Home Nota Pelaburan untuk 'Beginner' saham Mesti Jual Saham Anda Apabila Saham Syarikat Tersebut Hilang Teras Perniagaannya

Mesti Jual Saham Anda Apabila Saham Syarikat Tersebut Hilang Teras Perniagaannya

by Mohd Al Adzha

Apabila sesebuah syarikat yang kita melabur dengan secara tiba-tiba telah hilang teras perniagaanya maka para pelabur di nasihatkan agar menjual saham syarikat tersebut dan membeli saham-saham lain yang ada nilai ekonomi.

ini terbukti terjadi kepada ING Groep Insurance,syarikat insurans multiglobal Belanda yang terbesar di dunia dan di dalam Majalah forbes  telah menyenaraikan antara 5 syarikat terbesar yang memiliki asset berjumlah USD 50 Biliion,

Dalam hal ini ianya mengingatkan kita akan syarikat AIG di Amerika yang mendapat suntikan dana sebanyak USD85 billion dari duit pembayar cukai Amerika,AiG bergelumang untuk membayar hutang kepada kepada pihak perbendaharaan US serta pada masa yang sama AIG sibuk mencari pembeli untuk membeli perniagaan teras insuransnya,antara anak syarikatnya yang telah dijual ialah Alico,AIG Japan dan lain-lain lagi.Banyak syarikat lain yang menunjukkan minat untuk membeli antaranya Prudential Insurance, dan beberapa pesaingnya.

Gambar:ING Group Insurance.

Di pihak ING pula, syarikat konglomerat Belanda itu telah mendapat suntikan dana dari  kerajaan Belanda sebanyak EUR10billion, akan tetapi kita perlu ingat disini apabila  seseorang itu berhutang hendaklah orang tersebut terikat dengan perjanjian untuk membayar balik semula.

ING adalah syarikat konglomerat yang sangat besar dan berpengaruh di Eropah, di sebabkan Belanda termasuk didalam gagasan EC yang mengunakan matawang Euro maka segala peraturan kewangan dan perbankan terikat dengan peraturan EC,

Segalanya bermula pada 26 Oktober 2009, ING mengishtiharkan akan memohon untuk membuat terbitan hak (Right Issue) untuk menyuntik dana baru ke dalam syarikat dan berikutnya ING bercadang untuk memisahkan teras perniagaan Bank dan Insuransnya kepada 2 entiti yang berbeza,dan atas kesan daripada itu para pelabur merasa bimbang perniagaan ING yang dominan dengan bidang insuransnya akan akan hilang ‘Taring” sebagai kuasa insurans yang paling berpengaruh di Eropah.

Baca seterusnyaSaham Luar Negara Yang Disenaraikan di NYSE, AMEX, NASDAQ

Kemuncaknya adalah pada Rabu 18 November 2009 EC telah mengesahkan akan rancangan perstrukturan ING bersama Lyood dan KBC untuk mendapat suntikan dana dari kerajaan masing-masing. EC melihat ING perlu memulihkan rancangan pelan pengurusan risiko nya serta mengurangkan operasi yang kompleks dengan cara menjual perniagaan Insuransnya iaitu Westland Utrecht Hypothekbank sebuah subsidiary ING yang dahulunya banyak menyumbang kepada perniagaan ING.

EC sebenarnya telah memberi tekanan kepada ING supaya menyusun langkah koperatnya yang tidak menguntungkan pada masa kini dan dilihat oleh para penganalisis sebagai satu usaha membersihkan hutang-hutang yang tidak berguna dari akaun ING tersebut.

kita melihat Saham ING pada pada 15 Oktober mencecah USD18.36 turun beransur-ansur kepada USD12.52 pada 25 Nov 2009. Harga saham tersebut telah menunujukkan sikap pelabur sedang berhati-hati  atas apa yang berlaku dan seterusnya menjual saham tersebut akibat terlampau takut ING akan menjual teras perniagaannya kepada pesaing-pesaing pasaran.

Dalam hal ini analogi sesuatu perniagaan sangat mudah,jikalau sesebuah perniagaan itu sudah hilang teras perniagaannya adakah syarikat itu akan ada keupayaan untuk mendapatkan semula teras perniagaannya?

Ditambah syarat hutang yang semakin ketat ini bermaksud jikalau USD1 anda beli Saham ING anda membayar USD 0.40 menyelesaikan hutang ING secara rela,Adakah anda hendak berbuat demikian?

Related Articles

Leave a Comment