Home Isu-Isu semasa Kesedaran Belajar Saham di Peringkat Sekolah Terbukti Berjaya di Amerika Syarikat

Kesedaran Belajar Saham di Peringkat Sekolah Terbukti Berjaya di Amerika Syarikat

by Mohd Al Adzha

Kesemuanya bermula dengan kesedaran kewangan,Pada tahun 1996,John.W. Rogers yang mengetuai Ariel Investment, sebuah firma yang mengurus aset bernilai USD11 Billion

 

Menubuhkan sebuah kelas tambahan fokus kepada golongan yang berpendapatan rendah di selatan Chicago,setiap kelas yang beliau ajar sendiri akan memiliki portfolio saham yang betul di pasaran saham New York.

pelajar tersebut akan di taja dan mereka menjual beli saham dan hasilnya akan menampung perbelanjaan mereka sendiri untuk masuk ke Universiti.

Setakat ini di Akademi Komuniti Ariel telah memecah tembok kurang percaya di kalangan ibubapa tentang pengurusan saham dan risiko pelaburan.

Penulis yang awalnya sangsi tentang program tersebut pada 10 tahun dahulu telah menutup tanggapan ini,

Hasil program di Akademi Ariel telah menepis tanggapan ini dan sekarang menawarkan kajian yang kukuh tentang kelas belajar saham di peringkat sekolah menengah

selain cemerlang dalam bidang akademik,pelajar diakademi yang mengikuti kelas tersebut sejak berumur 14 tahun sentiasa melepasi pencapaian yang di tetapkan.

Baca seterusnya: Mengapa Orang Bumiputra Takut Menjadi Remisier?

Yang paling mengembirakan ibu bapa ialah anak-anak mereka yang berpendapatan rendah ini mendapat kerja di bidang pelaburan saham dan fokus mengurus profail saham klien.

Pada  tahun 2014 en Rogers mengambil pelajar dari akademi Areilini iaitu en Mario Gage untuk bertugas di bahagian pemasaran koperat.En Gage pada ketika dahulu bersekolah di sekolah menangah,kemudian beliau menyambung pengajian ekonomi di Universiti Chicago.Adik beliau yang juga berada di akademi Ariel pun mendapat tawaran di firma dana lindung nilai(hedge fund).

Hasil program yang di buat oleh En Rogers berharap ada firma yang menaja dan membantu dalam urusan menambah nilai diperingkat sekolah.

“kita perlu mencipta pekerjaan di kawasan luar bandar”ujar beliau,”kecelikan kewangan adalah sebahagian dari isu tersebut”

“kemungkinan program yang kami buat di sekolah amat penting dalam minda kami,

dan yang penting En Rogers membuktikan bahawa program ikhlas beliau yang beliau sendiri ketuai amat berhasil dan beliau turut berbangga.

Kaitan dengan isu di Malaysia

Kita lihat didalam akhbar dan majalah tentang ada golongan yang di tipu dengan skim pelaburan yang tidak sah,skim ‘Peleburan’ yang bersismetaik ini menyebabkan kerugian yang bukan sedikit malah berbilion(ribuan juta) ringgit.
Puncanya ialah kurang kesedaran dan kecelikan kewangan,di tambah pula masyarakat kita harini mendapat maklumat di hujung jari.

Bayangkan trend ini sentiasa berulang-ulang berlaku,sampai bila kita ingin melihat anak-anak kita menjadi pengurus dana yang berjaya dan mampu mengurus saham klien dengan baik.

Jesteru belajarlah ilmu kewangan dan pelaburan tidak kira ianya saham,hartanah atau produk lain.

bak kata orang berilmu

“tidak rugi orang membuat 2 perkara dalam dunia ini,Mengajar dan belajar”

p/s:semoga ada di kalangan kita akan menjadi Warren E Buffett!

adapatasi dan olahan terjemahan dari majalah Fortune isu 1 Ogos 2015.

Related Articles

Leave a Comment