Home Idea Pelaburan 6 Kelebihan melabur Saham Luar Negara (SLN)

6 Kelebihan melabur Saham Luar Negara (SLN)

by Mohd Al Adzha

Salam semua,

Youtube:Adele,penyanyi terkenal di UK,selamat mendengar!

(sila tekan button “play’ di Youtube ketika membaca artikel ini)

Pada kelas persedian peperiksaan menjadi Remisier kali ke 15 lepas,
ada peserta kami sangat teruja apabila diberitahu,

Apabila harga minyak jatuh teruk sekarang ini pada paras 35 sedollar,
kaunter yang minyak yang dapat memberi manfaat kepada pelabur jangka panjang ialah kaunter minyak Saham luar Negara(SLN)

Ramai antara kita tak tahu kelebihan melabur Saham luar negara ini,yang menjadi minda pelabur tertutup ialah tentang kaedah syariah bagi sesuatu saham itu,

Baik mari kita fokus kelebihan kepada Saham Luar Negara(SLN)
mari kita lihat contoh ini
katakan Anda bermodal RM1000 dan ingin membeli saham Amerika
harga ialah USD 7.30 seunit,dengan bermodal RM1000 sebanyak USD 240 modal boleh dibeli(dengan tukaran RM4.16)
maka unit yang dapat dibeli ialah 34 unit sahaja

(Saham Amerika boleh dibeli dengan minimum 1 sahaja)
jadi jika harga minyak sudah ke paras normal iaitu USD 60 setong,maka harga saham tersebut mungkin akan menjadi USD 34!
jadi jika di tukar kepada matawang RInggit,pulangan Saham dari Amerika ialah RM4808(jika RM kekal kepada Dollar RM4.16)
jadi bayangkan pelabur akan mendapat keuntungan sebanyak 4.8 kali ganda nilai pelaburan!
bagaimana pula dengan Saham Malaysia jika di labur dengan RM1000?
katakan harga Saham minyak tersebut ialah 11 sen,harga kaunter saham tersebut bergerak seiring dengan harga minyak dunia,
katakan harga saham tersebut menajdi 26 sen semula
maka harga Saham tersebut akan menjadi RM2166,kurang RM2641 dari keuntungan dijana dengan SLN.
ha,tuan puan semua bayangkan dengan modal RM1000 boleh dapat sebanyak tu,jika RM10000?bagaimana pula?

6 Faktor utama kelebihan melabur Saham Luar Negara  SLN ialah

1.Tidak perlu membuka akaun dagangan dinegara tersebut

Ada yang bertanya kepada kami “jika saya ingin melabur saham di Amerika,Adakah saya perlu pergi ke Amerika?

Ini soalan yang biasa kami terima,jika anda ingin melabur dinegara tersebut,anda hanya datang ke bank pelaburan yang berdekatan yang menawarkan perkhidmatan Dagangan Rentas Sempadan(DRS) atau dalam bahasa Inggeris bermaksud Cross Border Trade(CBT),anda cuma bawa dokumen yang diperlukan seperti biasa untuk membuka akaun ini.

2.kadar matawang negara berubah kepada matawang asing

Image result for money changer

anda jangka jika RInggit negara akan makin naik ke menurun?
jika menurun maka keuntungan besar adalah pada pelabur SLN!

3.Dividen pelaburan dalam bentuk matawang asing

Jika anda melabur saham di United Kingdom,anda akan mendapat dividen saham dalam bentuk British pound,apa yang menarik disini jika kadar matawang antara RM dan Pound Sterling semakin membesar jurang perbezaaan maka,anda akan mendapat jumlah tukaran yang banyak dalam bentuk RM.

3.Dapat melabur secara terus kepada syarikat yang terkenal

 Image result for vodafone manchester united jersey

Gambar:Bekas penyerang Manchester United di Era pengurus Bolasepak Sir Alex Ferguson,Ruud Van Nistelrooy

Anda mungkin pernah melihat Vodafone,salah satu syarikat terkenal di Britain atau Samsung Electronic

Image result for samsung chelsea jersey

Gambar:Samsung di era pengurus kelab Bolasepak diwaktu itu,Jose Maourhino

jika anda seorang pengemar barangan Korea,Samsung Electronic dan Vodafone adalah syarikat berstatus ‘gergasi’ di Britain,anda juga boleh menyimpan saham saham ini dan berpeluang menambah unit ini dari masa kesemasa.

