Setiap produk atau perkhidmatan mesti ada orang atau organisasi yang bertanggunjawab menjual dan membeli,Orang tengah biasa di panggil sebagai “Broker” atau ejen bagi menjalankan urusan tersebut,broker mendapat upah atau komisen dari transaksi jual beli.
Istilah Remisier adalah merujuk bagi mereka yang terlibat didalam urusan jual beli saham di Pasaran Saham di Bursa Malaysia, mereka perlu memiliki lesen peniaga (Dealer License) dari Suruhanjaya Sekuriti untuk melaksanakan jualan dan belian bagi pihak pembeli dan penjual.
upah hasil belian dan jualan itu di panggil “Brokerage Fee” .
Gambar:Peter Lim Eng Hock,bekas Remsier dari Singapura dan pemegang kelab gergasi bolasepak Sepanyol,Valencia merupakan manusia terkaya di Singapura dengan nilai harta bernilai USD 2 Biilion.
Di dalam industri pasaran modal bidang Remisier ini sangat di perlukan kerana industri permodalan saham ini semakin hari semakin berkembang sejajar dengan kepesatan ekonomi negara,anda bayangkan sebanyak Rm1.6Billion transaksi jual beli saham berlaku setiap hari pada waktu bekerja dan anda dapat tahu berapa banyak komisen yang Remisier dapat jika pasaran saham meningkat naik.
Didalam Industri saham ini apabila seorang Remisier mendapat lesen dari Suruhanjaya Sekuriti iaitu lesen wakil peniaga,Remisier tersebut perlulah menjadi wakil peniaga bagi pihak firma broker pelaburan.Firma broker pelaburan adalah terdiri daripada bank-bank pelaburan yang menjalankan urusniaga saham,sebagai contoh OSK Investment Bank,Maybank Investment Bank dan lain-lain lagi.
Firma pelaburan ada terdiri dari bank pelaburan tempatan atau antarabangsa yang berdaftar dengan Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan Malaysia(Ministry Of Fianance).Antara contoh firma bank pelaburan antarabangsa yang lain seperti Citigroup(US),BNP Paribas(Perancis).Credit Suiisse(Swiszertland),Nomura Securities(Jepun) dan lain-lain lagi.
Mengapa Perlu duduki Peperikasaan Modul 6&7?
Peperiksaan Modul 6&7 adalah exam wajib bagi mereka yang ingin menjalankan urusniaga saham dengan klien,Exam ini dibuat di Suruhanjaya Sekuriti dan calon yang sudah lulus exam ini layak medapat perkerjaan dan penempatan Remisier di Bank Pelaburan atau broker yang bertauliah,
Arahan mewajibkan semua yang terlibat dalam urusniaga saham adalah dari pihak berkuasa Malaysia seperti Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti,jika tidak dituruti maka akan ada hukuman yang berat bakal menanti.
sehingga harini ini ada 26 broker yang terdiri dari dalam dan Luar Negara berada di Malaysia untuk menjalankan urusniaga saham.
Diseluruh dunia setiap mereka yang ingin menjadi broker saham mesti menduduki peperiksaan wajib oleh pihak berkuasa sekuriti seperti
peperiksaan Siri 7 dan 63 untuk menjadi broker saham di Amerika.
Apakah Kelayakan Yang Di perlukan?
Kelayakan minimum perlu bertanya ke Bahagian perlesenan Suruhanjaya Sekuriti akan tetapi mereka yang berminat boleh bertanya kepada bahagian Sumber manusia(Human Resources) bahagian perlesenan di setiap firma bank pelaburan,untuk itu mereka yang memiliki Diploma dan keatas seperti Ijazah Sarjana Muda yang berkaitan seperti Perakaunan,pentadbiran perniagaan,perbankan Islam atau Kovensional dan Ekonomi.
Selepas itu mereka perlulah memiliki lesen wakil peniaga(Dealer License) dari Suruhanjaya Sekuriti Malaysia(SC).Mereka mesti menduduki peperiksaan Modul 6 dan Modul 7 iaitu Undang-undang Sekuriti(Modul 6) dan Modul 7(Penyata kewangan dan penilaian Asset).Dua modul ini adalah modul wajib yang mesti ada bagi seorang bakal Remisier yang terlibat di dalam pelaburan Ekuiti.
KETAHUI RAHSIA KOMISEN REMISER DI LINK NI: Rahsia Komisen Dealer dan Remisier Terbongkar!
Ada 2 kelayakan calon itu boleh memohon menjadi delaer atau Remisier
Kelayakan Akademik
1.Ijazah Sarjana Muda (Degree)dalam apa jua bidang
yang di sahkan oleh badan Akreaditasi negara seperti MQA)
2.Diploma dalam jua bidang+ pengalaman kerja dalam bidang Financial Services atau Capital market selama 2 tahun berturut-turut(Unit Trust ejen,insurans ejen dan Ejen hartanah tidak boleh memohon.)
3.Pemegang Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan bekerja di bank selama 4 tahun berturut-turut.
Kelayakan Kewangan
1.bebas dari Muflis dan rekod CTOS CRIS
2.bebas dari tindakan mahkamah
3.Tiada rekod jenayah berat melampau seperti pernah di penjarakan dan seumpamanya
Bolehkah dealer dan Remsier datang dari bidang ijazah/diploma yang bukan berkaitan seperti kejuruteraan,IT atau Kaunseling?
Boleh dengan syarat ada memiliki modul 6 dan 7 serta ijazah dalam apa jua bidang.
Bagaimana memohon menjadi Dealer Remsier?
Setiap permohonan sebagai Dealer Remsier hendaklah memohon di Bank pelaburan dahulu(jika ada kekosongan jawatan Dealer),keutamaannya bank pelaburan akan memilih calon yang memiliki Modul 6 dan Modul 7 dengan kelayakan yang di sebut tadi.
Selepas itu baru di majukan ke Suruhanjaya Sekuriti untuk di proses permohonannya.
Jangka proses sehingga selesai mendapat lesen delaer Remisier ialah selama 3 minggu atau lebih
Apa beza Dealer dan Remsier?
Dealer Remisier adalah pekerjaan yang di beri gaji dan skim lain seperti Bonus tahunan,caruman KWSP,SOCSO dan pakej pekerjaan sama seperti pekerja bank.Terikat dengan peraturan bank Pelaburan,waktu masuk dan keluar sama dengan staff bank lain yang bergaji seperti masuk kerja pukul 8.30 pagi dan keluar pukul 5.30 petang.
Remisier pula adalah perkerjaan yang berkomisen,tidak terikat dengan waktu keluar masuk bank pelaburan.Pakaian ketika bertugas di Bank pelaburan biasanya tidak formal.Remisier hanya menikmati komisen yang di bayar ke dalam bank akaun masing-masing setiap 7 atau 10 haribulan setiap bulan.
Berapa waktu usia yang sesuai menjadi dealer atau Remisier?
Disini kami sarankan jika usia 35 tahun ke bawah boleh memohon menjadi Dealer,jika usia 35 tahun dan keatas di saran memohon menjadi Remsier.
Bolehkah saya bekerja di pejabat dan menjadi Remisier serentak?
