Home Dealer/Remisier Bagaimana Remisier Mendapat Pendapatan Luar Biasa?

Bagaimana Remisier Mendapat Pendapatan Luar Biasa?

by Mohd Al Adzha

Apabila kita melihat seorang itu bekerja sebagai Remisier,pasti kita dapat lihat hartanya seperti rumah dan keretanya  yang bukan dari golongan makan gaji.

kita pasti akan terfikir apakah pekerjaan yang menyebabkan mereka ini menjadi begitu dinamik sehingga mereka boleh mendapat pendapat sedemikian rupa

Remisier adalah individu yang mendapat upah jual beli dari transaksi saham di pasaran Saham.Ditempat lain seperti di Singapura,rata-rata Remisier tersebut mendapat komisen yang tinggi,dan ianya lebih tinggi dari Remisier 20 tahun lepas,

pendapatan sebagai remisier boleh dibahagikan kepada 2 iaitu

  • Pendapatan Hakiki(dari sumber saham)
  • Pendapatan Bukan Hakiki(bukan dari sumber saham)

Jadi kali ini kita bincangkan dengan teliti sumber pendapatan Remisier ini  dan bagaimana mereka menikmati hidup sebagai 5 angka sebulan.

Pendapatan Hakiki (dari sumber saham)

1.Upah jual beli saham biasa

Setiap belian dan jualan saham,samaada dengan mengunakan panggilan (call) atau online trading,akan dikenakan upah broker,samaada maksimum 0.7% atau 0.42% bergantung kepada permintaan klien.Anda bayangkan ada seorang remisier yang memiliki klien 100 orang dan setiap klien itu membeli saham di pasaran saham,katakan 100 orang itu membeli saham dengan mengunakan online trading,dengan minimum rm1000

jadi upah broker ialah rm42X100 orang klien membeli =rm4200

dalam suatu hari itu hanya belian sahaja,jika jualan katakan klien tersebut mendapat untung dengan menjual saham bernilai

RM1200=RM1200x .42=RM42x100 orang klien menjual=RM4200

jadi transaksi ini untuk jual+ beli=RM8400,

katakan beli jual ini sangat aktif dan mencecah minimum 5 kali transaksi sebulan

jadi 5x 8400=RM16800 upah broker kasar.jika di bahagi dua diantara bank dan komisen remisier ialah RM8400.

2.Upah jual beli saham dengan mengunakan akaun saham pinjaman margin(Share Margin Financing).

Ada klien remisier yang terdiri dari klien berprofil tinggi seperti individu jutawan,Syarikat sendirian Berhad atau institusi seperti Yayasan,koperasi dan sebagainya,mereka ini sebenarnya ada tunai akan tetapi mereka tetap mengunakan pinjaman saham disebab faktor masing-masing seperti tunai ingin disimpan,digunakan untuk bisnes dan lain-lain lagi,

Mereka yang selalu melabur saham akan ada suatu delima yang biasa berlaku iaitu

“in Investment Stock Market,there is always limited capital with unlimited choice in buying share-Mohd Al Adzha Johar”

Memiliki peluang yang banyak didalam pasaran saham adalah sangat normal,tetapi klien tetap memiliki modal yang tidak pernah cukup,tidak kira RM1 juta,10 Juta dan apa jua amaun,ini disebabkan setiap hari ada potensi kaunter yang boleh buat duit dan perkara ini jika didalam istilah ekonomi ialah “opportunity cost”.

baik berbalik dengan kiraan komisen itu tadi,

katakan klien mendeposit RM25000,

dengan RM25000 tersebut Investment Bank memberi limit dagangan pinjaman dengan 2 kali tunai iaitu RM50000

maka klien pun membeli saham dengan margin pinjamn RM50000 dan bukan RM25000.

kelebihan kepada Remisier ialah,upah komisen remisier boleh dirunding antara klien dan remisier,remisier boleh mendapat komisen sehingga 1 ke 2 % sekali transaksi(berbanding minimum 0.7% )!

contoh begini

jika klien beli saham bernilai RM50000,maka upah komisen ialah RM0.7%=RM350

tetapi jika mengunakan pinjaman remisier boleh mendapat sehingga 1 % dari RM50000=RM500 sekali transkasi!

lebat kan komisen remisier?

Pendapatan bukan Hakiki (bukan Dari Sumber saham)

1.Jual beli tanah atau aset lain

Salah satu kelebihan Remisier ialah jika ianya memiliki klien koporat seperti syarikat sendirian berhad,Katakan remisier ini memiliki syarikat ABC Sdn Bhd,Abc Sendirian Berhad memiliki tanah di Semenyih,atas sebab keadaan perniagaan yang tidak menentu,ABC Sdn Bhd bercadang menjual tanah tersebut kepada pembeli yang layak.Syarikat ABC tersebut menawarkan kepada Remisier jika ada klien dikalangan remisier ingin membeli tanahtersebut.

