1. Perlaksanaan pelaburan tidak konsisten dan tidak disiplin
Sekejap melabur JASO, lepas tu LDK, kemudian APWR, terlalu berubah-ubah didalam pelaburan ini akan menyebabkan berlaku ‘ketirisan’ yang teruk. Sepatutnya anda sedia maklum ketika anda melabur anda sudah kehilangan RM 120 untuk kos pelaburan yang anda buat dan ini menyebabkan banyak wang anda hilang kerana kos ini. Jikalau tidak di pantau akan menyebabkan modal asal anda akan berkurangan.
2. Tidak membuat sasaran yang mutlak
Mutlak disini ialah apabila melabur kita tidak letakkan sasaran mutlak yang betul seperti pelaburan 3 tahun atau 5 tahun, terlalu ‘Diversified’ pun tidak elok juga kerana ianya akan menghilangkan nilai jumlah asal pelaburan anda semua. Perkara sedemikian berlaku kerana kita selalu berjumpa dengan kaunter-kaunter baru yang pada hemat mereka agak berpotensi walhal belum tentu hasilnya akan membuahkan hasil.
3. Antara Hutang semasa dan pelaburan semasa beza antaranya teramat jauh
Hutang semasa adalah bebanan yang kita tanggung dan ianya perlu di selesaikan dengan segera seperti hutang kad kredit dan pinjaman lain. Anda menyatakan pelaburan saham anda adalah aset akan tetapi nilai semasa pelaburan semakin lama semakin jatuh dan ini membuatkan situasi kewangan semasa pelabur agak goyah. Sebagai contoh hutang semasa kad kredit anda berjumlah RM 6,000 walhal jumlah pelaburan anda nilainya jatuh kepada RM 3500, bagi yang demikian akan memberikan impak pada pelabur jikalau pelabur terdesak hendak menggunakan wang.
4. Tidak JELAS & TEPAT, keadaan pasaran pelaburan, pelaburan pelabur & kewangan peribadi pelabur
Tiga elemen berbeza akan mendatangkan kesan yang berbeza dikatakan sikap gagal yang menyumbang kepada pelaburan adalah sikap sambil lewa, tidak pasti, malas merekod dan hanya berpandu kepada andaian semata-mata. Seperti Warrren Buffet sikap pelabur adalah sikap ingin tahu yang tinggi dan membina kadar kecekapan masing-masing tanpa bergantung kepada orang lain, apa yang penting justifikasi pelaburan amat diperlukan supaya matlamat pelaburan anda akan tercapai.