Tidak boleh sama sekali,SC menghendaki agar Remisier membuat kerja sekuriti saham dengan sepenuh hati supaya tidak berlaku kecuaian atau kesilapan ketika membeli dan menjual saham.
https://ncodetrade.com/2017/12/04/beza-kerjaya-remisier-dahulu-dan-sekarang/
Adakah sistem kuoata Sales remisier sama dengan bidang Insurans dan Unit Trust?
Tiada dan tidak sama dengan industri Insurans dan unit amanah,Remisier bebas menentukan halatuju bisnes sendiri.Juga tiada istilah ‘upline’ dan ‘downline’ .
Bolehkah Dealer menjadi Remisier atau sebaliknya
Boleh,jika asalnya dia seorang delaer dan ingin bertukar dari skim bergaji kepada komisen maka ianya di bolehkan,akan tetapi jarang berlaku Remisier ingin bertukar menjadi Dealer,itu ada sebab-sebab yang bank pelaburan benarkan.
Bagaimana bentuk sistem komisen antara firma bank pelaburan dan Remisier?
Setiap Bank pelaburan ada sistem perkongsian komisen diatara Remisier dan firma Bank pelaburan,setakat yang di ketahui mereka mengamalkan sistem perkongsian 50-50 iaitu 50% bagi Remisier dan 50% lagi Bank pelaburan,jadi jika pada suatu bulan tersebut Remisier mendapat Rm30000 komisen broker(Brokerage Fee) maka Rm15000 adalah milik Remisier dan bakinya milik bank pelaburan.
Nota: Komisen broker hanyalah setakat di ketahui sahaja,untuk mendapat maklumat lanjut sila bertanya kepada firma Bank pelaburan masing-masing.
Berapa modal di perlukan untuk menjadi Remisier?
Menjadi Remisier adalah adalah proses perniagaan anda,jadi iannya di urus sebagai entiti perniagaan tetapi yang bagusnya entiti ini tidak perlu memiliki lesen penubuhan syarikat seperti penubuhan syarikat sendirian berhad atau ‘Enterprise’.Setelah mendapatkan lesen wakil peniaga(Delear Representative) dari SC anda tidak perlu memohon lesen tapak berniaga seperti tapak bazaar Ramadhan atau Pasar Malam,cuma selepas anda lulus peperiksaan Modul 6 dan Modul 7 anda boleh memohon untuk menjadi Remisier dengan di serta modal cagaran RM50000.
Mengapa perlu RM50000?
Rm 50000 atau RM 30000 bagi Remisier bumiputera digunakan sebagai cagaran kepada firma Bank Pelaburan untuk Remisier berikan kemudahan kredit bagi klien remisier tersebut membeli saham.
Sebagai Contoh katakan En Ahmad ingin membeli saham TENAGA sebanyak 1000 unit,Remisier En Ahmad akan mengunakan cagaran Rm50000 itu untuk membeli 1000 unit saham Tenaga dahulu,kemudian barulah En Ahmad akan membayar jumlah wang Saham Tenaga tersebut pada T+3(Sila tanya remisier anda apa itu T+3).Jadi Remisier En Ahmad membeli dahulu saham Tenaga dengan mengunakan kemudahan cagaran RM50000 itu tadi dan barulah En Ahmad membayar kepada Remisier melalui akaun bank pelaburan.
Siapakah Remisier terkaya di dunia?
Setiap manusia terkaya datang dari pelbagai sumber kekayaannya,ada yang datang dari sumber warisan keluarga Diraja,Anak hartawan dan sebagainya,tetapi kami nak kongsi bahawa dengan kerjaya seperti Remisier ini boleh menjadikan anda kaya raya atau bilionaire,Di Singapura Ada seorang Remsier yang bilionair dari Singapura,iaitu Encik Peter Lim Eng Hock,kekayaan beliau pada April 2015 ialah USD2 Billion!Beliau anatara 945 individu terkaya dalam majalah Forbes serta pemegang kelab bolasepak terkenal di Sepanyol iaitu Valencia CF,beliau juga pemegang saham terbesar TMC Life Berhad,syarikat dari Malaysia.
Peter Lim Eng Hock bersama jersi bolasepak Valencia CF di Sepanyol,sumber:Valencia CF
Apakah “Movies” yang memberi saya inpirasi sama seperti pekerjaan Remisier
1.Pursuit of happyness
2.Wall street
3.Wolf of Wall street
Kesimpulan
Apabila seseorang tersebut ingin menjadi Remisier tahap ilmu pelaburan ekuiti di perlukan seperti Ilmu fundamental Analisis,Teknikal analisis dan lain-lain lagi,selain itu etika sebagai remisier perlu di jaga dan hendaklah menjadi seorang Remisier yang bermoral dan bertanggungjawab dan tanggungjawab pelaburan di dalam bidang pasaran saham sangat besar.Semoga menjadi Remisier bilionaire!
Sesiapa yang berminat menjadi Remisier atau dealer,kelas peperiksaan termasuk penempatan ke Bank Pelaburan mengikut tempat tinggal juga kami sediakan(jika ada)
sila emel di perundingstockmarket@yahoo.com
atau hadiri kelas Program exam Dealer Remisier kami,
kaitan
Baca seterusnya: 20 Kelebihan Remisier Berbanding Kerjaya Lain
93 comments
Salam,
bagaimana utk menjadi remisier yg islamik? Adakah pendapat remisier ini halal
Wa alaikum salam,
kepada Cik Siti ianya amat mudah
1.Remisier atau delaer hnedaklah mengamalkan apa yang di di bawa oleh baginda Nabi Muhammad SAW.
Perndapatan remisier adalah halal sebab iannya mengamalkan konsep ejen dan prinsipal,maksudnya nya remisier mendapat upah dari hasil jual dan beli saham yang patuh syariah.Pendapatan itu di kira patuh syariah dengan cara
a.Promosi kaunter-kaunter yang patuh syariah sahaja.
b.kurangkan atau beri penjelasan tentang bahaya ‘pelaburan kontra’.
c.ikuti apa yang di kata di bahagian ‘a’ dan ‘b’.
Saya mempunyai pengalaman bekerja di firma sekuriti selama 21 tahun
Dgn kelulusan spm adakah saya berpeluang menjadi dealersrepresentative
Saya berminat untuk menjadi salah seorang koata ahli bumiputra di bidang ini.
Adakah pihak sc ada cara utk saya mencapai impian baru ini?
sila email saya
Salam,cik puan Zalina,
pihak kami merujuk bahagian sumber manusia di salah sebuah Bank pelaburan saham (investment bank) tempatan
di bahagian perlesenan,
pihak sumber manusia menyebut,kelayakan minimum yang di perlukan
1.Sijil pelajaran Malaysia (SPM)
2.berpengalaman dalam bidang perbankan atau bank pelaburan lebih dari 4 tahun.
jadi,untuk kes cik puan,memang lebih dari layak untuk menjadi Dealer Representative ini.
Apa yang perlu di lakukan?
Cik puan perlu memiliki lesen Capital Market Representative license,
ianya merangkumi peperiksaan Modul 6(Undang Sekuriti) dan modul 7(Financial Statement and Asset valuation).
sila rujuk di laman Web SC.COM.MY atau klik link di bawah
http://www.sc.com.my/sub.asp?menuid=220
Semoga berjaya.
