Bismillah
Itu pesan saya kepada saya dan alumni dan saya sendiri,apabila ada klien yang yang ingin melabur saham dengan harapan ingin mendapat habuan dan keuntungan
Yang penting disini kita perlu melihat dengan mata hati yang iklhas dan membantu,soal ganjaran itu perlu ditolak tepi dahulu sebab yang penting misi kita sebagaia peniaga Saham ada 5 iaitu
1.Perlu membawa keuntungan secara konsisten kepada klien
2.Sentiasa update apa peluang boleh dibuat duit dengan Saham
3.Sentiasa berharap apa yang kita usahakan dengan usaha yang kita ada,
4.Sentiasa memberi update kepada klien tentang potensi dan risiko.
5.Kurangkan kesilapan pelaburan,melabur saham mengikut acuan ilmu bukan acuan nafsu.
Untuk itu sebagai peniaga Saham kita perlu ada stamina yang luar biasa dan sentiasa jangan hampakan harapan pelabur
Apabila pelabur melabur saham,pelabur memberikan 5 perkara yang peniaga Saham(REMISIER) tidak nampak
1.Duit yang dibuat pelaburan adalah duit hasil kerja keras mereka atau pinjaman.
2.Pelabur datang dengan harapan .
3.Pelabur datang dengan memberi kepercayaan .
4.Pelabur sanggup bayar demi masa untuk masa bersama dengan peniaga Saham.
5.Pelabur datang dengan emosi,peniaga saham yang menjaga emosi klien ,emosi pelabur akan meningkat jika ada ada keuntungan dan sebaliknya
Jadi apabila ada klien yang membuka akaun CDS maka terimalah dengan wajah senyuman dan penuh amanah sebab kita tak tahu apa akan berlaku selepas ini.
“Sentiasa Positif dan sentiasa menolong Orang”
Salam Maulidur Rasul 2016 kepada semua
Hayati lagu dari penyanyi Adele-“SET Fire to the Rain”
sekian