Assalamualaiku warah matullah hi wabarakatuh,Salam hari Jummaat buat semua pelabur-pelabur saham yang sedang memerhatikan pelaburan sekarang ini.
Baiklah di dalam proses menentukan saham apa yang ingin kita beli dan ingin kita simpan untuk dijadikan asset kita pada masa akan datang maka ada baiknya kita berdoa kepada Allah SWT Rabbul Jalil supaya ketika kita hendak membeli saham tersebut kita dihubungkan dengan ahli pelaburan yang bertakwa serta jujur didalam memberi kan pandangan tentang saham yang ingin kita miliki.
Seorang hamba Allah itu perlu di hubungkan dengan orang-orang yang mahir tentang aspek ilmu pasaran saham baik dari segi anilisis,pendapat,fakta dan lain-lain lagi supaya pelabur tidak melabur didalam keadaan tidak cukup maklumat dan mengelak dari rugi yang tidak terancang.Bak kata lain pelabur mestilah membuat keputusan bukan berdasarkan emosi semata-mata.
Gambar:Seorang muslim sedang berdoa.
Untuk itu Doa yang ingin kita kongsi hari ini ialah dari Surah Yusoff Ayat 101 yang berbunyi begini
“Wahai Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku sebahagian dari ilmu ta`bir mimpi. Wahai Tuhan yang menciptakan langit dan bumi, Engkau Penguasa dan Pelindungku di dunia dan di akhirat sempurnakanlah ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang salih”.
Ayat ini memang bermanfaat untuk pelaburan saham anda kerana di hujungnya ayat tersebut menyebut
“Dan hubungkanlah daku dengan orang-orang yang salih”.
Apa kaitan dengan orang-orang yang pakar dan orang yang salih dalam ayat ini?Orang-orang Salih adalah mereka yang beriman kepada Allah SWT dan hari akhirat dan mereka sedaya upaya melaksanakan amanah di dalam pekerjaan dengan penuh tanggungjawab kerana mereka memiliki sifat taqwa yang mutlak,Taqwa menyebabkan Allah SWT redha akan hambanya dan kita mengatahui sebaik-baik orang yang bertaqwa akan menunjukkan hamba-hamba lain ke jalan yang lurus,nilai-nilai taqwa jikalu saudara berjumpa kepada “Delaer atau Remisier yang betul lagi cekap akan menjadikan pelaburan anda berkat,menguntungkan dan tenang jiwa anda apabila memilikinya.
Cara mengamalnya untuk pelaburan
Berdoalah dengan doa di atas pada waktu-waktu di makbulkan doa,selepas solat dan pada waktu sahur,tahajud dan seumpamanya dan bayangkan didalam doa anda mempunyai individu yang soleh yang sama-sama melabur seperti anda,fikirkan yang terbaik untuk anda dan akhiri doa anda sambil menekup ke muka dan berkata di dalam hati “InsyAllah mohon urusan pelaburan mu ini baik untuk aku,Amin”.
Nota: 3 Individu Penting di Sisi Pelabur Saham dan Darjah Sikap Pelabur
2 comments
Assalamualaikum,
Boleh Encik emailkan saya senarai company (stock) yang perniagaannya berlandaskan hukum syariah. Saya ingin melabur dalam company Islam dan mendapat hasil yg berkat dari pelaburan saya itu. Jasa baik Encik hanya Alla S.W.T. sahaja yang mampu membalsnya. Terima kasih Encik.
Salam,
boleh tapi dengan syarat,cik puan harus membuka CDS akaun dengan kami dahulu,baru maklumat yang berkaitan akan di beri
sila emel no handphone cik puan di emel kami
perundingstockmarket@yahoo.com untuk tindakan selanjutnya.