Home Potensi SahamSaham Indonesia Indonesia Mengekalkan Kadar Faedah,1 Mac 2018

Indonesia Mengekalkan Kadar Faedah,1 Mac 2018

by Mohd Al Adzha

Bagi Fanatik Saham Shariah Indonesia,

Langkah Bank Pusat Indonesia megekalkan kadar ‘interest rate’ merupakan langkah yang tepat,

bagi kami di Malaysia ini memberikan peluang kepada  rakyat Malaysia untuk membuat pelaburan saham di negara yang memiliki rakyat 265juta ini.

kesan Bank Pusat Indonesia mengekalkan kadar ‘interest Rate’ mendorong

1.Pelabur Asing akan memasuki pasaran Saham Indonesia dan ini menyebabkan matawang Rupiah semakin kukuh.

2.Menyebabkan Kos pinjaman di Indonesia kekal dan syarikat disana akan mengishtihar lebihan keuntungan,lebihan keuntungan akan menyebabkan harga saham semakin naik didorong belian oelh pelabur Asing dan Institusi di Indonesia.

langkah Malaysia menaikkan ‘interest Rate’ menyababkan pasaran saham menjadi ‘freeze’ sekejap,kenapa?disebabkan oleh dua faktor dominan

1.Pilihanraya 2018

2.Kenaikan ‘Interest rate’ oleh Bank Negara Malaysia menyebabkan kos perniagaan menjadi tinggi dan ini memberi impak kepada margin keuntungan

pelabur Malaysia boleh mengalihkan portfolio mereka ke luar negara dengan terus membuat pelaburan dipasaran saham shariah Indonesia.

bagi kami yang mengelola pelaburan klien klien kami melabur saham luar negara selam 8 tahun,kami sentiasa memberi ‘update’ kesan global kenaikan ‘interest rate’ oleh Amerika.

Malam tadi testimoni oleh Pengerusi Rizab persekutuan AS,Jerome Powell membayangkan akan berlaku 4 kali kenaikan kadar faedah di Amerika.

kadar faedah ini memberi kesan kepada pasaran saham global sehingga indeks saham Dow jones jatuh sebanyak 380 mata.

kami di sini sentiasa memberi perhatian akan kesan kenaikan ‘interest rate’ ini ,

perlu diingat apabila pasaran malaysia dilihat tepu dan lesu,pelabur boleh melihat pasaran saham lain yang mampu menjana pulangan

sama dengan analogi jika ingin mencari ikan di pasar,adakah kita akan membeli ikan dipasar yang sama?

mungkin pasar A ada ikan ini dan pasar B ada ikan yang dingini oleh pembeli yang lain.

setakat ini jika klien kami melabur saham shariah secara ‘trading’ dengan signal Bolingger Band pun sudah mencukupi membawa keuntungan.

ini kerana komposisi pasaran saham Indonesia dimiliki berikut

Pelabur Asing:52%

Pelabur Institusi tempatan:32%

Pelabur Retail:16%

KENAPA PELABUR ASING DI INDONESIA lebih BESAR BERBANDING MALAYSIA?

Ini soalan yang pelabur saham Indonesia perlu tahu,ini kerana dasar kerajaan Indonesia ialah memberi polisi 100% pegangan asing kepada syarikat asing

tidak di Malaysia yang syarikat Asing perlu memiliki 30% kepentingan Bumiputra dan ini kita lihat

‘mode’ pelabur asing beli dan jual kepada kaunter kaunter yang bagus dan ‘blue chip’ disana.

Jika anda trader yang tegar,saham luar negara perlu diberi perhatian.

sekian olahan kami,sesiapa yang berminat boleh ‘book’ kelas pelaburan saham Shariah Indonesia,Amerika dan London pada bulan April 2018.

‘Dengan Ilmu kita melabur, dan menabur bakti ,

Dengan jahil kita terkubur oleh ahli waris kita sendiri’

Wallahu’alam
#sahamshariahindonesia
#saham
#Sahamglobal
#sahamshariahluarnegara

Related Articles

Leave a Comment