Warren buffet, Berkshire Hathaway
Selalunya pelabur baru akan bertanya kepada kita apa ilmu yang perlu di pelajari dan dimana kita boleh mendapatnya.
Dalam hal ini pelaburan saham merangkumi ilmu perakaunan,matematik perniagaan,sejarah pasaran,ekonomi dan boleh tambah juga dengan ilmu pemikiran falsafah.
Akan tetapi usah khuatir akan ilmu semua ini,saya tidak memerlukan ijazah kelas pertama untuk memahami selok belok pasaran saham.Cuma satu rahsia sahaja yang paling penting dalam pelaburan saham ialah
Adakah saya minat pelaburan saham ini?
Minat memainkan peranan penting didalam usaha mencari keuntungan pelaburan,
kita sedia maklum semua orang ingin untung dan tidak mahu rugi.
Minat di dalam sesauatu perkara membuatkan kita menjadi fokus dan terarah urusan pelaburan kita.minat menyebabkan kita tidak jemu membaca artikel pelaburan,membuat analisa dan menghadiri seminar pelaburan yang berkaitan.
Minat menjadikan kita seorang yang bercita-cita dan berusaha demi ke arah cita-cita tersebut dan kita sanggup melakukan apa sahaja asalkan minat kita tercapai.
Warren buffet adalah seorang pelabur saham terkaya di dunia,ketika di tanya oleh Janet Tavakolli ,Buffet menyebut saya sangat minat apa yang saya usahakan,apa yang paling suka di dalam hidup saya ialah saya terus membaca dan menganilisis perniagaan yang boleh menguntungkan
dan iannya lebih penting pada saya berbanding dengan keuntungan pelaburan yang saya capai.
Buffett menambah kepada Janet Tavakolli “Jikalau saya tidak menjadi pengurus dana saya pasti akan menjadi jurnalis(Wartawan)”
Janet Tavakoli,penulis buku yang di jemput secara peribadi oleh Warren Buffet,Buffet mengagumi kerja anilis beliau.
Buffett minat membaca,beliau memiliki budaya membaca yang sangat tajam dan ekstrem.beliau menghabiskan banyak masa dengan membaca di perpustakaan beliau.
Baca seterusnya: Bagaimana Anak Anak Bumiputera Boleh Jadi Jutawan Dalam Bidang Saham?
Ketika remaja,pada usaha 15 tahun,buffet sibuk memahamkan ‘Moodys Manuals” ianya statistik data perindustrian seluruh Amerika,
beliau mengkaji bentuk industri di Amerika dari segi kesan dasar kerajaan atau sebagainya yang boleh memberi impak kepada pelaburan saham.walhal pada masa itu semua remaja sibuk bermain besbol di taman permainan.
Jesteru minat yang mendalam mencorak pemikiran pelaburan kita,minatlah yang menentu arah mana pelaburan kita,akhir kata renungi kata-kata Saidina Ali
“jika kita membuat kerja tanpa ada hati(minat) padanya maka kerj kita adalah sia-sia”