Salam tuan,
Saya sgt berminat utk menceburi bidang saham ni termasuk menjadi remiser. Tetapi sy tiada pengalaman.
Cuma berurusan jual saham esos shj dgn remiser.skrg saya bekerja sbg jurutera
Soalan saya:
1.dimana saya patut bermula utk menjadi pelabur saham berjaya?
2.bolehkah saya menjadi remiser secara sambilan?
3.dimana saya boleh belajar lebih mendalaam dlm bidang ini…adakah pihak tuan ada menywdiakan bengkel atau kelas atau bengkel yg tuan recommend
Terima kasih
Walaikum Salam Tuan Zuhaimi.
Saya ucapkan tahniah kepada tuan kerana sudi bertanya di weblog saya ini.
Apa yang perlu di ketahui,
Jika tuan ingin menjadi pelabur.
1.perlu sediakan modal yang mampu,bukan secukupnya.
2.Bezakan dengan pelabur saham dan pelabur spekulatif.
3.Belajar dengan menghadiri seminar saham-saham yang bertauliah.
4.Mesti ada akaun CDS dengan Remisier atau dealer yang tuan senang boleh berbincang.
5.Hadiri kelas pembinbing saham jika tuan rasa belum ada kemahiran yang mencukupi.
6.Belajar menaksir maklumat yang betul untuk pelaburan saham tuan.
Baik,jika tuan ingin menjadi remsier.
1.Sediakan modal RM50,000
2.lulus peperiksaan Modul 6:Undang-undang sekuriti dan Modul 7:Analisis kewangan dan penilaian Aset.
3.Selepas memiliki perkara 1 dan 2,daftar diri tuan di mana-mana broker saham yang berdekatan dengan tempat tuan.
Remisier sambilan atau sepenuh masa.
Remeisier sambilan atau sepenuh masa bergantung kepada pihak Bank pelaburan yang tuan daftarkan diri sebagai Remisier.
Kelas pelaburan.
Kami hanya menawarkan kelas pembimbing Modul 7 sahaja setakat ini,setakat ini masih belum ada penawaran untuk mengadakan kelas pelaburan saham.
Jika tuan berminat boleh buka akaun CDS dengan kami dan kami akan ajukan kepada Rmisier yang berkelayakan dengan tuan.
email di Adzha_80@yahoo.com untuk membuka CDS tuan.
Perhatian:Untuk mendapat tuisyen modul 7.kami boleh sediakan kelas,sila daftar di adzha_80@yahoo.com.
kalau saya baru habis spm and umur baru 17, bolehkan saya bekerja sebagai remisier? berapakah yuran yang perlu dibayar jika ingin mengambil ujian??
terima kasih tuan Charlie kerana bertanya,
Faktor umur dan ilmu yang mantap adalah elemen yang kukuh untuk menjadi seorang remisier berkomisen 6 atau 7 angka sebulan.
untuk itu,Tuan Charlie disaran melawat dan bertanya di laman web http://www.sc.com.my untuk mendapat maklumat lanjut.
maaf kalau saya tanya 1 soalan lagi, apa bezanya kerja seorang remisier dan broker? yang manakah lebih diutamakan dalam urusan saham? adakah ujian yang diambil adalah sama??
Tidak mengapa,
Tiada beza antara broker dan Remisier,aktiviti tetap sama iaitu sebagai pengantara untuk membeli dan menjual barang atau perkhidmatan.Cuma di dalam bidang saham,pegantara beli dan jual saham ini hanya dikhususkan di sebagai Remisier.
Sebagai Remisier,Tuan Charlie di saran mengambil peperiksaan dari Suruhanjaya Sekuriti.
ada ujian khusus di dalam bidang Remisier ini,tuan Charlie mesti lulus dua modul peperiksaan iaitu Modul 6(undang-undang saham/sekuriti) dan Modul 7(Penilaian Penyata kewangan dan Aset)
Selepas itu tuan Charlie boleh memohon bekerja di Firma bank pelaburan yang berdekatan dengan tempat tuan.
Salam tuan,
Soalan saya:
1. apa perbezaan share trading, stock trading dan futures trading?
2. kalau contohnya saya berminat untuk melibatkan diri dalam pelaburan ni bolehkah saya trade sendiri (sebab sy tgk dah ada online trading dekat bank2 kita) atau wajib pakai khidmat remisier?
3. sy lihat dalam web rhbinvest untuk trade futures hanya dibenar intraday trading sahaja, adakah share trading pun sama?
4. berapakah modal paling rendah yang tuan rekomen untuk terjun kebidang ni?
terimakasih atas perhatian tuan.
Wa’alaikumsalam,
Stock trading dan share trading adalah sama,medium pelaburan yang di guna ialah saham
jika futures trading,medium pelaburan yang di guna ialah kontrak pasaran hadapan misalnya kontrak minyak sawit,minyak mentah dan lain-lain komoditi.
Trade sendiri atau guna Remisier?
fungsi Remisier adalah penjaga atau custodian kepada klien empunya akaun,jika klien ada urusan dengan bank pelaburan,pihak yang paling rapat dengan klien ialah Remeisier atau delear klien tersebut.
tuan boleh trade sendiri jika tuan boleh atau mampu mengawal pelaburan tuan puan,hanya fungsi Remisier atau delear boleh di guna apabila tuan berada di luar .kawasan dan tidak boleh key in sendiri ‘order’ tuan.
Untuk RHB invest tuan boleh bertanya kepada mereka atau pergi berjumpa sendiri di bahagian customer services mereka.
untuk mendapat maklumat lanjut
Modal
modal bukan di kira apa paling rendah,itu pertanyaan untuk unit amanah atau produk insurans,tapi pertanyaan tentang modal tentang saham ialah berapa yang kita mampu.Tiada paksaan.
hubungi di 0173351380 untuk membuka akaaun cds atau ingin menjadi Remisier/Delear.
assalamualaikum.sy ingin mengetahui adakah kerjaya sebagai remisier adalah halal disisi ALLAH dari hukum syarak? atau sebaliknya.mohon tindak balas dan pendapat dr tuan.terima kasih
Salam Warah Matullah
Kerjaya sebagai remisier adalah halal selagi
1.menjual dan membeli saham yang patuh syariah seperti saham Bank Islam,Felda Global Ventures atau saham patuh syariah yang lain.
2.akaun ‘trading’ atau akaun dagangan yang di buka adalah akaun yang Islamik.Bank Pelaburan seperti Maybank Investment Bank,Cimb Investment Bank dan Bank Islam Sekuriti ada menawarkan akaun ‘trading’ yang islamik.
