Home Dealer/Remisier 3 Jenis Dealer dan 3 Jenis Remisier Yang Perlu Diketahui

3 Jenis Dealer dan 3 Jenis Remisier Yang Perlu Diketahui

by Mohd Al Adzha

Dalam industri pasaran modal,dealer dan remisier adalah profession yang berperanan menghubungkan antara klien dan institusi pelaburan.

Jika seorang itu ingin membuka cds trading akaun  saham mereka mesti membuka akaun ini dengan  seorang dealer atau remisier yang mengurus akaun tersebut.

Di Malaysia terdapat 3 jenis dealer dan 3 jenis remisier yang perlu di ketahui
Sebelum itu seseorang itu perlu mengatahui  apa perbezaan diantara dealer dan remisier.

Dealer (Dealer Representatives)

Dealer Representatives  merujuk individu yang bertugas di bank pelaburan dan mereka ini adalah pekerja yang diberi gaji,nama khusus untuk mereka ialah Salaried Dealer Representatives(SDR),mereka bekerja seperti staff bank biasa dan masuk ke dalam dealing room atau pejabat cawangan seperti staff pekerja yang lain. Antara pakej sebagai dealer representatives  ialah

  • Di beri gaji tetap setiap bulan.
  • Insurans dan Socso dan potongan KWSP.
  • kemudahan cuti tahunan dan cuti lain-lain seperti cuti bersalin,cuti menunaikan Haji dan cuti kecemasan akibat malapetaka atau kematian.
  • Masuk dan keluar pejabat samaseperti staff bank yang lain(masuk 8.30pagi dan keluar pada 5.30 petang)

Bank pelaburan atau sekuriti akan memberi ganjaran kepada dealer ini dalam bentuk

Bonus Tahunan

Sama seperti kakitangan bank yang lain,mereka di beri bonus berdasarkan prestasi mereka mengurus klien.

bagi Dealer Retail perlu memastikan klien mereka membayar saham pada tarikh yang patut dibayar dan memastikan jika klien ada rugi kontra,

dealer juga  perlu memastikan klien membayar,jika klien tidak dapat membayar,rugi itu akan di tolak dari bonus tahunan yang diberi.

Insentif

Jenis pakej ini ialah dealer akan diberi insentif setiap 3 bulan,jika prestasi 3 bulan itu terbaik,maka dealer retail akan mendapat insentif selepas di tolak semua kos belanja oleh delaer termasuk kos Gaji,EPF dan socso serta bahagian untung oleh bank pelaburan,rugi kontra dan lain-lain lagi.

Remisier

(iklan menjadi remisier dari Philip Capital Singapura)
Istilah Remisier merujuk pekerjaan menjual beli saham bagi pihak klien,

nama Remisier hanya diguna di Malaysia dan Singapura sahaja,manakala di Amerika Syarikat di panggil Stockbroker dan di Jepun dirujuk sebagai dealer.
Skim ini dibank pelaburan atau sekuriti saham dipanggil sebagai Commision Dealer representatives(CDR),

mereka menjalankan bisnes saham seperti biasa,dalam bahasa Malaysia dipanggil sebagai Usahawan pelaburan pasaran Saham.

Baca seterusnyaPerkongsian Komisen antara Remisier dan Company (Bank pelaburan/Sekuriti)

Remisier bertindak sebagai ejen kepada klien dan bank pelaburan dan bukan dikira sebagai kakitangan Bank.
Skim remisier adalah berkomisen dan komisen ini akan dibahagi dua dengan bank pelaburan.
Selepas kita mengatahui perbezaan dealer dan Remisier,mari kita ketahui jenis-jenis delaer dan Remisier

Dealer Retail (Dealer Runcit)

Dealer retail bekerja dengan bank pelaburan dan fokusnya menguruskan portfolio saham,mereka ini berjumpa dengan klien dan menjalankan urusniaga dengan klien di tempat mereka di tempatkan misalnya di Muar,Johor atau Sungai Petani Kedah.Tugas mereka ialah

  • Membuka akaun CDS Trading untuk individu,syarikat,yayasan dan koperasi.
  • Mempromosi pakej margin pembiayaan Saham(Share Margin Financing) seperti pembiayaan saham pekerja (Employee Shares Option Scheme) kepada staff ‘listed company’ seperti staff Tenaga Nasional berhad,MBSB berhad dan lain-lain lagi
  • Mempromosi online trade seperti Affinhwang Trade online,M+ online dan lain-lain lagi.
  • Mengatur urusan jual beli saham dari klien seperti individu,syarikat,yayasan atau koperasi.
  • menjaga porfolio klien dan mengemaskini akaun pelaburan saham klien.

Kebiasaan mereka ini ditawarkan dengan skim bonus tahunan atau insentif.
Dealer retail  ini banyak berada di bank-bank pelaburan cawangan,seperti di Maybank Inevstment bank cawangan Kajang,Selangor atau Rhb Investment Bank Cawangan Muar,Johor.

Dealer Institusi(Isntitution Dealer Representatives)

gambar:Contoh dealing room untuk institusi

Mereka ini berada dalam satu kumpulan yang besar dalam lingkungan 5 atau 11 orang dan klien mereka terdiri dari klien institusi.

