Assalamualaikum dan salam sejahtera semua,baiklah sekrang ini kita memasuki hari yang ke 21 Ramadhan dan ada antara kita sibuk dengan persedian menyambut Syawal dan lain-lain lagi,baiklah memang di akui apabila kita melabur di dalam saham kita terdedah dengan pelbagai risiko dan risiko yang biasanya pelabur dapat ialah RUGI,apa pun perkara ini memang tidak di nafikan pasti akan berlaku kepada semua pelabur saham hatta yang mahir sekalipun seperti George Soros dan Warren Buffet .
Sebelum kita melabur saham kita berikhthiar dengan bersungguh-sungguh seperti membaca komen penganilisis,melihat sentimen pasaran dan seumpamanya,malahan dari segi lain ada yang melakukan solat istikharah memohon petunjuk dari Allah SWT supaya di berikan jalan dan jawapan agar saham mana yang kita pilih itu baik untuk dunia dan akhirat.
Tetapi apakan daya penantian kita melihat saham yang kita pegang itu tiba-tiba boleh ‘hilang’ atau ‘hangus’ setelah modal yang kita taburkan sebelum ini lenyap begitu saja,
Saya berkongsi pengalaman melabur saham ini tuan-puan,saya pernah mendapat keuntungan RM20000 dengan modal RM3000 di dalam masa 5 bulan kemudian ‘hangus’ begitu sahaja sehingga saya tidak dapat duit sesen pun hingga hari ini akibat rugi,ada saya dengar mereka yang melabur RM100,000,RM8000,RM250000 dan lain-lain lagi pun rugi begitu sahaja hinggakan ada yang terlantar di hospital,ada yang sakit jantung dan yang lebih teruk sanggup membunuh diri dan lain-lain lagi,pendek kata rugi melabur saham ini kesannya lagi teruk dari pelanggaran kereta dan seumpamnya,belum lagi saya ada mendengar mereka yang bercerai berai rumahtangga dan sampai sekarang masih tidak selesai kes tersebut di mahkamah syariah.
Jadi memang sedih tuan-puan yang di rahmati sekalian,terguris rasa hati,termenung di pejabat,muntah-muntah pun ada maka di sini kita perlu ‘pause’ sekejap dari melabur di dalam saham supaya kita ada motivasi untuk melabur semula,tenang fikiran dan lapangkan hati.
Pelaburan saham sebenarnya di dorong oleh emosi dan hati pelabur yang menginginkan nilai pelaburan mereka naik dan harga pun bertambah akibat ingin mendapat hasil yang segera maka kesannya pun segera,sebagai orang Islam,emosi dan hati ada berkaitan dengan apa amalan yang kita buat seharian kita dan hubungan kita dengan pencipta .Jika hubungan kita dengan Allah SWT kita kuat dan tekun beribadat maka kita akan berlapang dada dan yakin akan segala ketentuan Dia adalah mutlak serta kita akan menjadi bersyukur dan sentiasa positif di dalam pelaburan akan datang akan tetapi jika hubungan amalan kita dengan Allah SWT kita kurang maka seseorang itu tidak mudah mendapat petunjuk dari NYA,serta takut-takut kita akan jadi orang yang sesat dan tidak mendapat ke ampunan dari Nya.
Baik, elok saya perkenalkan doa ini yang di petik dari Al Quran iaitu ayat terakhir surah at Taubah yang berbunyi begini
Ayat 128-129 Surah At-Taubah
Terjemahannya:
Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alaihi Wasallam), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu, (dan) ia pula menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang menolong dan memeliharaku), tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, kepada-Nya aku berserah diri, dan Dia lah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.”
Fadhilat Ayat 128-129 Surah at-Taubah sebagaimana yang di sampaikan oleh Dr Hj Zahazan Mohamad di petik dari buku beliau bertajuk 101 doa dari Al Quran terbitan Telaga Biru Sdn Bhd.
1. Ayat ini boleh memanjangkan usia dengan izin Allah jika dibaca secara berulang-ulang kali.
2. Jika dibaca tujuh kali setiap hari maka ia boleh memudahkan urusan dunia dan akhirat.
3. Jika dibaca pada pagi, ia boleh menjauhkan ancaman untuk hari itu, begitu juga jika dibaca pada waktu petang, boleh menghindarkan ancaman pada waktu malamnya. Insya-Allah.
4. Ayat ini juga boleh menambah keteguhan iman seseorang itu kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala.
Perlu di ingat tuan-puan sekalian,Al Quran merupakan kalam Allah yang paling mulia dan sesiapa rajin membaca ayat-ayatnya maka malaikat akan sentiasa mendoakan pembacanya di dalam kerahmatan dan keampunan dari Allah yang maha luas,
Baca seterusnya: Selawat Nabi Penenang Jiwa Bagi Pelabur Yang Resah
Jesteru sebagai pelabur saham yang beriman kepada Allah dan hari akhirat anggap RUGI saham anda di dunia sebagai ujian yang menimpa dan juga lambang kebaikan yang Allah hendak beri kepada hambanya,biar kita rugi di dunia tatapi kita untung di akhirat dengan amalkan bacaan di atas selepas solat lima waktu dan merupakan juga penawar bagi mereka yang berduka di dalam kehidupan,semoga sesiapa yang membaca ayat ini di kala di timpa dengan musibah hidup pasti Allah SWT berikan jalan keluar jikalau hamba itu ikhlas di dalam ibadat dan ketaatan kepadaNYA,InsyAllah,Selamat berpuasa.
5 comments
setiap musibah itu pasti ada sebab dan hikmah disebaliknya. Pastikan sebelum kita melabur kita semak dan buat kajian sama ada saham yang dibeli itu berlandaskan syariah atau tidak. Pastikan juga transaksi dan kaedah melabur bertepatan dengan kehendak islam.
Benar Ustaz Saifudin,terima kasih di atas perkongsian yang di berikan.yang penting faham ilmu asas perniagaan dan fahami bahasa-bahasanya.
Terima kaseh en Adzha.. doalah senjata orang Mukmin
Thanks.. tips terbaik 🙂
Terima kasih, Ustaz Adzha.