Saudara boleh bertanya atau merujuk di laman web Bursa Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia untuk mengatahui maklumat lanjut
Perhatian:Sila rujuk pakar syariah di bank pelaburan tersebut dan jika ingin membuka CDS atau ingin menjadi Remsier atau Dealer bertauliah sila En Adzha di 0173351380 untuk mendapat maklumat lanjut
salam bang,
baru2 ni saya ada berkenalan dengan sorang abg ni. sy x pasti pekerjaan beliau ape, tp dia cakap dia consultant dalam bab2 IPO ni. sy baru 24 tahun tapi knowledge dalam IPO ni sangat rendah, senang cerita ‘zero’ la. nak dijadikan cerita, dia cadangkan saya utk jadi remisier, dalam masa yg sama sy kurg pengetahuan dalam bab2 ni dan hanya ada SPM sahaja, itupun cukup2 makan. apa pandangan abg kalau sy ambik lesen remisier tu? saya dengar macam best. tolong reply… tq
Waalaikum salam,
Ramai orang menjadi consultant untuk IPO sebab ianya sekarang menjadi ‘trend’ buat duit cepat dari investor…apa pun tiada istilah “Consultant” untuk menjadi tengah dalam urusan IPO,mereka yang layak bercakap tentang IPO adalah Remisier,analisis pasaran dan wakil dari bank pelaburan.
Agak mengecewakan apabila semua orang boleh jadi Consultant untuk bercakap tentang IPO.
Baik,jika adik berminat menjadi remisier,sila bekerja di bank pelaburan dahulu dan bina rangkaian di sana,dengan SPM setakat cukup makan…amat merbahaya…Industri pasaran modal bukan seperti itu yang adik hanya SPM pun boleh jadi Remisier.
nak sedap income sebagai remisier adik perlu ada pengalaman kerja di bank selama 4 tahun minimum atau jika ada diploma dan ijazah adik sangat berkelayakan…Wallahua a’alam.
assalamualaikum..saya ingin bertanya, apa beza remisier atau broker..jika background education sya dalam bidang engineering..adakah saya layak utk menjadi ramisier? dan apa tindakan yg perlu dibuat..tq
Salam,
Remisier dengan broker saham adalah sama,jika tuan berlatarbelakang bidang kejuruteraan tidak ada masalah,cuma SIDC hanya minta seorang itu mesti ada basic education dalam bidang Diploma atau ijazah dan minimum SPM dengan 4 tahun pengalaman kerja di perbankan atau kewanagan.
jika tuan layak dengan basic kelulusan ijazah atau diploma sila emelkan resume tuan di perundingstockmarket@yahoo.com untuk kami nilai.
Salam tuan. Apa yg diperlukan utk buka akaun cds dan brapa cajnya
Walaikum Salam Tuan Din
Jika tuan ingin membuka Akaun CDS hanya RM10.60 sahaja
dan pastikan tuan membawa dokumen seperti
Kad pengenalan
Bank penyata
Slip gaji jika ada
kemudian tuan boleh pergi ke mana-mana broker yang berdekatan
atau hubungi kami di 0173351380 untuk maklumat lanjut
Assalamualaikum. Mohon pencerahan tuan:
1. Apakah syarat utk menjadi seorang dealer?adakah sama spt remisier?
2.Saya mempunyai ijazah di dalam bidang Sc dan mempunyai Diploma di dlm bidang pendidikan.Adakah saya layak utk memohon seb dealer/remisier?
Terima kasih.
Salam tuan,
Bolehkah seorang remisier membeli saham untuk dirinya sendiri ?
Salam,
boleh,Remisier boleh beli menerusi CDS akaun yang dia buka dengan broker yang dia sedang bekerja sahaja.
assalamualaikum en adzha, saya nak tanya kalo saya yg belajar engineering dlm diploma ni boleh ke jadi dealer remisier? Saya berminat nk jadi dealer remisier.
Salam tuan Syafiq,
Ikuti Maklumatn di bawah,
Kami akan ada “Sesi berbual percuma” kepada semua yang berminat menjadi Remisier atau Dealer Saham.
Tempat:Affin hwang Capital Taman Midah Cheras.
Tarikh:13/12/14(Sabtu)
Masa:9.30am-11.00am
Antara topik yang di bincang
1.Apa itu kareer sebagai Remisier?
2.Beza delaer dan Remisier?
3.Plan Pasaran Modal 2 dan kesan kepada pasaran modal
4.Bagamaina Bisnes Remisier di jalankan.
5.Bentuk komisen Remisier serta rahsia 5 angka sebulan di bongkar
6.Selain Remisier apa lagi remisier boleh lakukan
7.bagaimana menjadi Remisier sepanjang hayat.
8.Bagaimana Remisier di terima di Bank pelaburan
dan lain-lain lagi.
Sesi perkongsian ini berjalan secara santai,tiada bayaran di buat,mereka yang serius dalam bidang jualan di galak hadir
Siapa yang patut hadir
1.Sesiapa yang minat buat sales.
2.Perunding Insurans dan takaful yang memiliki klien profil tinggi
3.Mereka yang ingin ubah nasib menjadi lagi baik
4.Mereka yang ingin bertanya apa itu dan ini tentang perihal Remisier.
5.lepasan ijazah dan Diploma dalam apa jua bidang.
kerjaya Remisier amat luas,rebut peluang sesi bual percuma dengan trainer yang melahirkan 37 dealer dan Remisier di Malaysia.
di jemput datang bagi sesiapa yang berminat ingin tahu lebih lanjut
boleh tuan Syafiq,
87% calon yang kami latih dalam bidang dealer Remsier adalah dari bidang
engineering terdiri dari bekas
1.Chemical engineer
2.Oil and Gass
3.Petroleum driller
4.Engineer Perodua
5.Contract Support oil rig
6.Mechanical Engineering student
dan bermacam engineering lagi.
Assalamualaikum en adzha. Minat hendak pergi kesana tp masalah kekangan masa sbb saya ade projek kelas yg hendak dibuat. Ada waktu tarikh lain x en?
Salam en adzha, kursus dealer remisier ni mmg terkandung segala ilmu utk buat duit dlm pasaran saham.sekiranya saya yg belajar engineering, bolehkah saya terus ambil kos dealer remisier ini? Atau perlu ambil
Diploma berkaitan akaun dulu? Mohon pencerahan en Adzha. Saya berminat untuk jd dealer remisier.
Salam tuan Syafiq,
Benar,jika tetapi tuan perlu mantapkan lagi ilmu asas Saham dan teknikal,
dengan adanya lesen Remisier ini tuan boleh praktis dan belajar pelaburan saham dari berbagai sumber.
hubungi saya di 0173351380 untuk ketahui lebih lanjut.Semoga kita bertemu insyAllah.
assalamualaikum..sy lepasan diploma analisa pelaburan dr uitm dan skrg tgh mlanjutkan ijazah dlm ekonomi perniagaan..sy telah mbuka online trading acc n cds acc dgn bank islam securities dan tahu sedikit dlm dnia pelaburan.. bgaimana klau sy berhenti stdy n mlibatkan dlm investment? bolehkah klau sy trs ambil ujian modul 6 dan 7?
Salam tuan Ameirool,
Asas tuan bagus,sudah memiliki diploma,tetapi jika boleh teruskan pengajian ijazah ekonomi tuan,
bina kreadibiliti tuan dalam ekonomi perniagaan dan jika tuan sudah lulus,baru boleh ambil exam Modul 6 dan modul 7,
kesimpulannya bank pelaburan inginkan calon:berijazah+lulus module 7 dan module 6=boleh masuk bank pelaburan.
