100
Prinsip Asas Analisis Teknikal (Basic in Technical Analysts)
Amdi Hamzah MSTA, CFTe
Perhatian:Artikel ini disumbangkan oleh tuan Hamdi hamzah dan beliau merupakan alumni kami dari Program Exam Dealer Remisier batch yang ke 12,seorang yang aktif dan gemarkan pengembaraan dan latar belakang beliau dari bidang perubatan tidak menghalang beliau menceburi menjadi Dealer saham di Affinhwang IPOH.Sesiapa yang ingin membuka akaun dengan beliau boleh emel kepada beliau.
Analisis teknikal(Teknikal Analisis) merupakan salah satu kaedah dalam melakukan pemilihan saham yang berpotensi, dan boleh membantu para pelabur/pedagang saham bagi melakukan keputusan dalam berdagang.
Secara asasnya, analisis teknikal ini boleh dirumuskan sebagai satu kaedah untuk meramalkan harga pada masa hadapan dengan menumpukan pada pergerakan harga, permintaan serta penawaran dan corak carta, berdasarkan carta.
Selain daripada dagangan saham, analisis teknikal boleh juga digunakan dalam dagangan
instrumen kewangan yang lain seperti forex, pasar niaga hadapan (futures), bond, matawang kripto dan lain-lain.
Tiga prinsip asas analisis teknikal :
Sumber:Stockmarketsignal.com
1. Segala faktor telah diterjemahkan pasaran (Market discount everything)
2. Sejarah mungkin berulang (History tends to repeat itself)
3. Harga bergerak ada arah alirannya (Price moves in trends)
1. Market discounts everything
Kritikan sering dilemparkan terhadap analisis teknikal kerana hanya mengambil kira pergerakan harga semata-mata .Bagi seorang penggemar analisis teknikal tegar, mereka mempercayai bahawa segala faktor fundamental syarikat, psikologi market dan faktor-faktor luaran yang lain telah sedia diterjemahkan
dalam pergerakan saham pada carta.
2. History tends to repeat itself.
Sumber:Google Image
Corak dan pergerakan saham pada carta sering berulang kerana psikologi market itu sendiri boleh diramal, berdasarkan emosi para pedagang seperti ketika panik mahupun teruja. Para penganalisis teknikal menggunakan corak carta untuk mengkaji emosi-emosi ini dan kesannya pada pergerakan pasaran untuk memahami arah aliran saham.Corak dan pergerakn yang berulang ini seterusnya dijadikan panduan bagi penggemar analisis teknikal dalam dagangan saham.
3. Price moves in trends.
Sumber:Investopedia
Lazimnya saham tidak bergerak secara semberono dan meng”khinzir buta”. Pergerakan saham itu ada arah alirannya, sama ada bagi jangka masa pendek, sederhana mahupun panjang. Dengan mengenal pasti arah aliran sesuatu saham itu, keputusan dagangan saham boleh diputuskan, dan risiko dapat dikurangkan.
Analisis teknikal terdiri daripada pelbagai cabang ilmu dan disiplin, dengan setiap cabang itu ada kelebihannya tersendiri. Dan setiap cabang itu boleh digunakan bersama bagi melengkapi dan menampung kekurangan masing-masing. Antara cabang ilmu dalam analisis teknikal adalah gelombang elliot, fibonacci, gann dan corak carta.(sekadar memberi beberapa contoh).
Penafian:Perkongsian dibuat atas dasar ilmiah sahaja,pihak kami tidak bertanggungjawab jika ada sesiapa yang menanggung maklumat dari kami.