Pekerja dari Qatar:
Tuan ,Bagimana keadaan ekonomi negara kita? Adakah sesuai untuk memulakan pelaburan? Bagimana pula ASB?
Jawapan:
Kalau nak melabur mulakan apa yang tuan tahu dulu,ASB baik akan tetapi produk ni sudah lama berbanding pulangan unit amanah yang lain,jadi sekarang ni saya syorkan tuan mulakan pelaburan unit amanah yang ada perunding amanah bertauliah,dari segi ekonomi saya syor tuan bebaskan pandangan tuan dari minda politik dan jadilah seorang minda tajdid pelabur.
Ojektif pelaburan lagi utama dari yang lain dan berdisplinlah,selagi tuan berada di Qatar sila kumpul tunai Qatar sebanyak yang mungkin.kemudian baru tukar ke Ringgit Malaysia, apabila tuan sudah pulang ke tanah air nanti,saya sarankan jauhi pelaburan emas sebab ianya di dorong oleh spekulasi US Dollar.
Dari segi ekonomi negara kita,iklim pelaburan Malaysia,pasaran ekuiti atau saham di dorong oleh faktor dalaman dan luaran,faktor dalaman ialah keadaan politik dan suasana koperat aktiviti yang sibuk seperti aktiviti pegangan saham Proton dan seumpamanya.
Manakala faktor luaran ,pasaran saham di dorong oleh isu di Amerika,Eropah,Jepun,China,Komoditi minyak dan gas serta lain-lain lagi
Faktor Takut dan Yakin (Fear and Confidence)
Pasaran saham jikalau di ambil contoh dari pasaran saham Amerika di dorong oleh faktor takut dan yakin,jikalau suasana pasaran saham dalam keadaan takut di sebab apa yang berlaku di Amerika dan Eropah perkara ini akan menyebabkan berlaku ketidaktentuan pasaran saham yang serius.
Kesan ini sebenarnya bersifat sementara dan paling kuat sekali pasaran jatuh dan bangkit semula selepas peristiwa Great Depresion (1929-1932) pasaran saham Amerika melonjak semula sebanyak 40% pada tahun 1933.
Apa yang saya ingin sampaikan disini pasaran saham tidak selamanya di dalam keadaan merudum,kebanyakan pasaran saham di dunia melonjak apabila data-data ekonomi menunjukkan keyakinan ketara dan seumpamanya.
Perlu di ingat pasaran saham di ‘mainkan’ oleh pelabur yang besar yang besarnya berbilion US Dollar masuk ke pasaran saham didalam sesebuah negara,untuk pelabur besar ini melabur mereka memerlukan ‘Feel good factor’ atau faktor keyakinan yang mungkin pelabur besar ini akan memasuki pasaran.
Analoginya mudah tuan,jikalau pasar itu tuan rasa bahaya untuk berbelanja maka tuan akan berusaha mencari pasar lain yang lebih aman dan yakin untuk tuan berbelanja.
Di sebabkan faktor Takut dan Yakin ini berlaku maka pelabur besar tertumpu ke arah negara kita.
Mengapa Malaysia,Indonesia,Singapura dan Filipina menjadi destinasi pelabur?
Tuan,Rantau ASEAN memang kaya dengan sumber yang mewah,ada rojak,Bakso,Nasi Goreng Thai dan seumpamanya,maaf saya bukan bercerita tentang menu makanan,ASEAN menjadi destinasi pelaburan di sebabkan perkara berikut
1.Inflasi China melambung tinggi
Apabila berlaku krisis subprima di Amerika,pasaran saham Amerika jatuh teruk sekitar ogos 2008,lumpuhnya bank pelaburan tersohor Bear Sterns,Skandal Madoff dan seumpamanya menyebabkan pelabur bermodal besar ini melabur ke China dan negara pasaran baru muncul yang lain seperti Brazil,India dan Rusia.
Kesan kemasukan dana asing yang banyak ke China di direkodkan mencecah USD 2 Trillion!,dan polisi kerajaan China dalam memakmurkan pasaran ekuiti membenarkan bank memberi pinjaman secara ‘murah hati’,George Soros menyamakan perkara ini sama dengan kebangkitan Jepun era 1985-1990.
Di mana syarikat Jepun mudah mendapat pembiayaan dari Bank bagi menyokong pertumbuhan ekonomi.Apa yang di bimbangkan kadar pertumbuhan China agak turun ketara pada tahun 2011 ini dan pasaran saham Shanghai dan Hong Kong merupakan pulangan saham paling teruk berbanding pasaran saham yang lain.
Pada tahap ini China acapkali memotong kadar faedah berkali-kali demi melancarkan kecairan(mudah tunai) didalam pasaran China.Akibatnya pelabur besar ini beralih ke negara Asean.
2.Pembangunan semula Jepun selepas di landa Tsunami
Apabila Jepun di landa gempa bumi yang kuat dan menyebabkan tsunami maka kerosakan yang di alami perlu di baiki semula,Jepun banyak mengimport tenaga kerja, arang batu,getah,kayu,minyak dan gas asli dari Indonesia,Malaysia dan Filipina.Walaupun Jepun ini di landa tsunami sebenarnya ianya mendatangkan rahmat kepada negara Asean sebab Jepun adalah rakan dagang yang terbesar Asean.
Baca seterusnya: Turki Dan Kesannya Kepada Pasaran Global: Ogos 2018
Sektor minyak dan gas Indonesia menyebabkan syarikat minyak utama Indonesia Medco Energi dan Energi Mega Persada membuka eksport yang banyak ke Jepun melalui produk LNG.Tempias ini dapat di rasai oleh syarfikat konglomerat Malaysia iaitu Petronas,hinggakan Petronas merancang membelanjakan RM 300 billion untuk pengembangan modal operasi minyak dan gas.
3.Politik Filipina,Singapura,Malaysia di kawal oleh bekas pemimpin
Dari faktor pemimpin Asean, 3 orang pemimpin Asean iaitu Malaysia,Filipina dan Singapura di pimpin oleh anak bekas Perdana Menteri dan Presiden masing-masing yang memiliki pencapaian cemerlang di dalam pentadbiran negara ,Benny Acquino yang menjadi presiden Filipina adalah anak bekas presiden yang cemerlang iaitu Corazon Acquino,Lee Hsien Leong adalah anak bekas Presiden Singapura Lee Kwan Yew dan masih memiliki gaji tertinggi di dunia.
Datuk Seri Najib Razak adalah anak bekas perdana menteri Malaysia yang kedua Tun Abdul Razak,mereka ini merupakan pembawa legasi ayah kepada anak masing-masing secara psikologi keluarganya mereka ini cuba berusaha mencapai lebih baik dari bapa atau ibu masing-masing.
Jesteru saya harap pertanyaan tuan itu dapat saya jawab dengan semampunya,apa yang saya rasakan pasaran saham negara kita akan mengulangi situasi pasaran “Super Bull Run” pada era “Tiger of Asia”sebelum kejatuhan krisi ekonomi Asia 1997.Jadi mulakan apa yang tuan tahu dahulu dan jangan putus untuk terus melabur.
Penafian:Data di atas sekadar berkongsi sahaja dan tidak layak di jadikan sebagai nasihat pelaburan.Sila dapatkan pandangan dari mereka yang pakar.
1 comment
Gila kentanglah ulasan Tuan Adzha