Home Amalan dan Doa Selawat Nabi Penenang Jiwa Bagi Pelabur Yang Resah

Selawat Nabi Penenang Jiwa Bagi Pelabur Yang Resah

by Mohd Al Adzha

Assalamualaikum WBT.

Kali ini saya ingin berkongsi dengan teman sahabat pelabur semua tentang kebaikan dan indahnya selawat kepada Nabi besar kita, Muhammad Saw.

Bismillah,semua diri kita ini tidak sempurna dan tidak lengkap di dalam hidup,kita telah buat yang terbaik tetapi hasil pelaburan tidak menjadi dan ada di kalangan kita menjadi putus asa.

Demikian juga di dalam pelaburan saham,tetapi sebelum itu kita sudah memilih jalan kita samaada kita ini menjadi  trader atau Investor.

Selalunya yang sentiasa ‘kalah’ dengan pelaburan saham ialah trader, hebat mana sekalipun mereka ‘trade’, pasti ada suatu masa mereka akan ‘kalah’ jua.

Untuk itu pelabur tersebut perlu ‘pause’ sekejap,dan menarik nafas seketika dan berselawatlah.

Renungi  kisah keberkatan selawat ini

http://pekanrabu.com.my/zubir/selawat.html.

Bagaimana kita berselawat dan apa caranya untuk mencapai ketenangan?

Ketika kita selawat kepada Nabi,bayangkan Nabi Muhammad yang mulia berada di depan kita,di sini saya bawakan qasidah selawat Nabi yang di bawa oleh  penyanyi  bernama Abdessalam Al Haasani,Anda boleh bayangkan meneruasi bait indah syairnya,bayangkan anda menyebut nama dia selalu,tatpi dia tetap akan datang pada anda pada suautu hari nanti.

Qasidah ini di namakan sebagai”Tholama Asyku Ghoraimi’ bermaksud “Telah lama aku menanggung rindu pada Mu”.

ketika lagu ini di mainkan,bayangkan anda di depan baginda yang mulia dan selawatlah secara perlahan-lahan.Hayati bacaan bai-bait yang indah ini.

secara tidak sedar air mata anda akan bergenang dan menitiskan air mata,jika demikian,jangan di tahan-tahan,biarkan ianya mengalir.Sebab Air mata anda sangat mahal dan bergembiralah sebab ianya tanda dosa anda Allah SWT’cucikan’.

Baca seterusnyaPulangan Pelaburan Saham Dari 30 ke 40 Peratus Pada Bulan Ramadhan!

Waktu yang sesuai ialah pada malam hari,dan bukan waktu sibuk.

Kaifiat ini bukan dalam urusan saham sahaja,tetapi semua urusan,jika anda semua rasa sedih atau ‘gelap’ harapan,berselawatlah dan mengantung harapan pada Allah yang Maha Esa.

Rasanya cukup sekadar ini,jika ingin buat lebih buat lah semoga Allah dan Rasul memberkati urusan anda semua.

Related Articles

Leave a Comment