

3.kini Biz(www.kinibiz.com)

Kinibiz  adalah sisipan atau cabang berita sensasi dari www.Malaysiakini.com

ianya focus kepada perniagaan,pelaburan dan politik sensasi,Kinibiz agak berani dalam penyampain dan telus.

Tapi pelabur perlu mendaftar dahulu sebagai ahli untuk melayari web ini.

4.Yahoo.Finance(http://finance.yahoo.com)

Yahoo finance adalah sisipan bahagian perniagaan dan pelaburan bagi web www.Yahoo.com,

disini pelabur amat penting sekali mengatahui keadaan pasaran saham serantau sepeerti

index Nikkei(Jepun),Singapura,Jakarta dan yang paling utama index Amerika,Dow Jones.

Indeks pasaran saham  yang pelabur patut tahu

a.Index saham Dow jones(http://finance.yahoo.com/q?s=^dji)

b.Index saham Nikkei 225,Jepun(http://finance.yahoo.com/q?s=^n225)

c.Index saham Hang Seng,Hong kong(http://finance.yahoo.com/q?s=^hsi)

d.Index saham Singapura(http://finance.yahoo.com/q?s=^sti)

Apa kaitan semua indeks ini?

Pengerakan saham di pengaruhi pergerakan saham global,ini di panggil konsep ‘duit tidak pernah lena’ .Tetapi pelabur selalu tidur lena.Apabila index saham di US jatuh,pasaran saham di tempat lain akan ikut sama,jadi pelabur kena perhatikan pergerakan pasaran dahulu jika ingin melabur.Analogi keadaan pasaran sama dengan keadaan cuaca,jika cuaca baik dan cerah maka aktiviti perniagaan pun cerah,jika tidak maka sebaliknya.

5.Belajar Stock Market(www.Belajarstockmarket.com)

Website ini di hasilkan demi menyahut saranan Perdana Menteri Malaysia,Yang Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak, di dalam pelan Pasaran Induk ke 2 yang di lancar oleh beliau pada 2010.

antara isi kandungan penting pelan induk pasaran modal ke 2 ialah membawa masuk modal ke Malaysia sebanyak RM5.8 Trillion menjelang tahun 2020. dan memperkukuhkan perkhidmatan kewangan pelaburan dengan cara membanyakkan lagi Delear dan remisier serta lengkap dengan lesen pasaran Ekuiti dan pasaran Hadapan(Futures),

Pelan Induk kewangan tersebut boleh di layari di http://www.sc.com.my/eng/html/cmp/CMPNEAC050702.pdf

Website ini agak unik sebab ianya mengabung kan unsur pelaburan saham,agama dan amalan serta tips yang berguna untuk mereka yang ingin menjadi pelabur atau delaer Remisier.

Baca seterusnya: Perbandingan pasaran Saham Indonesia dan Malaysia 2018

Jika ingin mengatahui lebih lanjut tentang saham dan bagaimana hendak buat dari nya sila email di perundingstockmarket@yahoo.com

Related Articles

9 comments

gazrol April 2, 2014 - 12:42 pm

saya baru nak belajar melabur dalam saham,bagaimana caranya?

Reply
Mohd Al Adzha Bin Johar April 3, 2014 - 9:26 am

Salam,terima kasih melawat blog saya,

InsyAllah pada Jun 2014 nanti saya akan mengadakan kelas bimbingan Saham kepada semua pelabur baru dan sedia ada,

nantikan saya pada Jun 2014.

Reply
khairul nizam kamaruddin May 19, 2014 - 3:24 pm

Tuan,
Saya sangat2 berminat untk jon bgkel, hbgi sy 0193841091

Reply
Mohd Al Adzha Bin Johar May 22, 2014 - 12:38 am

insYAllah kami akan hubungi tuan pada masa akan datang

Reply
Akmal Zaidi August 6, 2014 - 3:02 pm

banyak maklumat yang saya dapat berkenaan dengan pelaburan saham, saham ipo dan lain-lain. Apapun, sama-sama kita buat duit dengan pasaran saham. Selamat melabur saham 🙂

Reply
md latifi October 8, 2015 - 1:29 am

assalamualaikum

saya berminat ingin menceburi dalam bidang pelaburan saham,bagaimana hendak invest dalam bursa saham malaysia? sebagai orang baru, tanpa ilmu pelaburan, apa yang tuan boleh bantu dalam menyelesaikan permasalahan ini?

sekian, terima kasih.

Reply
Mohd Al Adzha Bin Johar October 12, 2015 - 3:01 pm

Salam tuan md latifi,

perkara asas dalam memulakan pelaburan saham ada 5 perkara

1.Buka Cds dan Trading akaun-pergi mana-mana bank pelaburan dan buka akaun

2.luangkan modal dan masa untuk melabur saham-mulakan modal yang minima,misalnya Rm2000

3.Masuk seminar yang boleh memberi pengenalan dalam pelaburan saham,cari mereka yang bertauliah seperti kami yang berlesen.

4.bina minat dengan banyak membaca,dengan membaca anda mendapat pola pemikiran pelabur,strategi dan bagaimana membuat duit darinya.

5.Setiap langkah yang panjang dalam pelaburan saham perlu ada niat,niatkan contohnya untuk belajarstockmarket ini untuk disampaikan kepada anak dan isteri serta mesti ada ‘Hero’ yang jelas,

siapa hero anda,amat penting kerana tanpa hero kita mudah ‘tewas’ dalam pelaburan saham.

ikuti kelas Program Beginner Stock Market kami pada akan datang,sila like web kami di fb untuk maklumat lanjut.

terima kasih tuan latifi.

Reply
Shakir February 18, 2016 - 7:52 am

assalamualaikum…..Tuan saya berminat untuk menjadi seorang pelabur terutamanya dalam saham??saya seorang Despatch adakah akan terjejas kerja saya sekiranya saya terlibat dalam bidang pelaburan saham ini?? Berapakah modal permulaan untuk saya membuka CDS akaun dan dimanakah saya buleh membuka CDS akaun…sekiranya tuan ada membuka kelas bimbingan saya berminat untuk menyertainya asalkan bayaran berpatutan….Terima Kasih Tuan…

Reply
Mohd Al Adzha Bin Johar March 4, 2016 - 1:41 am

Salam Tuan Shakir,

Oh tidak sama sekali,

jika tuan berminat kami ada kelas untuk pelabur baru

sesuai dengan tuan Shakir,

Reply

Leave a Comment