Remisier tersebut menawarkan kepada klien beliau tersebut dan jika jadi,maka komisen dari jualan tanah akan remisier dapat,senangkan?perlu ke remisier menghadiri kelas hartanah untuk menjadi ejen hartanah?

Bak kata guru pengakap sekolah rendah sekali berpengakap,terus berpengakap atau dalam bidang ini sekali menjadi broker terus menjadi broker untuk perkara lain.

2.Kelas belajar sahamImage result for kelas belajar saham pelaburrempit

Saham memerlukan kefahaman yang betul dari sumber yang betul,seperti yang dinukilkan oleh Syed Hasry Omar,bekas alumni kami batch yang ke 5,saham adalah ilmu bersifat vokasional iaitu teori dan praktis di buat serentak,tidak boleh belajar tanpa petunjuk,guru,mutawaif atau sebagainya.

Kelas belajar saham adalah perkara yang sangat digalakkan anda semua belajar,disitu ada ilmu asas mengenal syarikat,mengatahui ilmu beli dan jual,falsafah pelabur pelabur tersohor yang berjaya dan ilmu teknikal analisis untuk mengatahui bilakah masa yang sesuai untuk menbeli dan menjual saham.

Kadar bayaran kelas belajar ilmu saham setakat ini tiada kadar tetap atau syiling ditetapkan oleh kerajaan,akan tetapi yang beruntung ialah mereka yang berlesen Remisier dan boleh bercakap dan memberi pendapat tentang idea saham dan selanjutnya.

ada Remisier atau trainer yang tidak pernah lulus peperiksaan modul 6 dan 7 ini dengan  mudah mengaut keuntungan lumayan  dengan kelas belajar saham.Mereka ini sedang dipantau secara serius oleh pihak berkuasa.

3.Komisen Jualan Soaftware

gambar:Contoh software chartnexus

Kami dihubungi oleh sebuah penyedia perisian tentang saham  dari Bangsar Kuala Lumpur hinggalah ke Singapura ada menghubungi kami dengan profil wassup dan FB messager yang mengoda,

Software seperti Shareinvestor,Chartnexus,Fiavest dan lain -lain lagi.

Mereka menawarkan komisen jualan perisian ini sekiranya klien mengunakannya untuk menjadikan urusan keputusan menjual dan membeli saham dengan mudah.

Sekiranya perisian itu berharga RM5000 maka komisen yang remisier dapat ialah 5% dari RM5000 iaitu RM250 seorang.jika Remisier tersebut memiliki klien yang ramai dan ramai kliennya membeli maka banyaklah komisen yang remisier itu dapat.

akan tetapi kelebihan banyak berpihak remisier yang mengadakan kelas pembelajaran saham.

kesimpulan,

Menjadi Remisier memang memiliki kelebihan berbanding kerjaya kewangan yang lain seperti Unit amanah,Insurans dan sebagainya,dengan hanya memiliki 1 lesen,maka urusan bisnes tidak terhad kepada urusniaga saham sahaja,malah melangkaui sehingga menjual beli hartanah,syarikat dan lain-lain lagi.

Jadi memang amat berbaloi kepada sesiapa yang memiliki lesen ini.Bak kata pepatah

“Dia datang,

orang pun tatang,

dia pergi orang pun merindui,

dia pulang orang pun sambut,

kemana remisier pergi semua orang senyum,

Sebab dengan lesen remisier itulah  punca rezeki dia dapat”

Wallahu’alam..Sekian.

Related Articles

4 comments

Shah January 21, 2018 - 3:51 pm

Salam tuan.mcm mana cara nk jd remisier? Ade kelas n exam ke. Tlg bg detail pls…

Reply
Mohd Al Adzha January 30, 2018 - 6:12 am

Walaikum Salam,Jika tuan ingin menjadi Remisier perlu
1.Pass exam Mdodule 6&7 di Suruhanjaya Sekuriti
2.Tidak Bangkrupt
3.Sediakan Modal Deposit RM 25000 jika diminta oleh bank pelaburan sebagai cagaran

Reply
Shah January 21, 2018 - 3:52 pm

Salam tuan.mcm mana cara nk jd remisier? Ade kelas n exam ke. Tlg bg detail pls ke data_input@yahoo.com

Reply
Mohd Al Adzha January 30, 2018 - 6:14 am

Walaikum Salam,Jika tuan ingin menjadi Remisier perlu 1.Pass exam Mdodule 6&7 di Suruhanjaya Sekuriti 2.Tidak Bangkrupt 3.Sediakan Modal Deposit sejumalah RM 25000

sila ‘like’ page kami untuk mendapat maklumat lanjut berkaitan kelas.

Reply

Leave a Comment