Usaha Amerika Syarikat melobi supaya Yuan di dagangkan semula sama dengan matawang lain memang suatu usaha bersungguh-sungguh yang di lakukan oleh Setiusaha Perbendaharaan Amerika iaitu Timothy Gartner supaya pasaran global akan berlaku kecairan dan menyokong pertumbuhan ekonomi global.
Kesan Yuan didalam ekonomi global amat berpengaruh, pasaran menampakan pertumbuhan positif harini didorong pengumuman oleh Bank pusat China pada 19 June 2010 yang mengesahkan Yuan akan di benarkan berkembang sebanyak 0.5 peratus dagangan sehari dan fleksibiliti ini mendorong dikurangkan kebergantungan eksport China sebagai enjin pertumbuhan.
Sememangnya polisi kewangan Yuan ini amat di tunggu oleh Amerika kerana China adalah sebuah negara yang terbesar pertumbuhan di dunia dorong dengan kadar pertumbuhan ekonomi sebanyak dua digit.
Amerika sebenarnya menghadapi dilema dengan berdepan dengan masalah hutang luar yang semakin meningkat iaitu sebanyak USD 13 Trillion dan ini menyebabkan Dollar semakin jatuh nilainya, nilai Dolllar yang semakin jatuh akan menyebabkan Import Amerika semakin meningkat dan akan mendorong kepada pertumbuhan Inflasi dan ini menyebabkan Pengerusi Rizab Persekutuaan Ben Bernanke mencadangkan agar kadar faedah di kekalkan demi merancakkan kecairan serta melindungi pengilang-pengilang Amerika dari menanggung kos hutang yang tinggi.
Baca seterusnya: 5 Kelebihan Saham Amerika
Didalam Pasaran Global sekarang ini China merupakan pemain pasaran yang paling berpengaruh kerana China merupakan pembeli Bond Amerika yang paling besar dan Timothy Gartner bertindak sebagai ‘Sales Man’ dan Amerika memang terdesak supaya Yuan boleh didagangkan semula agar kos import dari China tidaklah tinggi dan ini memberikan kelebihan kepada China agar kekal sebagai negara pengeksport yang berpengaruh setelah Jerman dilanda masalah untuk mengekalkan pertumbuhan di tambah dengan masalah yang melanda matawang Euro.