Assamualaikum dan Salam Sejahtera
Hari ini hari jumaat adalah hari yang berkat dan adalah hari yang baik untuk kita melabur di dalam saham,semua orang sibuk dengan hal masing-masing tapi kita jangan lupa tentang saham dan perkara itu saya akan jelaskan di sini.
Ketika kita membeli saham dan saham itu kita akan simpan selama-lamanya ,jikalau boleh biarlah saham yang kita beli itu berada pada masa semua orang takut untuk memasuki pasaran atau berlaku situasi ‘jualan panik’.
Pada hari jumaat lepas iaitu tepat pukul 2.49 petang waktu Malaysia,Jepun di gegarkan dengan gempa bumi sekuat 8.9sklala richter dan terkuat di dalam sejarah negara matahati terbit itu sejak 140 tahun yang lalu,ketika itu saya dan rakan-rakan baru selesai menunaikan solat jumaat dan pasaran KLCI terus menjunam ke paras 20 mata,bukan itu saja pasaran Nikkei,Hong Kong dan lain-lain negara pun terkena tempias yang sama.
Baca seterusnya: Semua Pelabur Ternanti-nanti Penyataan Benarke
Situasi panik ini pernah berlaku sama seperti ‘Black Monday’ pada tahun 1987 di mana pasaran saham seluruh dunia menjunam 45.5% di Hong Kong,41.8% di Australia dan 31 %di Sepanyol.perlu di ingat kejatuhan pasaran saham dua digit di bursa utama dunia menyebabkan pelabur pun menjual saham mereka dan mengambil posisi tunggu dan lihat.
Gambar:seorang broker saham New York yang kecewa.
Ada satu analogi di dalam hukum kehidupan,setiap yang jatuh pasti akan naik,dan setiap yang naik pasti akan jatuh,saya memerhatikan tindakan Warren Buffet,Buffet berkata baru-baru ini tangan beliau berasa ‘gatal’ untuk membeli syarikat-syarikat yang akan datang,beliau membeli Burlington Northern Santa Fe dengan nilai USD26billion secara tunai dan selepas itu beliau bercadang untk membeli syarikat lain yakni dengan memulakan pelaburan baru.
Gambar:Warren Buffet,manusia ke tiga kaya di dunia(Fortune 2011)
Susulan dengan ‘tangannya yang gatal’ itu beliau membuat pengumuman membeli syarikat konglomerat pengurusan kimia aditif terbesar di dunia iaitu Lubrizol Corp dengan harga USD 135 sesaham dengan jumlah pelaburan USD 9 Billion pada 13 March 2011.
Lubrizol:Syarikat aditif kimia terbesar di dunia.
Dalam sibuk orang memperkatakan bencana gempa bumi di Jepun pelabur saham seharusnya mengambil kesempatan dari apa yang berlaku,bila berlaku pasaran jualan panik pelabur mestilah bersikap bagikan ‘harimau lapar mencari mangsa’ dan bersedia ‘menadah’ saham-saham ,yang sudah pasti ada diskaun di situs sebagaimana kata Warren Buffet “Perlu takut apablila semua orang(pelabur) merasa tamak dan perlu tamak ketika semua orang(pelabur) berasa takut”
Di samping itu pelabur perlu peka ke atas apa yang berlaku boleh di jadikan iktibar untuk kita,kita perlu lihat apa Buffet,Soros,El Erian dan Jim Rogers berkata tentang pasaran dan tindakan mereka serta kita jangan buang masa dan memberi alasan lagi,belilah saham yang anda suka dan simpan untuk masa depan anda dan saya sering mengulang-ulangkan ketika memberikan ceramah kepada segolongan perunding unit amanah di Cheras,Damansara Perdana dan Muar.
“Selagi kerajaan di seluruh dunia masih belum mengishtiharkan pasaran saham belum pulih,selagi itu pelabur boleh melabur untuk mendapatkan pulangan saham ‘Super duper Profit”.
p/s:Buffet da mula melabur,anda bila lagi?takkan tengok sahaja?.