Home Dealer/Remisier Apa Kepuasan Saya Melatih Orang Kita Menjadi Delear Remisier?

Apa Kepuasan Saya Melatih Orang Kita Menjadi Delear Remisier?

by Mohd Al Adzha

Salam,

Apa kepuasa saya melatih orang kita menjadi dealer Remisier?

Saya merenung jauh kedalam diri saya,

Esok  saya akan mengajar Modul 6, saya terfikir apa yang saya dah buat pada orang lain?

Mengapa saya  masih lagi mengajar tuisyen modul 7 dan modul 6 pada mereka yang ingin menjadi Dealer Remisier?

Jawapannya ialah saya terlibat dalam mengubah nasib orang lain.

Apa ubah nasib orang lain?jadi apa?jadi perkara yang tidak berguna?jadi mereka yang membuang masa orang lain?jadi itu dan ini?…..Oh tidak

Maka saya pun mengalamun ke Era tahun 2006, dipendekkan cerita saya sebenarnya secara  tak langsung

Mengubah nasib junior saya dari gelap kepada terang, dari ‘blur’ kepada orang ramai memberi harapan dan kepastian kepadanya,dari …Argh…..macam transformer pula

Ok,dari apa?

Dari

1. Dari di pecat dari bekerja bank sebagai wakil eksekutif pelaburan saham hingga menjadi head of branch yang terunggul dalam bank pelaburan,nasihatnya di dengar oleh boss yang memegang Aset sejumlah RM30 Billion!

2. Dari bekerja di syarikat IT,kemudian di buang oleh ‘owner’ yang baru ambil alih,akibat tekanan  bos baru,beliau berhenti lalu nekad masuk ke  syarikat Jepun (akibat tiada pilihan bekerja)hingga bekerja  lewat   malam,beliau stress dan mengadu pada saya  hingga terpaksa saya ‘tunekan’ ambil exam  Modul 6 dan modul 7 kemudian  masuk kedalam industri saham dan menjana bonus 6 bulan setahun!

3. Dari bekas jurutera yang pernah membela cacing tanah di bawah katil ,Ya cacing ! ketika di Kilang Kereta nasional,kemudian berhenti kerana merasakan hidup sebagai jurutera kereta tiada ‘life’ lalu menubuhkan syarikat peralatan pembinaan kemudian di ‘kencing’ oleh ahli sekutu perniagaan dengan mengunakan nama sebagai penjamin,hingga sekarang menjadi Remisier berkomisen 5 angka sebulan!

4. Dari hadir ke kelas saya dengan kereta Satria hingga saya dengar sudah memiliki kereta Audi.

5. Dari jurutera yang jauh dari kelurga,keluarga di Utara,tetapi pekerjaan menjaga janakuasa turbin di selatan tanah air hingga sekarang khabarnya akan menjadi dealer remisier di Utara semula.Dekat dengan keluarga semula.

6. Dari pernah bekerja di Bank di Utara juga,bila terdengar kisah kerani bank kepalanya ‘bersepai’(Al fatihah buat arwah) di tembak dikepala sejurus  memasukkan duit di peti keselamatan ,beliau nekad berhenti dari menjadi staff di bank tersebut kemudian  sekarang menjadi i dealer remisier berkomisen 5 angka dan memiliki bebas kewangan.

7. Dari seorang radio terapi(penembak radiasi kimia untuk memanjangkan jangkahayat pesakit kanser) di hospital swasta,terpaksa berbohong kepada pesakit  ketika di tanya “er tuan”…saya masih ada harapan lagi ke?….hingga beliau berasa serba salah ke tempat kerja ,lepas tu ketika kenaikan gaji  beliau nampak ‘payslip’ beliau hanya kenaikan RM60 setahun…

Dan lagi dan lagi…

Baca seterusnyaPelabur Luar Negara Masih Yakin Dengan Pasaran Saham Indonesia

Rupanya saya puas mendengar cerita mereka sebelum dan selepas menjadi delaer Remisier

Ketika saya menerima bayaran kelas adakah saya puas?jawapannya ialah tidak?saya puas apabila melihat mereka-mereka ini semua bebas kewangan,membina impian dan menambah ahli keluarga,

Mereka boleh

1. Bercuti  di luar negara ketika orang lain sibuk mengeluh harga barang naik disebabkan oleh GST dan beratur di stesyen minyak  sambil sibuk  mengisi minyak dengan anak dan isteri terbaring ternampak aurat,anak pula merengkot bengkok tidur di tempat duduk belakang.

2. dan lain lain lagi.

Saya puas melihat mereka di FB  mereka  gembira

Saya puas  melihat mereka  mencium anak dan isteri ketika di hari Raya

Saya puas melihat mereka  masih gah lagi sebagai dealer remisier

Saya puas sebenarnya melihat nasib mereka berubah

Saya yakin mereka buat keputusan yang betul

Saya berada dalam situasi merubah nasib mereka seperti dalam Al Quran

Yang berbunyi”Minnal  Zullumat tu ilan Nur”iaitu bermaksud  dari “gelap kepada cahaya”

Jadi saya perlu menjaga kepuasan ini,dan berharap dapat di sampaikan kepada Al husna dan Al Fayyadh,hasil dari ummul mukminin Sit Fazilah.

Jadi esok, jika saya ada masa dan tenaga lagi  dengan IzinNYA,saya berharap berada di dalam

“Zon merubah nasib orang ramai”

Selamat Malam……..

Related Articles

Leave a Comment