Home Corporate Exercise Menjana “profit” dengan Corporate Exercise

Menjana “profit” dengan Corporate Exercise

bagaimana klien ini menjana wang dengan saham Inari Amertron Berhad pada tahun 2014.

by Mohd Al Adzha
Sumber artikel : Facebook Mohd Al Adzha Johar
                              26 Februari 2015
(Sumber gambar: laporan tahunan 2023)
Biasa dengar orang posting profit guna trading teknikal analisis?
tapi ada yang tak tahu, profit dalam saham boleh di jana melalui
“Corporate Exercise”
contoh terbaik Inari Amertron Berhad, saya dan beberapa klien saya ada buat proposal tentang kaunter ini.                      Mereka setuju dan ikuti langkah-langkah yang di buat
Inari ada menawarkan :-
  1. Beli “Right” di pasaran dan mendapat percuma 1 warrant.
  2. Warrant itu akan bernama “inari Warrant B”
Klien saya pun membeli “right” di pasaran pada harga RM2.13, akan tetapi klien tersebut perlu mengeluarkan cek untuk membayar “mother share” Inari pada harga RM1.50, harga Inari pada masa di pasaran ialah RM2.90
jadi berapa klien saya keluarkan modal?
katakan beliau membeli inari “Right”
RM2.13 x 24000 unit saham=RM51,120.00
RM1.50 x 24000 unit saham=RM36,000.00 (banker cek perlu di keluarkan dan di bayar)
sebenarnya tak kisah klien saya membeli berapa unit saham, yang penting kos yang beliau keluarkan ialah
RM2.13+RM1.50=RM3.63sen seunit
dan pagi ini pada 26 Feb 2015, setelah menunggu hampir 3 minggu proses berlaku
kita lihat hasilnya
Inari “mother share”=RM2.89 seunit saham
Inari warrant B=RM1.15seunit saham
jumlah:RM2.89+RM1.15=RM4.04 seunit saham
kesimpulan berapa sebenarnya keuntungan di jana?
RM4.04 (harga semasa)-RM3.63(modal seunit)=41 sen seunit
41 sen di kali 24000 unit saham: RM9840,
ok tak?
Apa kelebihan membuat untung melalui “corporate exercise”
  1. Tak perlu menghadap pc trading hari-hari
  2. Sesuai bagi mereka yang bermodal besar dan sibuk dengan kerjaya
  3. Masa tersusun dan fokus pada perkara lain cth : anak dan isteri.

Gambar rajah dibawah menunjukkan contoh ‘corporate Exercise’ yang ada di pasaran Bursa Malaysia, sekilas lalu maklumat ini dalam bentuk ringkas.

(Sumber gambar: www.bursamalaysia.com)
Penafian: Sekadar perkongsian ilmu, kaunter saham  yang ditunjukkan adalah yang lepas dan kami tidak bertanggungjawab jika berlaku kerugian melabur dengan maklumat ini.
Sila dapatkan maklumat dari mereka yang bertauliah.

Jika berminat untuk buka akaun CDS dengan kami dan mendapatkan tip-tip saham,boleh hubungi kami di nombor whatsapp kami :

Mohd Al Adzha Bin Johar (Remisier)
https://wa.me/+60173351380
https://wa.me/+60173351380
https://wa.me/+60173351380

Farhan (Assistant Remisier)
https://wa.me/60176922507
https://wa.me/60176922507
https://wa.me/60176922507

Related Articles

Leave a Comment