Home Dealer/Remisier 3 Faktor Yang Menentukan Harga Bagi Remisier di Mata Bank Pelaburan

3 Faktor Yang Menentukan Harga Bagi Remisier di Mata Bank Pelaburan

by Mohd Al Adzha

Salam semua,

Kali ini saya akan berkongsi tentang kekuatan dan nilai sebenar sebagai seorang Remisier,pada pandangan bank pelaburan

Setiap Remisier  yang membawa bisnes kepada bank pelaburan ada nilai yang perlu di bayar oleh bank pelaburan jika remisier atau dealer ini berpindah dari bank pelaburan ke bank pelaburan yang lain.

Sebelum saya pergi lebih lanjut,profesion dealer Remisier ada nilai yang harus di bayar oleh mereka yang ingin mengunakan perkhidmatan ini,

Cuba anda bayangkan di dalam arena bolasepak profesional setiap pemain bolasepak ada memiliki tanda harga yang perlu di bayar oleh kelab bolasepak.

Harga seorang bernama Cristiano Ronaldo dengan Park Ji Sung adakah sama ketika Manchester United menjual mereka berdua ini kepada pembeli dari kelab Sepanyol dan Turki

Baik untuk mengatahui lebih lanjut nilai sebenar pada diri Remisier atau nilai patutnya(fair value) pada mata firma pelaburan ,ada 3 kriteria yang kebiasaannya diguna pakai.

1. Jumlah  dan saiz pelaburan klien

Saiz klien yang melabur dengan Remisier di ambil kira,jika jumlah klien yang melabur agak besar maka harga perpindahan dari broker lama ke broker baru adalah tinggi,harga di ukur dengan jumlah dagangan jual dan beli atau istilah lain di panggil turnover,turnover yang rendah akan menyebabkan harga perpindahan adalah rendah dan sebaliknya.

Pada masa ini broker yang ingin menjual remisier tersebut akan menetapkan bidaan harga penjualan,harga pula berdasarkan “willing buyer,willing seller basis”.

2. Siapa klien yang Remisier jaga?

Jika anda membaca 2o orang terkaya Malaysia,di pihak broker memang akan tahu siapa kah remisiernya,jika disebut siapakah Remisier untuk Tan Sri Jeffry Chiah,pengasas Sunway Group,juga pihak broker akan tahu,sama juga  siapapakah Remisier  yang menjaga syarikat Usaha Tegas Sdn Bhd  milik Tan Sri Ananda Krishnan,manusia  kedua terkaya selepas Robert Kuok.

Baca seterusnyaJika Berniat Belajar Saham Atau Menjadi Remisier Mohon Sifulan Tersebut Menjaga 5 ‘Hati ‘ Ini

perlu diingat jika sebuah syarikat yang di senaraikan di pasaran saham seperti Inari Berhad,syarikat itu akan di jaga oleh team Remisier atau dealer yang bertanggungjawab untuk hal ehwal saham klien.

Jadi lagi terkenal klien Remisier maka lagi mahal lah yuran perpindahan dari broker lain.

3. Usia dalam pasaran

Disini Remisier akan dinilai berdasarkan berapa usia beliau dalam pasaran saham,Remisier dianggap berpengalaman apabila ianya  berada lebih dari 5 tahun dalam industri.

Jesteru inilah antara faktor yang diambil kira jika sebuah Broker saham itu ingin mengambil remisier dari tempat lain,tapi bagi pihak remisier,semuanya bergantung kepada klien masing-masing,lagi besar klien pelaburan klien itu maka relatifnya lagi mahal harga yuran perpindahan remisier tersebut.

Related Articles

Leave a Comment