Home Dealer/Remisier NOTA Khusus Untuk Remisier Berkenaan Dengan Wang Deposit (Remiser Collateral Deposit)

NOTA Khusus Untuk Remisier Berkenaan Dengan Wang Deposit (Remiser Collateral Deposit)

by Mohd Al Adzha

Gambar: Pelakon Charlie Sheen dalam filem Wall Street

1. Deposit Remisier yang di tetapkan oleh industri ialah RM50k untuk kaum bukan Bumiputra, akan tetapi untuk Bumiputra kami mendapat tempat yang boleh dimulakan dengan modal serendah RM10K sahaja setakat ini.
2. Deposit berfungsi memberi 2 peranan

a) Memberi ‘limit’ kepada klien untuk trade saham tanpa klien masukkan duit dahulu.Tapi cara ini sangat berbahaya jika tidak tahu bagaimana nak kawal permintaan klien.
Klien boleh gunakan limit remisier dan gunakan tanpa had dan jika rugi,dikhuatiri klien akan ‘senyap’ atau tidak membayar rugi ,kebiasaan limit diberi ialah 10 kali ganda dari deposit Remisier.
Jumlah ‘limit’ juga bergantung kepada syarikat broker trersebut sama ada 6 atau 12 kali ganda(kebiasaan firma sekuriti memberi limit remisier yang rendah kepada Remisier berbanding bank bank pelaburan)

b) Sebagai cagaran jika ada klien beli saham dan rugi(biasa rugi kontra) dan jika klien tidak bayar maka rugi tersebut boleh ditolak oleh dari. deposit remisier.

Contoh bagaimana klien mendapat limit trading dari Remisier

Pak Abu selalu membeli saham dengan limit cagaran(collateral) iatitu 3 atau 2.5 kali ganda dari tunai Pak Abu,selalunya Pak Abu mendeposit RM5k untuk mendapat cagaran beli saham sebanyak RM15K(Jika Pak Pak Abu beli saham pada harga RM13000 ,Pak Abu perlu membayar baki RM3000 kepada bank pelaburan sepanjang tempoh penyelesaian ‘t+3’)
Akan tetapi beliau berkenalan Remisier dari broker lain iaitu EN Akram,

Baca seterusnya5 Elemen ‘Power’ Sebagai Remisier Saham

En Akram menawarkan limit beli jual saham kepada Pak Abu pada kadar 6 kali ganda iaitu RM30k dengan syarat Pak Abu meletak deposit RM5K dalam bentuk tunai dan saham.

Mengapa En Akram boleh memberi limit RM 30K?
Sebabnya En Akram adalah Remisier dan beliau meletak deposit Deposit remiser sebanyak RM10k dan Bank pelaburan memberi kemudahan 10 kali ganda iaitu RM100k untuk mana mana klien En Akram membeli saham
Pak Abu amat tertarik ,ini kerana dengan Limit Remisier

i) Pak Abu bukan mengunakan kemudahan pinjaman seperti ‘share Margin Financing’ yang perlu membayar interest.
ii) Pak Abu yang asalnya suka trading dengan cara kontra ,boleh membeli saham jajaran besar misalnya yang berharga RM5 atau RM13 dan dengan limit RM 30k tersebut beliau boleh maksimakan keuntungan.
iii) Pak Abu hanya meletak modal rendah sahaja untuk membeli saham saham yang berkualiti dan corak trading Pak Abu bukan lagi membeli saham saham ‘penny ‘lagi.
Bagi pihak Akram.
Beliau akan memerhatikan corak trading pattern Pak Abu,jika ada rugi kontra hampir 50% dari modal Pak Abu(RM 5k tadi) iaitu RM2500
Akram boleh memita Pak Abu
-Membayar rugi dahulu atau dengan cara ,tolak sahaja cagaran saham saham yang ada untuk bayar rugi tersebut atau Pak Abu bayar rugi tersebut dengan cara tunai.
-Jika Pak Abu ingkar dan culas,En Akram boleh meminta ke bahagian kredit pelaburan saham mengantung(suspend) akaun saham tersebut sehingga Pak Abu menyelesaikan baki tertunggak.
En Akram perlu memastikan rugi klien,klien yang bayar,dan dalam tempoh yang ditetapkan Pak Abu masih tidak membayar maka rugi RM2500 tadi ditolak deposit En Akram.
-Maka deposit yang en Akram tinggal sebagai Remisier Collateral (cagaran deposit remisier) ialah RM7500 sahaja.

3. Sepanjang deposit remisier disimpan,bank akan pulangan sama macam bank biasa misalnya pulang simpanan tunai iaitu 2.5% setahun.
4. Deposit Remisier boleh ditokok sepanjang perkhidmatan remisier berlangsung dan juga boleh dikeluarkan setelah ditolak mana mana komitmen hutang dan belanja lain lain.
5. Deposit boleh dikeluarkan sekiranya Remisier tersebut sudah berhenti dari menjadi Remisier.
6. Bagi Remisier,Deposit bertindak seabagai simpanan dihari tua,boleh buat simpanan berkala setiap bulan dengan cara mencarum dari jumlah komisen yang dapat.Misalnya jika bulan tersebut Remisier mendapat komisen RM8000,Setelah ditolak komitmen seperti bayaran pinjaman kereta bulanan dan rumah,Remisier boleh menyimpan RM1000 sebagai simpanan kedalam deposit.
7. Lagi besar saiz deposit lagi bagus buat remisier tersebut memberi ‘limit’ trading kepada mana mana klien yang berpotensi. Kebiasaan Bank pelaburan tidak memberi had syiling berapa perlu letak deposit.
Jika berminat menjadi Remsier boleh PM kami di 0173351380 untuk ikuti program exam untuk m6 dan m7.

Related Articles

Leave a Comment