Home Amalan dan Doa Apabila Melabur Saham ”Never Forget Allah”

Apabila Melabur Saham ”Never Forget Allah”

by Mohd Al Adzha

Semua orang melabur saham,kita memerlukan panduan dari seluruh perkara,dan perkara yang paling kita suka ialah mendapat petunjuk dari Allah SWT.

Dan sesungguhnya hanya orang beriman sahaja yang mendapat petunjuk Allah rabbul jalil,maka degan ini kita sebagai muslim mesti mendekatkan diri kepada Allah SWT  dengan  segala elemennya supaya matlamat pelaburan kita dapat kita kecapi.

Mesej  “Never foget Allah” atau jangan lupa kepada Allah menguat  jiwa pelabur menjadikan hati pelabur ‘hidup’ dan memahami yang Allah SWT itu Tuhan segala maha pencipta yang semua perkara berada di tanganNya.Dia yang mengatur segala urusan dan yang penting dia juga memberi rezeki.

Mengapa kita perlu mengingati Allah?

1.Allah memberi kemenangan  kepada sesiapa yang rajin menginggatinya dan di beri ganjaran yang tinggi.sesuai dengan firman Allah SWTdi dalam Al Quran,

“Dan ingatilah (Allah) sebanyak-banyak semoga kamu mendapat kemenangan”:Al Imran Ayat ke 200.

Kemenangan di sini bukan dari segi keuntungan pelabur mendapat keuntungan dari pasaran saham,malah semua perkara yang boleh hamba itu mendapat kemenangan yang di iringi dengan keredhaan Allah ,maka setiap hamba  Allah perlu merebut peluang ini.

2.kita ingat Allah masa senang,maka Allah ingat kita pada susah  dan senang.

Firman Allah SWT di dalam surah Al Baqarah yang bermaksud

“Oleh itu kamu ,Ingatlah kepada Aku(dengan mematuhi hukum dan undang-undangKU),supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan,dan bersyukur lah kamu kepadaKU jangan kamu kufur (akan nikmat Aku).

Dua perkara tersebut memang cukup membuat kita perlu ingat kepada Allah SWT setiap masa,pelaburan dan Islam adalah satu,ianya elemen yang bukan boleh di pisahkan.

Apabila kita menginggati Allah SWT banyak-banyak maka kita akan memperolehi

1.Rahmat dan petunjukNya dalam urusan pelaburan .

2.Di sayangi oleh Allah SWT  dan para malaikat.

3.Tidak berasan tertekan dan rasa amat rugi jika kita gagal di dalam pelaburan dan sentiasa bertawakkal (berserah) setelah kita berusaha.

4.Di ampun segala dosa-dosa yang lalu.

5.mendapat ilmu yang bermenafaat pada perkara lain yang boleh mengukuhkan urusan pelaburan kita.

Baca seterusnya: Berdoa Bersungguh-sungguh Agar Pelaburan Anda Berhasil Dan Menjadi

Jesteru TIM Belajarstockmarket amat berterima kasih kepada penyannyi Farid sanaaUllah ini,kerana jasa beliau membawa kita semua mengingati Allah SWT tidak kira susah dan senang,usaha beliau akan di cintai Allah SWT kerana berdasar sebuah riwayat yang berbunyi,

“Allah akan mencintai orang tersebut yang membawa kecintaan kepada NYA”.

Semoga Allah SWT merahmati usaha Farid Sanaaullah.Amin.

Related Articles

Leave a Comment