Home Potensi SahamSaham Amerika 5 Kelebihan Saham Amerika

5 Kelebihan Saham Amerika

by Mohd Al Adzha

Hai, Good morning! Apa khabar akak-akak, makcik-makcik dan tuan-puan semua. Harini saya nak berkongsi dengan anda semua macamana  kita nak melabur di dalam saham-saham Amerika Syarikat yang tersenarai di Pasaran New York Stock Echange, Nasdaq dan Amex. Apa pun sebelum kita nak tahu lebih lanjut mari kita kita lihat mengapa perlu kita melabur di Amerika pada masa ini dan waktu ini. Sebab-Sebab yang perlu di ketahui

1) Pasaran Amerika bersaiz  USD36.6 Trilion Billion!

Amerika adalah sebuah negara yang memiliki pasaran saham yang terbesar di dunia dengan semua matawang perdagangan utama mengunakan US Dollar malahan kesemua produk dan perkhidmatan yang anda bayangkan ada di pasaran ini dan anda kenali di depan mata anda. Anda bayangkan syarikat Mcdonald ianya ada di sini dan saya pun tidak perlu sebutkan syarikat-syarikat tersebut. Berbanding dengan saiz saham negara kita (Malaysia) ianya dalam lingkungan USD10 Billion sahaja dan anda bayangkan perbezaannya!

2) Konglomerat Syarikat US sangat murah pada masa sekarang

Akibat terkena krisis subprima pada tahun 2008, banyak syarikat utama US terkena akan kesan hebat ini dan menjunamkan harga saham seperti yang berlaku pada General Electric(GE) yang saham tersebut pernah jatuh serendah USD 6.66 dan kembali ke harga USD15.96 dan perlu diingat Warren Buffet pernah membeli Saham GE pada harga USD 22 dan beliau masih lagi menyimpan lagi saham ini kerana Buffet pernah menyebut GE adalah tulang belakang Amerika. Selain GE banyak saham-saham yang berwajaran besar yang menjadi penanda aras Dow Jones,Nasdaq dan S&P 500 pun jatuh menjunam sama. Maka di sini banyak potensi saham yang pelabur boleh manfaatkan.

3) Dividend didalam US Dollar

Apa yang saya rasa teruja sangat tentang saham US ialah saya pernah terjumpa akan beberapa kaunter yang memberi pelabur dividend setiap 6 bulan sekali, 3 bulan sekali dan saya ada terjumpa tiap-tiap bulan sekali! hebat bukan?! dan yang penting dividen tersebut anda boleh menyimpan dalam bentuk USD dan boleh mengeluarkan dividen tersebut bila-bila masa jika anda mahu. Tambahan pula nilai US Dollar jatuh dan anda berpeluang membeli saham pada jumlah yang banyak! Wallawei!

4) Anda boleh membeli SEUNIT sahaja, saya ulangi 1 unit!

Eh,biar bonar! boleh beli 1 unit sahaja? betul anda sebagai pelabur boleh membeli seunit sahaja saham US ini, berbanding minimum 100 unit untuk saham Malaysia,1000 unit untuk saham Singapura. Apa yang menyakinkan saya ialah saya pernah membeli saham pada harga USD 3.08 dan menjual pada harga USD 12.58 dan tuan puan cuba teka berapa modal saya keluarkan?…………RM 600 sahaja. Itu baru modal yang sedikit saya buat sekadar nak cuba-cuba.

5) Firma dagangan saham tempatan mempunyai akses pelaburan saham luar negara

Hampir kesemua bank komersial dan bank pelaburan yang menyediakan perkhidmatan ‘Cross Border Trading‘ atau dagangan saham luar negara seperti yang di sediakan oleh Maybank Investment Bank, Osk Investment Bank, Affin Investment Bank dan lain-lain lagi  dan yang paling penting anda boleh melakukaan dagangan dengan mengunakan ‘Online’. Setakat ini pasaran yang di sediakan ialah pasaran US(NYSE/AMEX/NASDAQ), Singapura, Australia, Hong Kong, Thailand, Indonesia dan UK(England).

Baca seterusnya3 Saham Perlombongan Amerika Yang Bakal Meletup!

Oleh yang demikian saya cuma berkongsi sedikit tentang maklumat saham-saham di Amerika dan tindakan selanjutnya anda boleh menghubungi dealer atau Remisier anda yang berdekatan dengan tempat anda untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut, sekian dan selamat melabur!

Related Articles

Leave a Comment