Assalamualaikum dan semua.
Hari ini agak letih sedikit sebab malam tadi saya memberi tuisyen kepada seorang bakal Dealer yang akan menduduki peperiksaan modul 7 pada 16 jun nanti,
apa yang pasti saya sentiasa memberikan tunjuk ajar kepada bakal calon yang akan meduduki peperiksaan modul 7 ini dari masa ke semasa,yang penting saya dapat melihat wajah mereka yang ceria selepas mendapat keputusan dari dewan peperiksaan Suruhanjya Sekuriti nanti.
Apabila saya mengajar modul 7,berbagai pengalaman dan cerita dari bekas-bekas calon saya yang telah lulus,setakat ini di bawah kelas bimbingan saya seramai 8 orang,mereka telah berjaya dengan memiliki klien masing-masing,ada yang telah bertukar kerja kerana mendapat tawaran lebih baik ada juga yang menukar kereta baru kerana dapat menikmati insentif 10 bulan dan seumpamanya.
Baca seterusnya: 10 Petanda Calon Akan Gagal Peperiksaan Modul 7 Berulang Kali
terbaru ada pula yang di naikkan pangkat ke jawatan pengurus cawangan dagangan saham di cawangan masing-masing,
apa-apa pun saya cuma tersenyum dan menumpang bangga dengan pencapaian anak buah saya.Pada kesempatan masa ini saya berkongsi dengan pembaca faktor mengapa jawatan “Delear Stock Market” paling banyak di perlukan sekarang ini.
Saya memang akui,semenjak saya mengajar modul 7,telefon saya berdering meminta saya ajarkan kepada mereka bagaimana hendak lulus Modul 7,ada yang bertanya bagaimana nak pass cukup makan,bagaimana nak dapat soalan ‘SPOT’ dan berbagai lagi.
Saya sebagaimana biasa akan membalas panggilan mereka dan menerangkan apa kehendak peperiksaan tersebut,pada masa yang sama jawatan delear reprenstatives paling banyak di perlukan pada masa sekarang ini sebenarnaya terdorong beberapa faktor
1. Pelan Induk Pasaran modal 2 (Capital Market Master Plan 2)
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku menteri kewangan baru-baru ini melancarkan pelan induk pasaran modal dengan sasaran menarik modal ke dalam Malaysia berjumlah RM10.5 trillion atau bersamaan RM sepuluh ribu lima ratus billion dalam jangkamasa 10 tahun akan datang.
Kesan dari pelan tesebut sektor Bank,Bank pelaburan,Operator takaful dan institusi kewangan akan berkembang dengan pesat sejajar dengan pertumbuhan ekonomi.Apabila pelan ini terlaksana maka ramai “Delear Reps” diperlukan.Bank pelaburan sibuk menarik graduan baru untuk bekerja dengan mereka dan ini menunjukkan satu persaingan sihat berlaku di dalam pasaran pekerjaan.
2. Sasaran pelabur runcit dari 20% kepada 30 %
Sekarang ini pelabur runcit berada didalam pasaran saham sekitar 20% -22%sahaja,sasaran kerajaan ingin menjadikan ke angka 30% supaya berlaku kecairan yang tinggi di dalam pasaran saham dan pelaburan saham tidak tertumpu hanya kepada pelabur institusi atau asing sahaja,jadi Bank dan Bank pelaburan sibuk mempromosikan perkhidmatan ‘online trading’ masing-masing,
perkhidmatan ‘Online Trading’ amat penting kepada pelabur runcit untuk membuat transaksi pelaburan sehinggakan pelabur boleh membeli saham dan menjual dengan menggunakan telefon pintar seperti Iphone dan Blackberry.
Bidang perkhidmatan ini memerlukan individu yang akan membantu pelabur runcit untuk urusan pelaburan saham dan dengan ini lesen ‘Delear Reps’ memang amat di perlukan.
3. Bank dan Bank pelaburan sibuk mengembangkan sayap
Apabila populasi semakin membesar dan impak globalisasi internet semakin menyuluruh penggunaannya maka semua Bank dan Bank pelaburan sibuk mencari calon-calon yang sesuai untuk bekerja dengan mereka,
sekarang ini banyak bandar baru sudah di buka pusat dagangan saham yang membolehkan pelabur runcit berurusan.
Sebut sahaja mana daerah di Malaysia ini yang ada kemudahan dagangan saham seperti di Muar,Bahau,Tampin,Tawau dan tempat-tempat lain.Dahulu tempat dagangan saham tertumpu di bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Penang akan tetapi Bank dan Bank pelaburan memberi fokus di kawasan bandar baru seperti Bandar Baru Seri Petaling,Taman Midah Cheras dan Damansara Perdana.
Jadi bayangkan siapa yang akan menjadi delear di tempat tersebut yang mana tempat kerja adalah berdekatan dengan dagangan saham.
Di laman web Jobstreet tertera pekerjaan kosong untuk calon yang ingin menjadi ‘Delear Reps’ ini dengan menyebut keutamaan akan di beri kepada pemegang lesen Modul 6 dan Modul 7,jadi ingat Modul 7 maka ingat lah saya ,Jesteru untuk mendapatkan tuisyen modul 7 sila hubungi saya di perundingstockmarket@yahoo.com.
Baiklah setakat ini sahaja saya dapat berkongsi,malam ini saya akan menyambung kelas Modul 7 saya dengan calon tersebut dan yang pasti usaha untuk ‘mentarbiahkan’ modul 7 kepada semua orang dapat di laksanakan dengan baik.InsyAllah.