Home Dealer/Remisier 5 Perkara Penting Bagaimana Menulis Resume Sebagai Dealer Remisier

5 Perkara Penting Bagaimana Menulis Resume Sebagai Dealer Remisier

by Mohd Al Adzha

Resume adalah perkara yang sangat mustahak jika ingin memohon kerja sebagai Dealer Remisier,

Selepas calon itu lulus ‘exam Modul 6 (sekuriti Law) dan Modul 7(analisis kewangan dan penilaian aset)

perkara seterusnya ialah menulis resume,resume yang menarik pasti akan menyebabkan pihak yang menilai calon tersebut berfikir samaada ingin diambil sebagai Remisier atau dealer.

jadi perlu ada cara dan ramuan bagaimana menghasilkan resume yang di yakini oleh bank pelaburan atau sekuriti.

Perkara pertama: Gambar berukuran pasport

calon tersebut akan menjadi wakil bank pelaburan yang paling berprestij di kalangan kliennya ,imej sebagai wakil peniaga sekuriti bukan calang-calang orangnya,pernah saya menerima resume dengan wajahnya 10 tahun dahulu!jadi bayangkan pihak Sumber manusia menilai kesungguhan dari resume yang di lampir,jika gambar yang dikirim tidak bercirikan serius dan sambil lewa maka tahulah hasilnya.

Mode gambar mestilah tersenyum dan ceria dan bukan wajah seperti bangun dari tidur atau baru lepas keluar dari tahanan lokap!

tidaj kira lelaki atau perempuan,calon tersebut  boleh gunakan Kod atau blazer,jangan  serban atau kopiah takut membawa maksud dari kumpulan tertentu.

Perkara ke-2: ‘Details’ peribadi

susun atur mengikut susunan seperti nam penuh,IC dan sebagainya,

elakkan mengguna bahasa dalam wassup dan SMS,bahasa mesti bahasa Inggeris jangan pula menggunakan bahasa Melayu.

pada bahagian ini detailkan pengalaman kerja anda di sebuah tempat

sebagai contoh

Machine Supervisor

“handling and operating machine for disburse printed document”

Perkara ke-3: Investment Objective(objektif pelaburan)

Penting di sini persoalannya

Mengapa kami di(investment bank)perlu mengambil calon ini(dealer/Remisier) untuk masuk ke dalam ‘group’ kami?

ok,bila ada persoalan maka jawapan hanya senaraikan 5 sahaja,tak perlu panjang berjela-jela

contoh

a.to maximise skill in capital market in term of trading and dealing with client and other corporate body

b.To persuade professional course in Capital market by enhance it with Technical Analysts(MSTA),CFA or related certificate under Bumiputra Dealer Representatives Equity fund(BDREF)

Perkara ke-4. Kelebihan calon dari segi client contact

Disini penting bagi dealer atau Remisier untuk memanfaatkan potensi yang ada,jika ada contact yang bagus seperti orang kenamaan,jutawan dan semuanya(awas,kalau boleh jangan mereka ya,katakan jujur pada bahagian ini) maka tulis seperti contoh di bawah ini

senaraikan 10 atau lebih contact klien kita

contoh

a,Klien-Ahmad bin Abu

base-Shah Alam,Chemical Engineer-net worth Asset RM950,000

b.klien-Ahlaken albab

base-Shah Alam,Product Manager-net worth RM650,000.

yang penting di sini pihak Sumber Manusia(HR) akan meniliti siapa contact klien disini

*kelebihan akan berpihak kepada siapa ada pengalaman dalam bidang jualan.

jika calon masih baru dalam bidang ini,buktikan dalam bentuk ko kurikulum dan  aktiviti persatuan seperti ahli sukan renang,gereja atau masjid.

Perkara ke5. Contact details referee

yang penting referee adalah orang berkaitan bidang dengan bidang ini,tak kisah dari broker mana yang penting,
ada kaitan dengan capital market.

usah di kaitkan dengan referee yang asal usulnya tak berkaitan,lagi bagus dan cantik jika referee atau perujuk datang dari industri atau posisi yang sama dengan calon

Jesteru amat penting bagi calon menilai semula resume yang di kirim kepada bank pelaburan atau kami,rangka di atas cuma cadangan sahaja,ini yang kami tekankan kepada calon kami yang sudah berada di Affinhwang Capital,Maybank Investment Bank dan lain-lain lagi.

kami di sini menawarkan servis perujuk kepada mereka yang mengikuti Program Exam Dealer Remiser (PDR),ianya percuma.Sila semak tarikh di blog kami tentang tarikh kelas PDR yang akan berlangsung.

Related Articles

Leave a Comment