Kumpulan atau ‘TEAM’ ini mengurus kesemua aktiviti porfolio saham klien institusi seperti

  • Kumpulan wang Simpanan pekerja
  • Perbadanan Nasional Berhad(PNB)
  • Lembaga Tabung Haji
  • Lembaga Tabung Angkatan Tentera
  • Dana-dana unit amanah seperti Amanah saham Bumiputra,Public Mutual dan Eastpring Investment

Dealer institusi ini kebiasaannya bertugas di bank pelaburan ibu pejabat atau Head Quaters.

Tempatnya di tingkat tertinggi di bangunan tersebut contohnya seperti tingkat 22 dari 23 tingkat ibu pejabat RHB investment bank di Jalan Ampang(bangunan asal OSK investment bank),
Skim yang di tawarkan adalah bergaji dan di beri bonus tahunan.

Dealer IVT

Dealer IVT adalah dealer yang hanya membuat ‘trade ‘ saham ketika dagangan saham berlangsung ,mereka ini adalah kakitangan bank pelaburan yang bertugas

  • membeli jual saham
  • boleh melakukan jualan pendek(short selling),tetapi terhad kepada beberapa kaunter sahaja.

skim pekerjaan mereka adalah sama dengan dealer Retail dan di beri bonus tahunan atau insentif
Modal belian saham di sediakan oleh pihak bank pelaburan
Skim yang di tawarkan ialah sama dengan Dealer Retail

3 Jenis Remisier

Remisier(Commision Dealer Representatives)

Remisier atau CDR  seperti yang diterangkan di atas,merupakan cabang paling ramai di industri bank pelaburan,mereka adalah ejen berkomisen yang bebas dan tidak terikat seperti staff bank –bank lain,
Pekerjaan dan skop semuanya 100% sama dengan delaer retail cuma yang berbeza ialah mereka hanya mendapat komisen tiap-tiap bulan.
Mereka perlu meletakkan modal (deposit) untuk memulakan perniagaan ini,deposit tersebut berperanan

  • Memberi ‘kredit limit’ kepada klien untuk membeli kaunter
  • Buffer atau pelindung jika ada kerugian yang tidak di jangka samaada dari klien atau remisier sendiri seperti rugi kontra.

Remisier big Client/Team Remisier

Remisier jenis ini merujuk kepada sekumpulan remisier yang bergabung (associate) dengan remisier yang lain demi memenuhi keperluan klien,disebabkan saiz aset yang remisier uruskan semakin lama semakin besar maka keperluan untuk membentuk team adalah penting
Anda kenal manusia terkaya di Malaysia?Iaitu Tan Sri  Robert Kuok,saham beliau di urus oleh salah seorang team remisier di Kuala Lumpur.

Image result for robert kuok daughter

Gambar:Tan Sri Robert Kuok(ehsan dari Bloomberg)

Remisier PDT (Propertiery Day Trade)

Remisier ini sama skop kerjanya dengan Dealer IVT,berbeza Dealer IVT dan Remisier PDT,Remisier PDT adalah berkomisen.Untuk pengetahuan semua ,tidak semua bank pelaburan ada memiliki kemudahan Remisier PDT,merujuk kepada  sebuah institusi pelaburan terkenal mereka ini(Remisier PDT)

  • Modal permulaan perniagaan RM200,000
  • Boleh ‘short’ kaunter tapi terhad kepada kaunter tertentu sahaja.
  • tidak perlu memiliki klien.
  • Perlu melepasi temuduga yang agak ketat dari badan pengawas pelaburan modal.
  • Tiada upah broker(brokerage),seperti Remisier Retail.
  • Untung di bahagi dua dengan bank pelaburan,jika rugi,kerugian akan ditolak dari deposit atau di tanggung oleh Remisier PDT sendiri.

Jesteru sesiapa yang ingin memjadi delaer atau Remisier,mereka ini mesti memiliki kelayakan akademik dan kelayakan kewangan,serta lulus peperiksaan Modul 6 dan Modul 7. Oleh yang demikian mereka ini boleh menjalankan perniagaan dagangan saham dengan sah dan betul megikut lunas undang-undang.

p/m:ikuti Program Exam dealer Remisier untuk menjadi salah seorang seperti di atas.

Related Articles

4 comments

Saiful Anuar Ahmad September 17, 2018 - 10:15 am

Can i attend any class from you. Thanks

Reply
Mohd Al Adzha September 19, 2018 - 1:15 pm

Sure,just PM admin at 017 3351380 for details.Thanks

Reply
Zaliha September 22, 2018 - 11:08 am

Salam. Tuan, sy berminat utk beli saham. Boleh rekomen remisier yg berpengalaman tak?

Reply
Mohd Al Adzha September 30, 2018 - 1:53 am

Walaikum Salam Cik puan Zaliha,
boleh pergi kemana mana broker yang berdekatan atau boleh sahaja membuka akaun cds trading dengan kami,hubungi kami di 0173351380 untuk mengatur membuka akaun Cds trading saham puan.

Reply

Leave a Comment