Jika berniat belajar saham atau menjadi remisier mohon jaga sifulan tersebut menjaga 5 ‘hati ‘ ini.
1. Hati ibu bapa
Gambar sumber:mediahiburan.my
-jika belum berkahwin,minta doa dan perkenan,doa mereka paling mustajab dan tanpa hijab.
Mohon kebaikan akan kesudahan yang baik.Dan yang penting, katakan pada mereka misalnya
Anak :”Mak Abah,Along nak melabur saham ini,mungkin ada rugi ada untung,doakan Along dapat kesudahan yang baik baik ya,Ampun dosa Along kalau ada perkara salah dan silap”.
Baik,Mak doakan baik baik belaka,Ujar Mak.
Masa tu mulakan dengan langkah kanan dan berdoalah
“Ya Allah aku bersyukur atas apa yang berlaku dengan sifat Rahman dan Ar Rahim kau,tunjukkan jalan mana yang benar dan batil disisimu dan ampun kan lah dosa dosa Ibu dan bapa aku,dan masukkanlah mereka semua dan aku sekali ke syurga Engkau tanpa hisab”.
2. Hati pasangan
-jika sudah berkahwin.nyatakan pengakhiran melabur bukan sebab nak kaya tapi nak ilmu dan membina pahala berterusan dan jariah.
3. Hati orang-orang yang mengajar dan orang-orang yang soleh.
-Cikgu atau guru atau mentor yang sentiasa doakan kita dalam kebaikan.
4. Hati orang terdekat misalnya sahabat.
-sahabat atau rakan yang faham kita akan keadaan kita dan mohon doa mereka.
5. Hati Al Quran
Baca surah Yassin,Sebab Surah Yassin adalah ‘hati’ Al Quran,selepas itu niat sedekah pada mereka yang ‘pergi’ dahulu dan selepas itu berdoa diminta Rahmat dan disempurnakan ‘Nur’ dalam kehidupan
Dengan sedikit ilmu saham Tuhan beri menjadikan Al Quran dibaca baik senang atau susah.
Amalan membaca Al Quran yang baik bagi trader dan Investor.
1.Al Fatihah-Ibu segala surah
2.Al kahfi-penenang apabila asyik rugi dalam Saham dan masalah stress kehidupan.
3 Waqiah-pembaca tak akan ‘fakir’apabila membaca tiap malam
4.Al Mulk-Pembaca tak kena azab Kubur bila sudah meninggal.
Baca seterusnya: 5 Surah Dari Al Quran Yang Memantapkan Pelaburan Anda
Al Quran dimasa dunia kita bersusah jaga’Dia’
Tapi di akhirat ‘Dia’teman kita di alam kubur.
Nyatakan niat dan minta ‘mereka’ ini mendoakan agar hasil pelaburan membawa kebaikan bukan sahaja di dunia tapi akhirat.
Sebab nabi Muhammad SAW ada menyebut
“Sebaik baik manusia ialah mereka yang manfaat pada orang lain”
nota:Admin dapat melihat perkara yang betul berlaku apabila si fulan tersebut asalnya ‘loser’ tapi bila dah jadi dealer atau remisier hidupnya mudah dan sejahtera.
Dengan izin berkat Tuhan memudahkan dan faham dalam bidang pelaburan saham.
Keadaan dimana dari gelap kepada cahaya atau dalam surah Al Baqarah disebut ‘Minaz Zullumat tu ilan Nur’ tu betul betul berlaku dengan izinNya.
“Tanpa kita siapalah kita dengan IzinNya”
Pesan diri yang fakir.
Wallahu alam.
#doadoadalampelaburan