Kami doakan perjalanan karier tuan berjaya……
Assalamualikum,tuan.saya pelajar jurusan ijazah pengurusan perniagaan (major / kewangan dan perbankan islam).saya amat berminat untuk mendalami ilmu pelaburan saham dan teringin untuk bekerjaya sebagai dealer atau remisier.sekarang saya sudah 8 bulan trade dalam stockmarket.saya juga pernah attend kelas fundamental dan teknikal .saya ingin tahu lebih lanjut mengenai cara/kelayakan dan proses untuk menjadi seorang dealer atau remisier.mohon jasa baik baik tuan untuk memberi pencerahan..terima kasih tuan
Salam tuan Marzuqi,
kelayakan tuan dalam bidang ekuiti amat bagus sekali,
jika ada kelapangan sila bagi no hp tuan di perundingstockmarket@yahoo.com
untuk saya call semula tuan dan menerangkan lebih lanjut
Salam tuan adzha, bidang pelajaran kewangan yg manakah yg dkhususkan untuk menjadi dealer remisier? Adakah kursus analisa pelaburan atau pengajian perniagaan atau jurusan ekonomi atau mana2 bidang kewangan boleh jadi dealer remisier?
Salamm tuan Syafiq,
berdasarkan pengalaman saya,mereka yang ada ijazah “Accounting”,”Economic” dan “finance” memang ada kelebihan,
kursus analisa pelaburan atau pengajian perniagaan pun boleh juga,tetapi ijazah di atas sangat-sangat membantu dalam urusan Remsier tuan nanti
as slm tuan, saya lepasan diploma kejuruteraan. Adakah cara untuk saya menjadi seorang remisier. tq
Salam,
Cik Mimi,boleh dengan syarat pernah bekerja dan bergaji selama 2 tahun berturut-turut.tidak kira siapa majikan.
Assalam tuan…
Says memegang diploma analisis pelaburan di UITM..pernah bekerja di Maybank n cimb…Tapi tiada pengalaman dam bidang stock market..di sini saya memang berminat utk meluaskan kerjaya saya sebagai remisier..tapi saya ingin bermula dulu dengan paid dealer representatives…saya ade menghubungi Sidc utk bertanya ttg Exam module 6 dan 7..soalan saya..
1)adakah perlu saya menduduki exam ini dahulu tanpa bekerja dengan mana2 stockbroking firm..?.
Atau
2)saya perlu memohon kerja sebagai trading clerk dulu dimana2 stock broking firm dan menimba pengalaman dan kemudian baru menduduki exam module 6 dan 7?
Mohon jasa baik tuan bagi pencerahan pada saya..
Salam tuan,
memang cantik sangat pakej tuan tu,
sebab
1.Tuan ada Diploma Analisis pelaburan
2.bekerja di bank.
akan tetapi jika tuan bekerja di bank lebih 2 tahun,lagi bagus dan peluang tuan diterima bekerja di bank pelaburan sangat cerah.harap-harap tuan cepat-cepat ikuti program PDRM7 kami.
assalamualaikum tuan.. sy berumur 23 tahun.. berpendidikan spm, 2 tahun 9 bulan pengalaman bekerja di bank, part-time cfd trader selama 6tahun. dan berminat untuk menjadi dealer. bagaimana caranya tuan. sy baca di atas tapi xberapa faham. 😀 mohon bantuan.
Syazwan kerja kat bank mana? Ada kerja kosong tak?
Ada,
yang penting mesti pass Module 6 dan module 7 dulu.
boleh belajar dari kami tuan Syazwan,
tetapi kelayakan SPM tuan sangat minima,
di harap jika tuan ada Diploma yang di sahkan oleh MQA baru boleh mohon menjadi dealer Remisier
Assalamualaikum,
Nama saya Faizuddin dan saya sangat berminat untuk menjadi dealer/remiser. Saya mempunyai basic technical analysis dan fundamental analysis yg basic untuk menjalankan trading di platform mt4. Tetapi saya buat secara sambilan dan ingin memulakan karier dalam bidang spot futures ini secara professional.
Saya mempunyai kelulusan dalam bidang Diploma Ukur Bahan/Quantity Surveying. Pengalaman bekerja di bank dlm bidang sales & insurance di CIMB Bank & Hong Leong Assurance. 3 tahun pengalaman menjual unit trust sebagai agen Cimb Wealth Advisors. Skrg bekerja di HSBC data processing di bahagian banking operations.
Saya sangat berminat untuk memulakan karier sebagai dealer/remiser. Harap tuan boleh tunjuk ajar.
Faizuddin
013 700 8008
salam tuan,
saya ada memohon utk mengikuti kelas diploma technical analysis oleh PRIBUMI.
adakah dengan diploma tersebut boleh melayakkan saya utk menjadi dealer atau remisier.
soalan kedua: susah tak diploma technical analysis, sy sedikit lemah dengan math
Salam tuan Afif Azman,
Terima kasih kerana bertanya,
jika tuan memohon dan mengikuti kelas teknikal analisis,silakan dan saya mohon agar urusan tuan di mudahkan.
akan tetapi perlu di ingat,
untuk melayakkan tuan menjadi Remisier atau dealer,tuan mesti mendapat 2 kelayakan
iaitu
1. Suruhanjaya Sekuriti
untuk menjadi Dealer atau remisier tuan mesti lulus 2 modul wajib iaitu modul 6 dan modul 7
2.Kelayakan dari Firma broker saham atau bank pelaburan
Firma broker yang menempatkan Dealer Remisier saham memiliki jabatan sumber manusia sendiri,calon ini mesti ada 2 kelayakan utama
a.kelayakan kewangan
bebas dari Bangkruptcy dan CTOS CCRIS serta dari tindakan mahkamah
b.Kelayakan akademik
Minimum Ijazah dalam apa jua bidang yang di sahkan oleh badan akreditasi negara(MQA) dan keatas.
di harap jawapan itu akan memberi penjelasan lanjut.
Soalan Kedua.
Penyelesaian Matematik adalah unsur penting dalam perniagaan saham ini,disaran tuan mahirkan dahulu asas matematik dan mengambil peperiksaan modul 7 untuk mengukur tahap penyelesaian matematik tuan.Ini amat penting supaya kecekapan tuan dan kematangan tuan dalam memberi saranan kaunter akan menjadi lebih bagus lagi.
Salam tuan adzha…saya baru lepasan spm…boleh tak tuan cadangkan jurusan diploma apa yg patut saya ambil utk menjadi stock dealer/remisier sbb saya berminat dgn kerjaya ini.
Salam,
Tuan Haziq,terima kasih kerana bertanya,
Baik saya sarankan ambil diploma
1.Bisnes
2.Accounting
kemudian sambung ijazah dalammm bidang yang berkaitan….
selepas selesai buat Ijazah tuan boleh hubungi kami semula untuk menjadi remisier
Salam Tuan,
saya berminat sangat untuk jadi pemain saham.adakah saya sesuai dalam kerja remisier/dealer.
selepas saya tamat pengajian.saya ada pernah menyertai kerja penganalisis saham.bahagian commodities.masa itu saya tidak begitu menumpukan.
sekarang ini saya sangat berminat menyertainya.
saya lulusan HND Mechanical Engineering.berumur 38 tahun
apa itu bahagian Sumber manusia(Human Resources) bahagian perlesenan di setiap firma bank pelaburan,
Boleh Tuan bagikan contoh.
