Home Blog Sedih Melihat Nasib 5 Beradik

Sedih Melihat Nasib 5 Beradik

by Mohd Al Adzha

Muhamad,Abu Bakar,Umar,Uthman dan Ali
bermula dengan nama Nabi yang agung dan di akhiri dengan nama 4 sahabat baginda .

5 Adik beradik yang kami lihat sebagai memerlukan bantuan segera,
semalam kami pergi menziarah Ayah kepada 5 adik beradik ini,terdampar di wad 5 A Ortopedik hospital Klang,beliau terbaring memandang di jendela tingkap,merenung nasib ke lima-lima nasib anaknya dan beliau sendiri,tanpa kaki kiri akibat dipotong.

Uthman anak yang ke empat menyebut,Ayah nak makan…kemudian ayah terdiam tiba-tiba…kemudian menangis…kemudian sekejap sahaja.

Saya pun terdiam,apalah sangat budak form 2 dengan seluar berjahit dicelah kelengkang sedang sibuk mengemas baju dia dan adiknya Ali yang bersekolah esoknya.
sebelum itu,
kami sampai di rumahnya pada jam 8.30 malam di Kg jalan Kebun Klang.

“Assalamualaikum”
Abah mertua saya memberi salam,seorang budak berbadan gempal sedang membuka pintu,
“Eh,Pak Ngah?”sapa beliau,cepat-cepat budak itu mengenakan baju.

Uthman keluar dan adiknya Ali pun keluar,kesemua kami nak ketawa,sebab kami ingat Ali tu Abang kepada Uthman,sebab tubuh uthman lebih kecil dari Ali yang berbadan besar.

Fayyadh agak suka dan ketawa kegirangan,sebab didalam rumah tersebut penuh dengan barang,kain dan cadar yang belum dibasuh,mungkin 4 minggu tak dibasuh.

Uthman,adik yang ke empat yang masih bersekolah di Tingkatan 2 tak senang duduk,asyik bercerita macam semua yang dia tahu,tapi saya layankan sahaja.

Nyamuk dan bau pekat disana sini,skru,helmet dan spanar merata-merata,situasi ini membuatkan fayyadh merasa suka,sebiji macam bengkel kereta di bawah pokok.

Saya pun masuk,Ali duduk di katil,seperti ahli sumo yang baru lepas beradu tenaga di gelanggang arena.
Makan Cukup? saya bertanya.

“Cukup bang,tadi minum kopi cecah biskut je .”
Ali memulakan ceritanya,

“Abang Abu dan Abang Uthman selalu bermimpi berjumpa mak”
Ujar Ali,saya pun terdiam,

“dalam mimpi Mak pesan pada saya dan adik beradik jangan gaduh-gaduh dan jaga adik beradik”

Saya pun terdiam lagi dan terfikir bagaimana boleh berjumpa dengan arwah Ibu ketika kita sedang tidur,iskh…..kuasa Allah siapa tahu

Ali banyak bercerita bagaimana abang Muhammad mengurus rumah dengan baik,
Muhammad terpaksa berhenti kerja sebagai pemandu lori di Pos Malaysia Klang disebabkan ayahnya yang menghidap kencing manis,Ayahnya memohon beliau supaya berhenti sekolah demi menyara adik beradik yang masih bersekolah.

Muhammad akan pergi ke Hospital Klang untuk membantu Ayahnya mengurus diri seperti mandi,buang air dan makan di Hospital.

Manakala urusan memasak makanan di buat oleh abang yang ke dua,Abu Bakar.
Selalu makan apa?saya bertanya kepada Ali.

Ayam masak kari ,Asam pedas,tu semua belajar dari arwah Mak.
OOOhhh..ujar saya.

Saya pun kedepan,mengendong fayyadh sebab fayyadh nak ingin didukung,lagipun saya takut nanti Fayyadh memegang skru atau gunting yang bersepah di lantai.

Saya bertanya kepada Uthman,Uthman sedang mundar mandir sebab pening memikirkan baju sukan mana yang perlu di masukkan,

Rumah hijau ke rumah kuning,pening sebab cikgu cakap kejap rumah tu lepas tu rumah ni.
“Entahlah lah bang”kata Uthman.

Uthman merenung ke lampu jalan,menunggu bila Abang nya MUhammad akan kembali membawa makan malam.
Saya bertanya,Ayah macamana?
macamtu lah,
kubur Arwah Mak dimana?

Kubur arwah mak di bukit,disebelahnya ada kaki Ayah dah di potong.
Preng-preng…motor rempit lagi bunyi semput menjengah perbualan kami dengan Uthman,

Rupanya Si Muhamamad yang membeli makanan tadi,baru sampai,.
Saya dan fayyadh menampar angin sebab nyamuk banyak berlegar di fayyadh,fayyadh kemudian merapatkan badan di disisi saya.

Didalam rumah,Mak,Abah dan Adnin Kakak kepada Fayyadh berada di dalam,Muhammad galak bercerita bagaimana keadaan ayahnya ketika sihat sehingga di potong kaki.

Saya dan Uthman bersambung cerita perihal sekolahnya menengahnya.
“Saya setiap hari rabu saya tak pergi ke Sekolah sebab cikgu semua ganas-ganas” ujar Uthman.
“Alamak,ponteng sekolah pula”kata saya dalam hati.
beginilah Uthman,cuba belajar rajin-rajin,jangan ponteng sekolah,mungkin nasib uthman lagi baik dari sekarang.
“hmm”……angguk Uthman.
kemudian saya bertanya,
Awek sihat?

Uthman menjegilkan mata!…”iskh…mana ada,dia suka saya,saya biasa-biasa sahaja”ujar Uthman
siapa nama nama dia?tanya saya dengan nada nakal.
“Alah,tengku..tengku….apa entah namanya”…. kata Uthman.
“hihihhih”..saya pun tegelak kecil.

Saya lihat semua yang berada di rumah sudah bangun untuk keluar,saya pun memberi isyarat untuk beredar.
saya pun meletak fayyadh kedalam kereta,fayyadh agak mengantuk.

Dalam benak saya,saya merasa sayu,asyik terfikir bagaimana mereka akan mengurus keluarga tanpa ibu dan Ayah pula sedang bertarung hidup tanpa buah pinggang kaki pula sudah dipotong
buah pinggang ayahnya sudah rosak disebabkan penyakit kencing manis.

Saya pun masuk semula ke kereta dan keluar semula dengan sedikit wang didompet,saya pun menghulurkan ke Muhamad,muhamad mengambil dengan tangan yang lemah dan sayu.
kami pun melambai-lambai,kesemua 5 adik beradik ni keluar menjengah kami untuk pulang.

Usai dalam kereta,saya masih terfikir bagaimana keluarga ini diurus….apakah nasib Ali,Uthman dan Umar yang masih bersekolah?……

Related Articles

Leave a Comment