Home Blog Kisah Saya Berjumpa VVIP di Kawasan Elit di Kuala Lumpur

Kisah Saya Berjumpa VVIP di Kawasan Elit di Kuala Lumpur

by Mohd Al Adzha

Bismillah

Sambungan kisah dengan bekas Pengerusi pengangkutan.

Pagi tu saya berpakaian rasmi,berkasut ala ala ke Pejabat

Tetapi sebelum tu saya ceritkan pertemuan dengan Tan Sri ini kepada Abah saya

Malam sebelum tu saya bertanya dengan Abah saya

Saya:Abah,orang nak jumpa dengan Tan Sri ni

Abah:Ohhh,dia duduk ‘atas duit tu’.

Maksudnya penyataan tersebut ialah Tan Sri tersebut memiliki harta yang banyak.

Saya:Jadi nak tanya apa?

Abah:Engkau ‘google’ dulu pasal dia,keluarga dia dan lain lain lagi

Saya:Ok,Bah…..

Saya pun mengangguk faham,tujuan saya bertanya kepada Abah saya ialah meminta pendapat ke dua dan sekurang kurangnya urusan saya yang kerdil ini mendapat perhatian dari ibu bapa kita sendiri

Pada malam tu saya pun men’google’ di web
berkenaan VVip yg terkenal tersebut dan membuat sedikit kajian

Bak kata orang bijak pandai

‘Homework always paid off’

BERTOLAK SELEPAS SUBUH

Usai solat Subuh,saya terus bergerak ke utara Kl

Sebab saya tahu kadar kesesakan luar biasa akan berlaku jika saya bertolak lambat

Sampai di perkarangan pejabat saya pun ‘parking’ kereta saya.

Jam menunjukkan berbaki setengah jam lagi

Sebelum itu saya sudah mendapat ‘contact PA ‘ Tan Sri yang bernama Amy

untuk memaklumkan yang saya sudah sampai dipintu Pejabat

‘MASUKLAH’

Daun pintu ditolak dan saya pun masuk

‘Eh,En Adzha ya,masuklah Tan Sri belum datang lagi’

OH ok,ujar saya

RESUME

‘Tan Sri sudah melihat Resume En Adzha dan dia sangat berminat ingin tahu lebih lanjut’

Baik terima kasih Amy ujar saya.

Amy menunjukkan saya disatu sudut bilik mesyuarat

Disitu saya dan Tan Sri akan bertemu

Tiba tiba pintu bilik kaca mesyuarat dibuka dengan laju

Saya pun menoleh dan perasan dia itu adalah Tan Sri.

Saya:Assalamulaikum Tan Sri

Tan Sri:Walaikum salam Adzha

Dalam fikiran saya pasal sebelum ini,adakah Tan yang berusia ini akan belajar modul 7 dan menjadi Remisier?

LUPUSKAN SAHAM BERJUMLAH XXJUTA

Apabila ada kesempatan dengan VVip ini,Kita perlu bertanya soalan soalan yang bukan dalam lingkungan kita.

Antaranya

Semasa Tan Sri melepaskan dari pengerusi berapa Jumlah saham yang tan sri jual?

Tan Sri menjawab adalah xxjuta unit,kemudian saya terus menjual

Kemudian saya pun terfikir mesti ‘best’ jadi Remisier Tan Sri ni,agak agak berapa komisen Remisier Tan Sri ni?

SIAPA YANG NAk BELAJAR MENJADI REMISIER?

Persoalan ini menjadikan saya memberanikan diri siapakah yang ingin belajar menjadi Remisier?

Saya pun memberanikan diri bertanya kepada Tan Sri

Tan Sri menjawab

‘Sebenarnya saya ingin menolong anak buah saya berbisnes,saya perhatikan dia berniaga Tudung di XXXXXX

Jadi saya pun berfikir,dari dia sibuk meniaga Tudung dari pagi sampai ke Malam

Baik dia tolong saya jaga aset aset saham saya yang banyak ni’

Lahhhh……baru saya faham

Mati mati saya ingat Tan Sri ini hendak baca module 7 yang tebal tu,rupa rupanya niat beliau ingin menolong anak buah nya sendiri

Dalam hati saya,baru saya tahu dan faham,niat Tan Sri mulia dan ikhlas rupanya.

Ok……sekadar itu perkongsian dari Penerbangan AK 5227 ni.

P/S:Begitulah hebatnya kerjaya Remisier,sehingga VVIP nak hantar anak buahnya sendiri supaya jaga ‘aset-asetnya’,inikan pula ada orang mengatakan bahawa kerjaya ini akan terkubur,pada kami tidak dan tidak sama sekali.

ingin menjadi Remisier dan boleh berjumpa dengan geng geng VVIP ini?Sila PM kami,kami ada modul khas bagaimana seorang yang ZERO saham boleh menjadi seorang Remisier.

NexT:ingin tahu Bagaimana COO salah sebuah GLC yg berbilion RM ingin sangat nak belajar modul exam remisier?

Related Articles

2 comments

Zamri abd hamid October 12, 2018 - 11:39 am

Assalamualaikum en adza saya ingin belajar menjadi remiser,dimana tempatnya,dan kos?

Reply
Mohd Al Adzha October 14, 2018 - 3:24 am

Walaikum Salam tuan zamri,setakat ini kami belum bercadang akan mengadakan kelas dalam masa waktu terdekat,diharap tuan follow kami di FB dan disana ada kami hebahkan kelas terdekat akan datang.Terima kasih kerana menhubungi kami.

Reply

Leave a Comment