Bahagian Perlesenan(Licensing) adalah tempat Jabatan Sumber Manusia menghantar permohonan Remisier ke Suruhanjaya Sekuriti,
jika tuan ingin mendapat maklumat lanjut sila hubungi di bahagian perlesenan atau mereka yang yang dilantik mengurus kemasukan remisier
atau jika tidak keberatan hubungi saya ditalian 0173351380 untuk mendapat maklumat lanjut
Salam tuan,
sy berminat untuk attend kelas modul 6 & 7. buat masa ni , sy hnya fikirkan utk menjadi dealer terlebih dahulu.
soalan sy,
I) adakah seorang dealer juga menerima komisyen melalui jual beli saham seperti seorang remisier ? atau tidak menerima apa2 komisyen. hanya mendapat gaji bulanan dari bank.
2.) berapa kah anggaran purata pendapatan seorang dealer bagi setiap bulan ? (soalan kedua ni agak sensitive sikit, harap tuan tidak kisah untuk berkongsi. bagi sikit2 bayangan pun boleh kerana saya ingin bandingkan dengan gaji tempat saya bekerja sekarang. Jika gaji seorang dealer lebih tinggi dari gaji saya sekarang, pasti akan membuatkan semangat saya berkobar-kobar untuk mengambil modul 6 & 7)
Salam tuan Hafifi,terima kasih melawat blog saya
1.Dealer juga menerima komisen dari jual beli saham bergantung skim apa yang bank pelaburan tawarkan
a)Skim Insentif-Insentif ada bank bayar setiap 3 bulan sekali,atau 6 bulan sekali setelah ditolak dari semua kos belanja staff seperti EPF,belanja tuntutan perbelanjaan dan lain-lain lagi.
b)Skim Bonus-Bonus dibayar setelah genap setahun dan ditolak dengan semua belanja,termasuk gaji setahun dan EPF.
angaran purata pendapatan dealer setiap bulan bergantung kepada hasil usaha dealer tersebut,jika dealer tersebut berusaha keras dan memiliki klien yang boleh trade maka makin banyak komisen yang akan didapat
perlu diingat kos mengaji setiap dealer adalah sangat rendah,sebagai contoh gaji sebagai seorang dealer adalah dalam linkungan RM4000 untuk dealer yang berusia 10 tahun dalam pasaran saham,tidak sama dengan dengan mereka yang bekerja sebagai akauntan kerajaan yang sudah pun berada 10 tahun didalam perkhidmatan yang rata-rata bergaji kasar RM7000-RM8000,ini kerana dalam bidang ini,gaji dealer boleh dikatakan sama dengan dengan kos mengaji penjual Telefon Bimbit iaitu dengan asas gaji RM900 sebulan tetapi mendapat komisen ditambah dengan asas gaji boleh mendapat RM25000 sebulan!
kami ada mendengar seorang dealer cuma bergaji RM3000 sebulan tetapi mendapat gaji bulanan sebanyak RM26000!.
Dalam bidang ini,ada alumni kami berhenti bekerja sebagai jurutera di syarikat multibilioan dengan bergaji RM8000 sebulan tetapi sanggup berkorban dan mendapat gaji RM3000 sebulan,sebenarnya beliau menjana pendapatan sampingan dari luar waktu bekerja sehingga memncecah RM16000 sebulan ditambah boleh buat duit hari-hari dipasaran saham.
Apa faktor yang menyebabkan alumni kami berhenti bekerj sebagai jurutera dan menjadi dealer
1.tips pelaburan saham ada didepan mata,dari Wassup group,laporan kajian oleh bank pelaburan malahan dari klien sendiri
2.Masa yang fleksible
3.Skim belajar Saham dan mempertingkatkan ilmu untuk bumi putera di tanggung oleh kerajaan,anda boleh belajar dengan secara santai dan ianya percuma
(http://www.sidc.com.my/professional-learning-development-solutions/education-funds/bdref/overview)
4.Anda mendapat prestij,lagi mahir anda menenentukan saham mana yang berpotensi,lagi mahir anda dikalangan klien
sekian sekdar itu,jika anda berminat dan berkobar-kobar dan ingin menjadi Warren Buffett hubugi saya di 0173351380.
assalamualaikum tuan
saya dah bace smue syarat2 nak jadi delear or remisier . dan saye sgt berminat
tpi saye ad satu soalan.
masa dpan mne lagi cerah ? akauntan atau delear ?
adakah kalau blaku kejatuhan ekonomi delear ni akn dibuang skali ?
Tuan, saya ada kelulusan engineering mechanical hnd..umur 38 tahun ..adakah saya layak jadi rimiser..bagaimana caranya tuan berapa kos bayaran untuk kursus dan layak jadi rimaiser
Salam Tuan ramzan,
Baik,jika tuan ada kelulusan dalam ijazah yang disahkan oeleh MQA,maka dibolehkan ambil exam ini dan layak jadi Remisier
caranya1
1.Ambil exam Module 6&7
2.jika sudah pass,kami tolong majukan ke mana-mana broker yang berminat(itu atas bergantung kepada kekosongan)
ok,kos bayaran dan belajar kursus sila pm kami di 0173351380
Assalamualaikum Tuan
Kenapa ejen unit trust dan insuran tak boleh jadi remiser?
Dan apa perlu dilakukan kalau seorang ejen unit trust dan insuran masih berminat menjadi remiser?
Salam Tuan
Ejen Unit trust dan insurans tertakluk kepada tauliah dari lesen masing-masing misalnya jika penjual unit Trust hanya boleh menjual produk unit trust dan sama juga dengan Insurans
Akan tetapi jika klien bertanya tentang keadaan pasaran Saham,pihak yang bertauliah menjawab persoalan ini ialah Remisier Saham,ini kerana lesen remisier mendapat tauliah terus dari suruhanjaya Sekuriti
Perlu diingat,jika seorang itu memiliki lesen dari Suruhanjaya sekuriti,mereka ini boleh menjalankan urusniaga sekuriti syarikat seperti Aset,Hutang dan ekuiti.
jika tuan seorang unit trust ejen dan insurans,tuan boleh menjadi Remisier dengan syarat tuan memiliki Lesen Remisier
kelebihan yang tuan ada ialah tuan sudah memiliki klien sendiri dan tidak perlu mencari klien yang baru.
Dan jika berminat menjadi Remisier,tuan boleh ikuti kelas mengambil peperiksaan di SC atau mencari pusat tusyen yang boleh mengajar module 6&7 seperti kami.
ASSALAMMUALAIKUM,
Saya seorang pelajar sekolah menengah yg berumur 16 tahun. Saya mengambil bidang perakaunan, perdagangan dan ekonomi asas di sekolah. Saya sgat berminat dan telah menetapkan masa depan saya untuk menjadi seorang remiser. Soalan saya :
1. Apa yang perlu saya buat untuk mencapai cita-cita tersebut?
2. Ke mana yang saya perlu tuju selepas SPM?
Salam Cik Syarmilah
terima kasih kerana melawat blog kami
ok,
1.Pastikan cik mahir dan dapat skor A subjek Prinsip Akaun,matematik,bahasa Inggeris,jika ok,mahirkan bahasa Mandarin untuk komunikasi
2.kemudian selepas SPM,pastikan cik ambil jurusan Perakaunan sehingga Ijazah Sarjana Muda(Degree)
Selepas tu,selepas dah grad ..ambil kelas kami Modul 6&7 dan masuk sebagai delaer dahulu
selepas 5 atau 10 tahun baru buat Remisier
salam tuan adzha,
saya ada beberapa soalan
1.Saya berminat untuk menjadi remisier tapi untuk cpo ataupun futures.
