Home Modul 6 dan Modul 7 Modul Study Broker Saham

Modul Study Broker Saham

by Mohd Al Adzha

Modul apa ni? Apa penting modul ni? Baiklah kedua-dua modul ini adalah merupakan tulang belakang bagi mereka yang berkerja didalam bidang pasaran saham ini, ianya merupakan passport penting bagi menjamin pekerjaan didalam bidang ini terutamanya bagi mereka yang bekerja sebagai Remisir, Stockbroker dan juga Compliance Officer.

Apa itu Modul 6 dan Modul 7?

Kedua-dua modul ini dikeluarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

  • Modul 6 ialah Undang-Undang Sekuriti Saham (Securities Law)
  • Modul 7 ialah Anilisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset (Financial Statement Analysis and Asset Valuation)

Ketika anda memohon kerja sebagai Stockbroker, Dealer Stock Market dan Compliance Officer, firma bank-bank perlaburan memerlukan individu-individu yang berminat lagi bertauliah untuk bekerja dengan mereka, akan tetapi keutamaan akan diberi kepada mereka yang memiliki kedua lesen ini untuk diterima bekerja dengan mereka disamping kadar pertukaran pekerja baru dan lama amat tinggi didalam industri pembrokeran ini dan mereka yang memiliki lesen modul 6 dan modul 7 tidak pernah putus-putus ada di industri tersebut kerana industri pembrokeran pasaran saham terus berkembang walaupun dalam keadaan situasi pasaran tidak menentu sekarang.

Dengan adanya firma pembrokeran asing yang sudah bertapak di Malaysia ini peluang untuk mereka bekerja seperti di Credit Suisse, JP Morgan, CIMB BANK, Public Investment Bank serta 40 broker saham lain amat diperlukan bagi mereka yang memiliki lesen modul 6 dan modul 7 ini.

Dikatakan mereka yang bekerja didalam bidang ini boleh mendapat bonus gaji sebanyak 17 bulan jikalau pasaran baik malah ada yang mendapat 10 kali bonus gaji bagi setiap 3 bulan bergantung kepada keadaan pasaran dan diakui juga memang sentiasa ada kekosongan jawatan bagi pemegang lesen ini di semua firma bank-bank perlaburan dan bank komersial.

Baca seterusnya: Tip-tip Lulus Cemerlang Modul 7

Malaysia adalah negara yang menuju kearah ekonomi maju dan indusrti pembrokeran saham ini sentiasa mencecah jumlah dagangan sebanyak 1 bilion saham dalam sehari atau lebih,walaupun negara kita mengalami sedikit kegawatan teknikal akan tetapi jumlah pelabur individu dan institusi dalam dan luar negara seperti Tabung Haji, Permodalan Nasional Berhad ,Lembaga Tabung Angkatan Tentera,Kumpulan Wang Simpanan Pekerja,Public Mutual Berhad, Nomura Asset Management ,Templeton Fund memang akan meningkatkan pengangan ekuiti mereka dari masa kesemasa di tambah pada masa sekarang kesemua saham-saham di sini amat murah .

Related Articles

Leave a Comment