Date: 1 April 2009
Salam semua,
Luahan Mak minah
Harini mak minah merasa dalam dilema,nak masuk APWR lagi atau tidak,keadaan macam tidak menyakinkan.
mak minah dapat rasa yang US quater yang pertama 2009 akan keluar,KLCI pula didalam The Star
(1 April 2009) menunjukkan jumlah pulangan hanya -3.9% berbanding Dow Jones -16.9%,
Mak minah didalam porfolio ada XL capital,ING,APWR,AIG dan FNM.Mak minah melabur atas apa perniagaan
yang mak minah faham,portfolio Mak minah yang paling berjaya Mak Minah miliki ialah XL capital
dan ING,yang paling teruk ialah FNM dan AIG,dan yang agak purata sikit ialah APWR.
Baiklah kepada semua,mak minah nak berkongsi rahsia pelaburan yang mak minah amalkan,
mak minah banyak bersyukur kepada Allah SWT yang menunjukkan arah dalam pelaburan saham ini,
juga Mak minah merasa terima kasih kepada Cikgu Adzha yang banyak membimbing ke arah pelaburan
yang bersistematik lagi jelas arah haluannya.
Apa yang Mak Minah faham akan tentang US Stock Market ialah apabila Warren Buffet membeli
General Electric pada harga USD22 sesaham dan Goldman Sachs serta kejatuhan mendadak
AIG dan FNM darpada harga pernah mencecah USD60 dan USD 44 sesaham pada tahun 2007,mak minah
nampak yang mak minah kena buat sesuatu,mak minah merasa inilah peluang untuk mak minah
melabur didalam US stock market atau New York Stock Exhange.
Mak Minah tidak duduk diam,terus mak minah mengikuti perkembangan didalam internet dan tempat
yang mak minah selalu lihat ialah Yahoo finance dan Google Finance,ok baiklah mengapa Mak Minah
nak melabur sekarang?cikgu Adzha ada menerangkan kepada Mak Minah yang berbunyi begini,
“harga saham semasa Recession tidak sama dengan harga saham semasa pasaran rally dan tidak
sama semasa harga saham ketika bullish,yang paling mahal harga saham ialah pada masa Bullish
dan yang paling murah ialah pada harga pasaran recession”.
lalu mak minah terfikir,hm betul juga pandangan cikgu Adzha ni,hm lalu Mak minah memulakan
langkah dengan mencari panduan,Mak Minah pun pergi ke broker Saham yang ada buat
CROSS BODER TRADING(Bank Pelaburan) ni,pada mak minah harga sangat murah pada masa sekarang,
Mak minah bayangkan macamana nak beli XL capital pada masa itu USD79 sesaham? anda rasa
mahal bukan?jadi bila Mak MInah nampakhargnya sudah mencecah
di bawah USD5 sesaham mak minah terus melabur,
berapa Modal mak minah mulakan?hanya RM 1000 sahaja dan Mak Minah bercadang hendak buat
pelaburan secara berkala pada tiap-tiap bulan dengan modal RM600 sahaja Mak Minah berazam
hendak mengumpul saham US yang bagus-bagus pada masa US recession dan bercadang hendak menjual
pada masa US Stock Market Bullish.
Baca seterusnya: Mengapa Amerika Melobi Secara Bersungguh-sungguh Supaya Yuan Di Dagangkan?
Risiko?Mak minah sudah lama dengan pasaran saham ini,Cikgu Adzha memberi perumpamaan
“melabur didalam saham adalah sama dengan bertani dan berladang,kita memahami dan bersabar akan proses
pelaburan dan penanaman itu dan ianya hendaklah jelas lagi objektif”.
Maksudnya di sini melabur saham sama dengan bercucuk tanam,katakan kita hendak menanam Pisang
adakah semua pisang yang kita tanam menjadi kesemuanya?mungkin ada yang rosak dan kita memahami keadaan sedemikian.