Nak tanya pendapat mana lagi bagus remisier untuk equity ke atau futures?
2. bagaimana pengiraan komisen untuk remisier futures?
3. Futures memerlukan untuk mengambil modul 14 & 17? Berapa yuran untuk exam?
4. Saya sekarang merupakan agen insurance. bolehkan menjadi remisier?
Sekian, Terima kasih
Saya berminat untuk menjadi remisier tapi untuk cpo ataupun futures.
Nak tanya pendapat mana lagi bagus remisier untuk equity ke atau futures?
Salam tuan,lagi bagus tu bergantung kepada kesungguhan FBR atau Remisier itu
2. bagaimana pengiraan komisen untuk remisier futures?
Komisen Future unutk future tuan boleh bertanya sendiri denagn bank Pelaburan atau firma sekuriti yang menyediakan perkhidmatan FBR.
3. Futures memerlukan untuk mengambil modul 14 & 17? Berapa yuran untuk exam?
Untuk yuran dikenakan ialah RM1899 untuk Modul 14 sahaja dan RM1200 untuk modul 16
4. Saya sekarang merupakan agen insurance. bolehkan menjadi remisier?
Boleh sebab tuan memiliki klien yang sedia ada dan digalakkan untuk menceburi budang ini
[…] https://ncodetrade.com/…/bagaimana-hendak-menjadi-r…/ […]
Assalamualaikum, saya ni ada spm dgn stpm je. Boleh ke jadi dealer?
Waalaikum Salam
Boleh dengan syarat tuan ada pengalaman 10 tahun bekerja dengan bank atau Institusi kewangan tetapi bukan dengan pengalaman menjual insurans dan Unit Trust.
kemudian tuan boleh belajar modul 6&7.
Salam en.
Saya nak tanya apa tugas paid dealer representative?
Assalamualaikum macamana nk masuk duit kedalaman akuan pelaburan melalui kad debit menggunakan telefon pintar
Walaikum Salam yang itu Tuan boleh bertanya kepada bank yang tuan buka akaun.
Bagaimana pula cara untuk menjadi broker forex ya? Adakah prosedurnya sama?
Kami mohon maaf,Forex dan sebaginya adalah dibawah selian Bank Negara Malaysia,kami tidak tahu menahu dengan soalan tuan.Terima Kasih
Salam sejahtera
Berapakah elaun khas yang diberikan kepada bumiputera remisier sekarang? RM1300 atau RM1500
Saya pernah menjadi dealer reps tetapi telah berhenti pada tahun 2013
Saya bercadang untuk kembali ke stock market sebagai remisier tahun 2019 nanti
Pn Yanti,sila hubungi Bank pelaburan terdekat dan jika boleh bertanya kepada broker tersebut adakah Pn boleh masuk semula dan aktif sebagai remisier.
buat masa sekarang kami kami dapat tahu secara tidak rasmi,tidak ada lagi broker yang menawarkan elaun bumiputra
dan jika ada,mereka meletakkan syarat dalam masa setahun upah broker boleh ‘cover’ elaun bumiputra yang mereka sudah beri.
bagi kami sekadar menjadi remisier demi mendapat elaun Bumiputra adalah tidak digalakkan
ini kerana ianya memberi imej yang kurang elok kepada golongan bukan Bumiputra dan mereka tidak mengharapkan elaun.
ada Broker yang ‘fully’ syariah tidak menawarkan elaun Bumiputra dan ini menunjukkan karier ini bukan sekadar mengharapkan subsidi semata mata.
Assalamualaikum tuan, saya ingin bertanya, apakah perbezaan diantara kerjaya sebagai remisier dan financial advisor?
Mohon penjelasan tuan?
Dan jika saya memgambil islamic finance degree, kemudian terus mengambil modul yang tuan nyatakan untuk menjadi remisier, bolehkah saya menjadi seorang remisier selepas itu?
Dan, untuk bahasa elektif; arab atau cina
Bahasa elektif mana yg patut saya ambil?
Kepada Cik Puan Aimi
Syarat menjadi Wakil peniaga Saham (remisier) bagi pihak yang memberi lesen,tidak ada spesifik degree yang perlu diambil unutk menjadi remsier
akan tetapi ambilah degree dalam bidang Perniagaan,Kewangan dan perakaunan
Yang penting Cik puan Lulus dan dianugerahkan segulung ijazah
bagi matapelajran elektif bahasa Arab atau Cina,sila rujuk koordinator bahasa di tempat cik puan belajar
jika sudah lulus Degree baru boleh ambil exam Module 6 & 7.
nasihat kami,habiskan dahuku pengajian Degree dan baru ambil exam module 6&7.
Walaikum salam
Remisier kerjayanya luas dan merangkumi urusan hal ehwal Saham,Ianya pekerjaan yang dinamik dan bukan sekadar menjual beli saham sahaja tetapi calon remisier perlu mahir segala aspek berkaitan syarikat Berhad,Syarikat Sdn Bhd,ekonomi,Kewangan dan Perakaunan.
Remisier perlu menduduki peperiksaan yang bukan mudah untuk lulus dan diberi lesen semudah lesen Perundimg Unit Amanah,Insurans dan sebagainya
ada tatacara dan disiplin yang perlu diikuti dan ianya bersandarkan peraturan kewangan yang ketat.
Bagi Financial Advisor Cik puan perlu spesifik pertanyaan tersebut sebab ada 5 Financial Advisor dalam industri kewangan antaranya
1)Mortgage Financial Advisor
2)Personal Financial Advisor
3)Corporate Financial advisor
4) Credit Financial Advisor
5)Islamic Financial Advisor
jadi cik puan perlu spesifik dari segi financial Advisor yang mana.
Saya ejen takaful..bolehkah saya nak ambil exam utk menjadi remiser?
Boleh
Asalkan tuan ada degree dalam apa jua bidang dan tidak bangkrupt
Kelas tuisyen kami amat terhad pengambilannya
Sila hubungi en Al Adzha untuk kelas pada bulan 9 2018 dan exam pada bulan 10
Dari tarikh exam sehingga mendapat penempatan dijangka mengambil masa 90 hari
Adakah dipisahkan siap2 hasil drpd upah yg dr transaksi saham patuh syariah dan tidak patuh syariah?
Jd kalau tidak bagaimana ya kalau jumlah hasil yersebit melebihi aras yg telah ditetapkan oleh SC…mohon pencerahan 🙂
Terima kasih tuan Aiman kerana bertanya,tuan boleh mendapat jawapan lanjut dari badan shariah di firma broker saham.
Assalammualaikum Tuan,
Saya pelajar tahun 2 Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Pengkhususan Ekonomi Islam) berumur 21 tahun.
