Home Potensi SahamSaham Indonesia Bagaimana Melakukan Urusan Jual Beli Saham Shariah Indonesia?

Bagaimana Melakukan Urusan Jual Beli Saham Shariah Indonesia?

by Mohd Al Adzha

Ada dua kaedah cara pembelian dan jualan saham Shariah Indonesia ini

Tetapi sebelum membeli saham Shariah Indonesia,pelabur boleh menyemak disenarai saham Indonesia yang patuh shariah di

http://www.idx.co.id/en-us/home/productandservices/sharia/shariastockindex.aspx

1. Dengan Cara Offline-dengan Menghubungi dealer/remisier anda

Image result for call stockbroker

Sumber:Vector toons
Cara offline adalah cara dipanggil konvesional iaitu klien akan menelefon Dealer atau remisier yang menjaga saham klien tersebut dan mengarahkan mereka untuk melakukan transaksi jual atau beli

Kebiasaannya klien akan menghubungi Dealer untuk mendapatkan nasihat jualan dan belian dan mengatahui tip-tip kaunter yang lain berpotensi,

Klien yang suka menjalankan urusniga offline ini lebih mengutamakan komunikasi dengan cara bercakap atau datang berjumpa terus dengan delaer untuk melihat sendiri adakah ‘order’ arahan dibuat oleh delaer

Kebanyakan klien yang suka cara jualan dan belian offline ini adalah mereka yang professional dan sibuk sehingga tiada masa untuk menekan butang ‘buy’ ‘sell’.

Juga warga emas yang atau golongan berpencen dan berusia yang takut menekan butang ‘buy’ ‘sell’ akibat fobia jika berlaku kesilapan

Tambahan pula waktu dagangan saham Indonesia di Malaysia tidak sama dan mereka selesa mengunakan perkhidmatan dealer sebagai ‘orang suruhan’ mereka untuk menjalankan transaksi tersebut.

2. Dengan Cara Online

Cara ini sangat popular dikalangan klien,bagi yang generasi baru yang terdedah dengan maklumat dihujung jari,rata-rata mereka mengemari mengunakan kaedah online trading kerana

• Pantas
• Mudah di lakukan pada bila bila masa
• Boleh dikawal dan diurus sendiri,tanpa menunggu dealer untuk membuat belian atau jualan saham
• Caj yang dikenakan pula murah dan mendapat diskaun berbanding dengan kaedah menelefon dealer.

Waktu dagangan saham Indonesia bagi waktu Malaysia adalah pada pukul 10 pagi ,tetapi di waktu Jakarta ialah pada pukul 9.00 pagi .

Jarak masa berbeza waktu Kuala Lumpur Malaysia dan Jakarta ialah selisih 1 jam

https://www1.cqtraderonline.com/Home/tabs

Laman web Philip capital Cq trader untuk klien melakukan urusan niaga saham shariah Indonesia secara online.

Baca seterusnya5 Kelebihan Membeli Saham Berstatus Shariah Dari Indonesia Berbanding Dengan Saham Malaysia

Pastikan pelabur mengaktifkan dahulu ‘online trading’ saham Bursa Malaysia dahulu supaya dapat mengaktifkan ‘online trading Pelaburan Rentas Sempadan(cross border trade)’.

Tetapi sebelum itu pelabur pastikan ada memiliki ‘limit’ membeli

Bagaimana mengatahui limit membeli?

ketahui dahulu berkenaan limit membeli saham shariah Indosnesia.

Apa itu limit membeli?

Limit membeli adalah kemudahan yang diberi oleh Bank pelaburan untuk memudahkan pelabur saham Shariah Indonesia untuk membelinya.

Misalnya

Jika seorang pelabur mendeposit RM50000 maka limit membeli yang klien dapat ialah dalam bentuk Singapore Dollar SGD 16722 sebagaimana yang tertera di anak panah berwarna hijau diatas

Dan ‘limit menjual adalah kadar wang (bukan Tunai) yang pelabur boleh jual pada waktu tersebut.

Jika pelabur melihat ‘0” di bahagian limit membeli maka pelabur tidak boleh membeli saham tersebut.

Limit membeli berdasarkan jumlah pelaburan yang ada (dalam bentuk Saham atau Tunai) di dalam akaun ‘trust’ saham bursa Malaysia.

Related Articles

Leave a Comment