Bagi pelabur saham baru,kita mungkin didalam dilema bagaimana memulakan pelaburan saham,kita lihat di dalam akaun simpanan kita sudah memiliki sejumlah wang yang hendak di labur dan berazam ingin memulakan pelaburan saham.
Akan tetapi isu besar kita pada masa ini ialah,pelabur kita penuh dengan pelbagai maklumat yang banyak,kita tidak tahu mana satu yang menjadi keutamaan dan boleh membantu membuat keputusan pelaburan saham.
Maka dengan kaedah Piramid terbalik ini pelabur saham akan mudah menyusubn maklumat mengikut keutamaan. Perhatian kita akan terarah kepada kaunter-kaunter yang kita lihat di internet,suratkhabar dan lain-lain media.Maka apa yang kita lihat kita ingin miliki.Jadi yang demikian pilihan banyak berada di depan kita.
Untuk memulakan pelaburan saham saya perkenalkan kaedah Piramid Terbalik bagi memudahkan kefahaman kita bagaimana bermulanya kisah kita sebagai pelabur saham yang unggul. ?
1.Fasa Pertama Piramid Terbalik:Fahami Isu semasa secara global =(Isu Amerika,China Jepun) Amerika
Amerika Syarikat
Apabila anda memandang gambarajah piramid tersebut,pandangan anda tentang isu pelaburan hendaklah secara ‘pandangan mata Burung’(Bird Eye View),pandangan ini penting kerana berkait dengan data-data ekonomi,politik dan perniagaan yang anda akan dapat.
Sebagai contoh kenyataan Pengerusi Rizab Persekutuan Amerika En. Ben Benarke pada Rabu(29/2/2012) lepas tentang ekonomi Amerika berkembang secara 3 peratus,perkembangan ini didorong oleh sektor pembuatan dan pekerjaan utama Amerika melihat kearah lebih baik dari sebelum itu.
Tambahan pula gergasi automotif Amerika yang pernah bankrupt sebelum ini General Motor mencatat jualan seluruh dunia sebanyak USD7.9 Billion.ianya di pacu oleh permintaan global kenderaan yang meningkat akibat jualan dari pesaing terdekat dari Jepun iaitu Toyota dan Honda menurun.
Pengeluar kenderaan dari Jepun menghadapi masalah akibat situasi gempa bumi dan Tsunami yang berlaku serta keadaan di Thailand yang menghadapi masalah banjir besar menyebabkan peralatan sokongan kenderaan dari Jepun terbatas.
China
China adalah sebuah negara kuasa besar yang memiliki rakyat teramai di dunia(1.3 Billion),akan tetapi di dalam isu sekarang ini China di lihat menghadapi masalah besar pada masa akan datang,kisahnya begini.
Ketika saya mengahdiri Seminar Asian Strategic Leadership Institut di Sheraton Hotel pada tahun lepas,seorang speaker yang juga bekas ketua ekonomi pelaburan Khazanah Nasional iaitu en P.K.BASU,beliau menyebut China menghadapi masalah ‘gelembung Aset’ atau ‘Aset Bubble’ dalam jangka masa 3 atau 4 tahun lagi,
Ianya berpunca dari sikap China mengambil tindakan agresif memberi pinjaman mudah tunai kepada rakyatnya pada tahun 2008-2009.Pinjaman ini penting disebabkan dasar China ingin mengekalkan momentum pengembangan ekonomi sebanyak 8 peratus setahun.
Bagaimana Gelembung Asset(Aset Bubble) terjadi dan apa kesannya
Setiap Aset di muka bumi ini,tidak kira apa jenisnya,ekuiti,emas dan sebagainya tidak akan lari dari spekulasi. Spekulasi berlaku di sebabkan pembeli sanggup membeli dari penjual walau harga itu tidak masuk akal sekalipun.
Harga Aset di dalam bahasa ekonominya dilonjak oleh kuasa permintaan melebihi kuasa penawaran,sehinggalah sampai satu tahap,harga aset tidak mengambarkan nilai sebenar(Fair Value).u t dan apabila mencapai satu paras harga yang tertinggi dan kemudian harga tersebut tidak boleh bertahan maka harga asset itu jatuh teruk dan merudum,
kita ambil iktibar dari kisah aset Bubble Tulip Mania 1790,US Dot Com Bubble 1999 dan US Housing Bubble 2008. Dasar ekonomi China sedikit sebanyak membantu ekonomi dunia berkembang sekitar 2 peratus berdasar jangkaan IMF.
Jepun
Pembangunan Jepun pasca gempa bumi dan Tsunami memberi peluang kepada negara Asean dan pengeluar komoditi seperti Malaysia,Indonesia,Thailand dan Vietnam menyumbang kepada belian komoditi yang besar,dibantu pula nilai USD Dollar yang jatuh memberi peluang syarikat-syarikat Jepun membeli komoditi dari negara Asean dengan secara murah.
Jualan kayu balak ke Jepun mencecah RM 1 billion oleh pengusaha syarikat balak terkenal seperti Jaya Tiasa Berhad,Lingui berhad serta WTK berhad. Kesan dari gempa buni Tsunami mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung kerugian yang amat besar di dalam sejarah pembangunan jepun,
Pembangunan semula Jepun kali ini menyebabkan Jepun terpaksa membelanja wang yang banyak semenjak perang dunia ke dua pada tahun 1945.