Saya bakal grad pada tahun depan 2020, jadi sebagai langkah awal, adakah bank pelaburan menyediakan tempat untuk membuat latihan Industri?
Saya sangat berminat dengan saham dan trading, saya bercadang untuk menjadi seorang dealer dulu (seperti yg tuan sarankan) di mana2 bank pelaburan.
Selepas lulus mengambil modul 6&7 tu, adakah peluang saya untuk diambil bekerja cerah dan bagaimana dengan peratusan pengambilan pekerja bumiputera? Adakah bidang ni strict mengikut kaum? Saya bukan bersifat racist cuma majoriti saya lihat yang memenuhi bidang ini terdiri daripada kaum lain.
Terima kasih.
Walaikum Salam Tuan Haris,
menjawab soalan tuan
1.Jika sudah pass InshAllah ada broker ambil sebagai dealer(bergantung kepada kekosongan dan tempat),setakat ini tiada alumni kami mengangur,yang ada pun disebabkan individu tersebut memilih tempat untuk bertugas dan kami tidak ada kuasa mempengaruhi mana mana broker untuk mengambil alumni kami.
2.Bidang ini terbuka kepada semua bangsa,ianya tidak terhad kepada suatu bangsa tertentu.
sekian,Terima Kasih bertanya.
Assalam Admin…saya nak tanya, betul ka Fund Manager ialah Remaiser yang mempunyai pengalaman kerja sbg Remaiser lebih dari 10-15tahun dan kelayakan sbg Fund Manager mestilah rekod trade mereka 95% success (Untung) sepanjang mereka menjadi Remaiser…
Walaikum Salam tuan Ali Sundram
menjadi remisier dan bertukar ke Fund Manager adalah digalakkan,kerana dari menjadi Remisier,mereka boleh membiasakan diri dengan ilmu turun naik harga di pasaran saham
dan ini memberi kelebihan dan kesan psikologi kepada bakal klien.
dengan pendedahan dan pengalaman menjadi remisier dahulu mereka boleh menjangka pasaran dan memberitahu klien arah tuju pasaran.
dan skill itu,jangkaan pasaran dan pulangan atas pelaburan(return on Investment) amat penting sebagai prestasi dan nilai tambah sebagai remisier
dan soalan No 2,saya tidak ada maklumat yang pasti perlu ada rekod 95% sepanjang masa menjadi Remisier.
Wallahu Alam.
terima kasih bertanya
Salam, saya berminat nak jadi dealer. Saya ada jurusan Diploma pengurusan pelancongan dan telah bekerja di syarikat swasta hampir 3 tahun.Dah hampir 6 bulan saya terlibat dalam pelaburan saham.
Soalan:
1) untuk ambil exam modul 6&7 perlu melalui siapa? adakah ada dealer yang tertentu?
2) perlu ambil exam dulu atau mohon kerja dahulu dgn bank pelaburan?
Salam Tuan Syaher terima kasih kerana melawat blog saya
1) untuk ambil exam modul 6&7 perlu melalui siapa? adakah ada dealer yang tertentu?
Untuk mengambil exam tuan boleh semak di lama web sidc disini
https://www.sidc.com.my/
2. perlu ambil exam dulu atau mohon kerja dahulu dgn bank pelaburan?
jika tuan dah nekad dan seeloknya ada degree dalam apa jua bidang ,tuan boleh ambil exam dahulu dan jika sudah lulus baru mohon mana mana kekosongan didalaam bidang ini.
Salam tuan, sy adalah fresh graduate diploma investment analysis dan berminat untuk jadi dealer. Seperti yang tuan nyatakan yang perli mengambil modul 6 7.
Macam mne ye?
seeloknya habiskan dengan menyambung dalam bidang ijazah,sebab industri ini semakin dinamik dan memerlukan analitikal aras tinggi
Salam tuan, saya graduan engineering dan telah bekerja dalam 2 tahun. Saya telah trade equity lebih kurang 2 tahun dan berminat menjadi dealer representative memandangkan saya baru berumur bawah 30 tahun. Jadi, apa prosesnya dan bidang ini masih mempunyai kekosongan/demand?
Walaikum Salam,prospek dealer rep semakin diperlukan,dan dengan Volume pasaran pelabur ‘retail’ semakin membesar,Bank bank dan broker memang nak ramai lagi diperlukan untuk ‘service’ klien dari segenap lapisan.
Tuan hanya perlu lulus Module 6 dan Module 7 dan kemudian boleh memohon bekerja di mana mana broker yang mengiklankan kekosongan jawatan.
Assalamualaikum Tuan.
Saya berminat untuk menjadi Dealer untuk futures trading. Apakah Module CMSRL yang saya perlu ambil? Setakat ini saya telah memiliki Ijazah Kewangan peringkat bachelor dan masters.
Walaikum salam,
Jika Futures,tuisyen modul ialah Modul 14 dan 16,dan jika berminat untuk mengambilnya boleh PM saya(Al Adzha ) di 0173351380 untuk mendapat maklumat lanjut.Terima kasih
Salam Tuan. Boleh saya tahu ada had umur ke untuk menjadi dealer atau remisier? Saya telah berusia lebih 40 tahun. Berada di dalam education industry agak lama dan mengajar subjek kewangan. Sejak akhir-akhir sedar bahawa saya lebih banyak belajar dan mengajar teori sahaja. Lalu timbul minat untuk mendalami ilmu trading dan sedang mencari jalan bagaimana untuk mencapai hasrat mengubah career. Saya tak pasti adakah sudah terlewat atau masih ada ruang dan peluang. Mohon pandangan Tuan.
Walaikum salam
Apa pun saya ucapkan tahniah kerana cik puan Seorang berdidakasi dan berwibawa dalam mengajar,apa pun jangan cik puan kalau berminat mengubah karier ke lebih serius boleh mulakan dengan
1.Menjadi ‘Marketing Rep’ dengan mengambil exam Remisier module 6 dan 7,jika sudah pass puan boleh menjadi MR dengan saya (Remisier)
antara pakej yang kami bantu ialah
a)Setiap klien yang cik puan bawa boleh dapat komisen sejumlah 20% dari jumlah klien trade.
b)Jika rasa sudah bersedia dan mahu menjadi remisier(Commision Base) sepenuh masa ,kami akan ‘surrender’ semua klien kami kepada Puan untuk jalani kehidupan sebagai Remisier sepenuh masa.
2.Menjadi Marketing Rep,cik puan boleh lakukan secara santai dan sambilan.Ini memberi ruang dan peluang kepada Cik puan menambah pendapatan dan menambah ilmu tentang bagaiman berbisnes dalam pasaran saham.
3.Kami bersedia menjadi ‘buffer’ kepada mana mana individu untuk menukar karier dan mahu lebih serius dalam bidang pasaran saham.
4.Kami bantu dengan cara memberi ‘coaching ‘kepada sesaiapa yang ingin menjadi remisier,yang penting ada mentor dan pembimbing yang bertauliah tahu setiap produk dalam pelaburan saham untuk digunakan oleh pengguna pasaran modal.
Sila PM saya (en Adzha 0173351380) untuk mendapat maklumat lanjut dan lakukan sesi temujanji untuk kami lihat apa potensi cik puan bakal di garap,
terima Kasih