4.Kos pelaburan murah berbanding Unit Amanah

Kos pelaburan Saham Luar negara adalah berpatutan,hanya dikenakan kos transaksi sahaja,jika melabur dengan mengunakan khidmat Pengurus Dana atau Unit Amanah,anda perlu membayar sejumlah kos seperti

1.Caj Admin 1.5% setahun.

2.Exist Fee

kos ini akan menyebabkan kos dana anda semua semakin bertambah dan mengurangkan pulangan akan datang.

5.Dapat lakukan aktiviti jual beli dengan platform online dan mendapat diskaun

Di Malaysia sekarang ini,banyak bank pelaburan dan firma saham menawarkan platform online kepada pelabur Saham Luar Negara,pelabur boleh meng’akses’ sendiri pasaran saham yang hendak dituju samaada di Hong Kong,Amerika dan Britain,disampaing itu yuran transaksi adalah murah dan pelabur boleh mendapat diskaun 30% jika mengunakan kemudahan online

Kebanyakan firma tempatan mengunakan perkhidmatan broker luar seperti Philip Capital  Sdn Berhad,Syarikat ini berasal dari Singapura dan menawarkan perkhidmatan platform jual beli saham secara online

Image result for Phillip capital

Gambar:Philip Capital Malaysia Sdn Bhd

Firma broker saham tempatan yang bekerjsama dengan Philip Capital Berhad ialah Affinhwang Capital dan Malacca Securities Sdn Bhd.

6.Simpanan untuk tujuan melancong atau belajar di Luar Negara

Kami ada menerima pesanan dari klien(seorang Doktor perubatan ) kami yang ingin melanjut pelajaran di Britain,tujuannya ialah untuk memegang matawang Britain,Pound Sterling,modal yang disediakan ialah serendah RM2000 sahaja,jadi kami belikan beliau saham Vodafone,yang seronoknya ialah dikala pelabur lain resah dengan kejatuhan nilai Ringgit,klien Dr kami hanya tersenyum melihat di papan tukaran asing di supermarket (Money Changer)

Baca seterusnya: Bagaimana Klien Mendapat Keuntungan RM42000 Dengan Modal RM8000 Menggunakan Saham Global Syariah

Ingin tahu bagaimana kami ajar klien kami membeli(Saham Luar Negara) SLN Facebook dari harga USD 40 sehingga sekarang menjadi harga USD110?
Pm kami di 0173351380(untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan kelas dan pembukaan  akaun)

Related Articles

7 comments

Mohd Shaharuddin April 11, 2016 - 9:49 am

Salam En Adzha. Shaharuddin dari Putrajaya ada persoalan tentang kelebihan membeli saham syarikat it(sdn bhd) Malaysia yang akan listing di bursa Otc Pink Usa?. Terima kasih.

Reply
Izham December 29, 2017 - 5:04 pm

Salam tn adzha saya Ingin mendapat maklumat lanjut berkenaan kelas dan pembukaan akaun

Reply
Mohd Al Adzha February 7, 2018 - 2:47 am

Walaikum Salam tn Izham,boleh hubungi kami di 0173351380 untuk mendapat maklumat lanjut dan pembukaan akaun cds trading saham Luar negara

Reply
Azie January 5, 2018 - 7:43 am

Salam..sy mahu tanye..adakah duit pelaburan terus masuk dalam akaun..adakan duit duit ini akan dibawa ke bank negara dn sterusnye ke lembaga hasil dlm negara..

Reply
Mohd Al Adzha January 30, 2018 - 6:20 am

Waalikum Salam Azie

duit pelaburan akan dimasukkan di akaun ‘berpusat’ di bank pelaburan Saham,ianya tidak perlu dibawa ke bank Negara disebabkan Bank Negara boleh melihat ‘Tracking’ aliran tunai wang pelabur dan Bank pelaburan.

Untuk ke LHDN cik puan boleh mendapat penejalasan dari mereka.

Reply
Mun February 6, 2018 - 3:48 pm

Bagaimana saya nak cari dealer ya?

Reply
Mohd Al Adzha February 7, 2018 - 2:44 am

Salam PN…Boleh kami di 0173351380 untuk melakukan belian saham luar negara Puan,InshAllah Dealer kami boleh membantu

Reply

Leave a Comment