ADAKAH KITA DIJAJAH SEMULA? Bahagian 1
Gambar:Kelas belajar Saham untuk Zero di MPWS Bangi.
Sebelum saya mengakhiri kelas Program Beginner Saham,
Saya berkongsi tentang kisah saya melatih seorang student yang berusia 52 tahun dari Osaka Jepun.En Mizuno
dipendekkan cerita saya melatih beliau untuk lulus Modul 7: Modul wajib jika seorang warga asing yang akan menjalankan urusan jual beli Saham di Bursa Saham Malaysia.
kemudian selepas beliau lulus peperiksaan itu dengan sekali lulus,saya mendapat tahu,beliau terus diberi kerusi Ahli Lembaga Pengarah di syarikat saya bekerja,
Syarikat Bank Pelaburan Saham ditempat saya bekerja ini dibeli kepentingannya sebanyak 30% oelh syarikat pelaburan En Mizuno iaitu Daiwa Sekuriti
Apabila saya mendengar berita tersebut,saya merasa terkejut kerana
1.Saya melatih Ahli Lembaga Pengarah Yang baru yang merupakan bekas pelajar saya sendiri
2.Syarikat yang saya sedang bertugas,saya sudah ada kepentingan dari Negara Jepun.
saya mengimbau semula bagaimana Negara Jepun menjajah negara asing sebelum negara tersebut dibom oleh tentera Bersekutu dengan bom Atom pada 6 Ogos 1945 di Hiroshima dan Nagasaki
Baca seterusnya: Kisah Saya Berjumpa VVIP di Kawasan Elit di Kuala Lumpur
gambar:Gumpalan Awan timbul selepas Bom Atom yang bernama FAT MAN digugurkan oleh kapal Terbang Pengebom Amerika
Usai Jepun menyerah kalah di tangan tentera bersekutu yang diketuai Amerika,Jepun bangun sebagai kuasa ekonomi Dunia sehingga menjadi negara ke dua terbesar dari segi kuasa ekonomi sekarang ini.
PEMBANGUNAN MEIJI kali ke 2
Jepun bangun sebagai kuasa ekonomi hasil wawasan Maharaja Meiji,moyang kepada Maharaja Akihito sekarang ini,
akan tetapi pada masa dulu,Jepun cuba melebar pengaruh kepada negara bekas jajahan British dinegara Asia lain tetapi gagal akibat kalah kepada tentera bersekutu yang diketuai Amerika Syarikat.
dan sekarang ini saya melihat akan ada satu Permodenan MEIJI ke dua selepas ini,macamana saya tahu sebabnya
ketika saya melatih En Mizuno beliau dengan jelas dan teliti menerangkan
1.Kami sedang masuk ke negara yang boleh kami pegang kepentingan ekonomi mereka,dengan cara membeli kepentingan Saham.
2.Kami sedang berusaha sedaya upaya agar sumber negara Jepun akan terus kekal dengan mendapat sumber dari negara Asia lain melalui perdagang bebas(TPPA)
Hasil daripada itu kita boleh lihat
1.Syarikat Jepun iaitu Mitsui Fudosan sudah mula memiliki projek hartanah terbesar dari luar Jepun iaitu pembelian 50% kepentingan projek Bukit Bintang City Centre di tapak penjara Pudu yang lama yang bernilai RM8.3 billion,(Sumber Maybank IB,29 Mac 2016)
2.dan banyak lagi urusan koperat yang syarikat Jepun masuk ke negara ini.
Semasa saya melatih En Mizuno,beliau dilihat agak tertekan untuk lulus dengan segera,kerana Ibu pejabat Daiwa Sekuriti di Tokyo selalu menelefon beliau bila lagi akan lulus dalam peperiksaan tersebut.
dan kemudian selepas beliau lulus,saya jangkakan akan ada banyak lagi urusan penjualan kepentingan syarikat Malaysia kepada Jepun.Cuma kita tunggu masa dan lihat perkembangan seterusnya.
P/S:Bahaya betul lesen sebagai Dealer Remisier Saham,niat kami ialah supaya orang kita bangkit dari jajah semula bukan melalui Senjata atau Pokemon Go,tetapi melalui Syarikat Berhad.InsyAllah akan kami sambung lagi di
kelas PDRS kali ke 19 pada 21,27&28 Ogos ini.Pm kami di 0173351380 untuk Maklumat lanjut