Aliran tunai masuk ke Jepun kerana syarikat-syarikat konglomerat di sana sedang sibuk membaiki,membangun semula dan menyusun infrastrukur.
Tepco Japun iaitu syarikat pembekal elektrik berkuasa nuklear terpaksa menggung kerugian kerana loji utamanya di Fukushima meletup dan mengeluar radiasi paras bahaya kepada penduduk sekitar.
Kerajaan Jepun sedang sibuk mencari alternatif untuk menampung kekurangan tenaga Elektrik dengan membina loji janakuasa elektrik baru yang di jana dengan arang batu. Arang batu yang berkualiti di dunia dan rendah kandungan karbonnya adalah arang batu dari negara Indonesia,
Jepun mengimport arang batu tersebut dengan kadar yang tinggi serta mengambil manfaat dari turunnya nilai US Dollar pada masa sekarang. Pengeluar arang batu utama dari Indonesia seperti Adaro Energy,Bumi Resources dan Harum Energy adalah beratus pengeluar arang batu yang mendapat mannfaat dari situasi di Jepun.
Fasa kedua Piramid Terbalik:Pembangunan Asean
Ekonomi Asean di pacu oleh sektor sumber alam,populasi dan tenaga kerja yang berpengalaman,pernah dilabel sebagai ‘Economy of Tiger Asia’,Jolokan ini di beri kerana pada tahun 1992 hingga 1996,purata pembangunan ekonomi di negara Asean dalam keadaan 6 peratus setahun,
antara faktor utama menyumbang ekonomi Asean pada masa itu ialah China mengamalkan dasar tutup pintu hinggalah China menyertai gagasan World Trade Organzation pada tahun 2000 serta penyerahan semula tanah jajahan British di Hong Kong kepada China pada tahun 1997.
Selepas peristiwa 11 September 2011,barulah China mendominasi pasaran Asia dan global hingga hari ini. Apabila kita mengecilkan sedikit skop pelaburan kita kepada negara Asean yang terdiri dari negara Indonesia,Malaysia,Singapura,Thailand dan Vietnam,
kita lihat pelabur antarabangsa sedang menuju semula ke rantau Asean semula di sebabkan atas faktor di atas tadi.
Tambahan pula pada tahun lepas badan penarafan antarabangsa iaitu Fitch dan Moodys telah menaikkan kredit pelaburan Indonesia ke paras tertinggi semenjak 15 tahun lalu.
Pasaran ekuiti Indonesia merekodkan jumlah dagangan yang cemerlang sejak 3 tahun lalu dengan rekod pulangan keatas ekuiti melebihi 75 peratus,mengalahkan rekod yang dipegang selama ini oleh Singapura.
Pada tahun 2011 Indonsia dan Filipina di letakkan sebagai destinasi pelaburan utama kerana Indonesia mencatat lebihan dagangan positif sebanyak 2 kali berturut-turut sejak tahun 2010. Dagangan lebihan ini penting kerana mengambarkan ekonomi Indonesia berada di landasan yang kukuh dan memberi impak yang luas kepada serantau.
Pada 1 Februari 2012,firma Bank pelaburan terkenal US,Morgan Stanley mengalahkan pencabar terdekat juga dari US dalam usaha menempatkan diri di Indonesia,Morgan Stanley membeli kepentingan syarikat pembrokeran Indonesia iaitu Tiga Pillar Sekuritas,jumlah pembelian syarikat ini di rahsia oleh mereka yang terlibat.
Fasa ke tiga piramid terbalik:Malaysia
Skop yang paling mengecil dan di bawah sekali ialah Malaysia.Apabila anda ingin melabuir saham di Malaysia,pastikan isu-isu pelaburan di atas anda fahami dan kuasai.Gunakan kuasa maklumat anda di sekeliling dan padankan apa kaunter atau syarikat yang anda boleh beli,
Baiklah buat masa sekarang tema pelaburan saham di Malaysia pada tahun 2012 banyak tertumpu kepada Pilihanraya.perhatikan kaunter-kaunter yang terlibat dengan kerajaan seperti Uemland,MRCB dan sebagainya.
Isu yang kedua selepas pilihanraya ialah Isu Khazanah Berhad selaku badan pelaburan negara melepaskan pelaburan di kaunter startegik,seperti Khazanah melepaskan pelaburan (Divestment) keatas Pos Malaysia,Proton berhad,Time Com dan lain-lain lagi.
Tambahan pula Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bercadang di dalam pembentangan belanjawan tahun 2012,akan menyenaraikan Felda Global Venture di Bursa Kuala Lumpur pada suku kedua pada tahun 2012 ini.Felda Global Ventures dan lain-lain kaunter yang akan turut di senarai seperti Gas Malaysia akan menambahkan impak pelaburan kepada pelabur saham Malaysia dan serantau.
Jesteru,Kaedah piramid terbalik ini memudahkan pelabur yang ingin melabur dengan bersumberkan maklumat yang banyak dan ianya membuatkan pelabur lebih fokus dan terarah didalam pelaburannya.Pelabur boleh susun semula maklumat tersebut dengan lebih terperinci dan ini menyebabkan fokus pelaburan lebih mudah di pantau dan bermatlamat.