Ben Benarke merupakan orang yang paling berpengaruh dalam halatuju pasaran saham Amerika dan seluruh dunia,semua pelabur menunggu hasil laporan dari pengerusi rizab persekutuan Amerika itu kerana kesan dari apa yang beliau sebut akan menentukan impak palaburan masing-masing.Baiklah mari kita lihat apa yang En Benarke sebut malam(27 April 2011) tadi sehingga menyebabkan Dow Jones naik 95 mata tertinggi selepas Amerika di landa kegawatan ekonomi pada tahun 2008.
Gambar:Pengerusi Rizab Persekutuan US,Mr Ben Benarke
1.Bank Pusat Amerika menjangkakan pasaran terus pulih didorong kukuh oleh sektor pekerjaan
Sektor pekerjaan Amerika boleh diukur melalui data pengganguran,apabila kadar pengganguran semakin menguncup ini menujukkan sektor awam dan swasta di Amerika menunjukkan tanda-tanda pemulihan,sekarang ini kadar penganguran masih berada pada kadar 8.8% dalam tempoh dua tahun.Warren buffet menyebut jikalau kadar pengganguran meningkat dari suku ke suku tahun ini bermakna akan berlaku tanda-tanda kegawatan ekonomi dan sebaliknya.
2.Amerika berada di jajaran pertumbuhan 3.3 peratus.
Pertumbuhan ekonomi Amerika di dorong oleh budaya orang Amerika yang gemar berbelanja,mereka bekerja dan mesti berbelanja apabila berada pada hujung minggu dan yang mengejutkan purata rakyat Amerika menyimpan untuk simpanan peribadi adalah sebanyak 2%!terendah bebanding rakyat China yang menyimpan 10% hasil gaji mereka.Ramalan Pertumbuhan Amerika kali ini oleh penganalisis rendah berbanding apa yang disebut pada Januari tahun ini.
Baca seterusnya: 5 Saham Shariah Amerika Yang Berpotensi Hasil Dari Belanjawan Perbelanjaan USD1.5 Trillion! Oleh President Amerika
Ianya di dorong oleh sektor pekerjaan Amerka yang semakin berkembang dengan data pendaftaran pengganguran jatuh kepada 8.3% sehingga tahun ini.Untuk memahami iklim pelaburan ekonomi Amerika,sektor perkerjaan adalah data paling sensitif bagi pelabur-pelabur saham Amerika.Kesannya lihat saham General Electric,Ford dan Bank Of America ada menunjukkan peningkatan.
3.Program Pembelian Bond koperat Amerika sebanyak USD600Billion akan berakhir pada Jun tahun ini dan Kadar Faedah akan kekal ke paras hampir ‘Kosong’.
Benarke bercakap dengan jelas akan janji beliau untuk menamatkan pembelian bond ini oleh kerajaan Amerika,apa-apa belian oleh pihak perbendaharaan Amerika akan menyebabkan nilai Dollar Amerika semakin jatuh dan kadar faedah kekal ke paras ‘hampir kosong’ sebenarnya keadaan ini merancakkan kesan inflasi kepada ekonomi Amerika.Kesan komen Benarke ini menyebabkan nilai komoditi seperti Emas dan Perak menjadi pilihan pelabur institusi disebabkan nilai Dollar semakin jatuh maka ramai pelabur mengambil kesempatan membeli Emas sebagai ‘Hedge’ kepada Inflasi.Nilai Dollar yang lemah memberi kelebihan kepada spekulator di pasaran hadapan untuk terus membeli komoditi lain seperti minyak,besi dan menyebabkan harga emas dan perak terus ke paras tertinggi.Lihat saham ETF iShares Silver Trust(SLV)
menokok kepada 2.97 kepada USD47 seunit dan harga pasaran perak pada masa ini berlegar sekitar 48.04seauns tertinggi dalam masa 30 tahun!
Harga pasaran hadapan Emas dan Perak dan setahun:
Jesteru sebagai pelabur saham asing dan antarabangsa,apa-apa komen yang di sebut oleh Benarke sangat berkesan untuk pelabur kerana ianya akan menunjukkan halatuju pasaran Dunia dan rantau lain.Kesan ucapan Benarke memang memberi kemudahan kepada pelabur merancang pelaburan pada masa akan datang.Ingat selagi pasaran belum pulih anda mesti melabur dan melabur untuk mendapat super duper Profit!InsyALLAH Selamat menjadi pelabur Jutawan dan La’al lakum Tuf Lihun.