Apabila kita merujuk dengan pasaran saham ramai antara kita menjauhkan diri dan kita mendapati bidang perlaburan ini akan bermula apabila anda sudah mempunyai modal yang mencukupi, malah ada yang beranggapan bahawa bidang perlaburan ini hanya dimonopoli oleh golongan kaya sahaja,
Sebenarnya dari suatu segi kita banyak membina anggapan yang salah berkenaan tentang Saham ini,Dato’ Salleh Majid bekas Ketua Pegawai Esekutif Kuala Lumpur Stock Exchange menyatakan bahawa saham adalah bentuk perlaburan yang mempunyai nilai ekonomi pada masa akan datang,Ia merupakan aset bagi mereka yang memahami dengan mendalam akan bentuk pelaburan ini,untuk itu sikap adalah segalanya-segalanya” di gunakan bagi mengambarkan proses mempelajari Pasaran Saham,ianya sekaligus sikap yang dibentuk dan bukan hanya kebijaksanaan semata-mata.
Ramai diantara kita merujuk kepada hasil sesebuah pelaburan sebagai lambang kejayaan akan tetapi ramai professional mengambil masa untuk memahami,dan mereka tidak mudah membuat anggapan perlaburan masing-masing,dalam kes ini Warren Buffet menyebut “saya merasa seronok dengan proses sepanjang anilisis pelaburan saya daripada menikmati hasil pelaburan saya tersebut”,malah Robert Kiyosaki dalam bukunya bertajuk “How to Increase Your Financial IQ” menyebut “minda anda adalah mesin penjana pelaburan yang agung ianya umpama mesin membolehkan anda menikmati hasil pelaburan tanpa batas,
Gambar:Robert Kiyosaki,Increase Your Financial I.Q
Sikap adalah perkara asas dalam membentuk sistem pelaburan yang menjana wang anda,Azizi Ali menyebut “laburkan diri anda dahulu” merupakan suatu penekanan supaya kita mengkaji lebih mendalam tentang aspek pelaburan asas seperti banyak membaca,mengkaji,menganalisis serta ditambah dengan disiplin yang berstruktur supaya mencapai matlamat kewangan pelaburan masing-masing.
Proses mengkaji dan memahami adalah hak mutlak individu setiap pelabur-pelabur saham,dengan Ilmu yang anda dapat anda akan berkemungkinan akan menjadi jutawan ataupun Bilionair seperti Warren Buffet,George Soros,Jim Rogers dan sebagainya,Sebenarnya jika di teliti latarbelakang tokoh-tokoh tersebut mereka semua adalah individu yang tekun lagi jujur dalam segala aktiviti dan obses dengan kerja masing-masing,Sebagai contoh Buffet adalah individu yang sangat bersemangat apabila menceritakan berkenaan wang dan pelaburan saham,beliau hanya membeli saham setelah beliau mengkaji Laporan tahunan syarikat selama 7 tahun kebelakang dan saham yang beliau kehendaki ialah saham yang syarikat tersebut memiliki pengurus syarikat yang jujur lagi berintergriti,meiliki tim pengurusan yang cemerlang,memilih perniagaan yang ada ‘value’ serta memiliki rekod pengurusan syarikat yang baik,selain dari itu Buffet menyarankan agar seorang pelabur itu memahami bahasa perniagaan yang paling penting iaitu bahasa Ilmu perakaunan.
Ilmu perakaunan adalah asas dimana anda boleh mengukur dan membayangkan nilai ekonomi sesebuah perniagaan,diceritakan didalam buku “The Tao of Warren Buffet” ketika sebuah parti berlanngsung didalam majlis Warren Buffet didatangi oleh kenalan dan meminta nasihat beliau tentang apa jurusan anak buah nya yang akan belajar ketika di kolej nanti,Warren mencadangkan agar anak buah kawannya itu mengambil jurusan perakaunan ketika di kolej dan beliau menambah “macamana anda ingin mengukur tahap keupayaan sesebuah syarikat dengan baik? dan ini beliau sarankan.
Gambar:The Tao Of Warren Buffet.
menjadi jutawan adalah idaman setiap individu yang inginkan kebebasan kewangan dan ianya bebas lepas bagikan anda boleh kemana-mana tanpa ikatan. Jadi apa yang bebas?Ya,bebas HUTANG,bebaslah dari segala yang membelenggu diri anda daripada rasa rendah diri,ketidakcukupan dan seumpanya,dikatakan mereka yang menjual pinjaman peribadi,kad kredit dan Unit Amanah secara pinjaman adalah mereka yang tidak disukai sebab mereka menjual liabiliti kepada orang lain akan tetapi bagi mereka yang ahli didalam hal-hal perlaburan,broker saham,perunding unit amanah ahli perniagaan mereka ini disukai dan dihargai serta orang ramai ingin berkawan dengan golongan sedemikian kerana mereka menjual aset yang dapat menjana perlaburan dengan betul dan bersistematik.
Jesteru,Jutawan atau bilionair adalah idaman bagi setiap mereka yang waras di muka bumi ini,akan tetapi menjadi jutawan adalah suatu proses dan ianya merupakan proses yang dipegang oleh kebanyakan pelabur professional, dalam hal ini kita kan bertanya apa yang mereka buat hingga sampai menjadi tahap yang terbaik didalam bidang perlaburan masing-masing,George Soros dengan spekulasi matawang,Warren Buffet dengan pasaran saham,Jim Rogers dengan pasaran hadapan (Futures) dan mereka ada nama dan mencipta legenda masing-masing.Kadang-kadangkala kita tidak tahan dengan proses tersebut akan tetapi mereka yang nampak akan keupayaan sesebuah perlaburan yang telus dan berintegriti mereka adalah individu yang tidak dapat dikalahkan didalam bidang perlaburan masing-masing.
La’al lakum Tuf lihun(Semoga kamu Berjaya)