Pelan Kegawatan Ekonomi
Assalamualaikum dan Selamat menjadi pelabur Jutawan!
Baiklah, saya berharap anda tersenyum girang dan ceria pada pagi Sabtu ini (16/4/2011) dan seterusnya bagi mereka yang berada di Sarawak saya ucapkan selamat mengundi.
Seterusnya saya ingin membincangkan kepada saudara semua yang aktif melabur tentang suatu pelan kegawatan ekonomi yang selalu saya fikirkan pada waktu sekarang yang akan bermanfaat di waktu kita di landa kegawatan ekonomi.
Gambar:Merancang Pelan Kegawatan Ekonomi
Pada waktu itu baru saya terfikir apakah instrument pelaburan yang boleh memberikan perlindungan kecemasan kepada kita serta kita tidak susah dan payah lagi untuk mengorek mana-mana sumber simpanan apabila kita terdesak untuk mendapatkan tunai tersebut.Perlu di ingat apabila berlaku kegawatan ekonomi tunai di tangan adalah ‘Raja segala-galanya’.
Baca seterusnya: Bagaimana Hendak Menjadi Remisier Saham atau Dealer Stock Market?
Untuk melaksanakan pelan kegawatan ekonomi itu saya selalu memulakan dengan pertanyaaan,antara pertanyaan yang saya sering ajukan
1.Apakah pelaburan yang apabila kita membeli tersebut ianya pada harga rendah dan diskaun dan apabila kita menjual semula kita akan mendapat keuntungan dari segi modal dan tukaran wang asing
2.Apakah Instrumen pelaburan yang berkembang didalam matawang asing?i.e.US Dollar
3.Kita sedia maklum apabila berlaku kegawatan,nilai rumah,matawang,Kadar Pinjaman Bank akan jatuh serentak permulaan kegawatan ekonomi.
4.Sampai bila komoditi Emas akan bertahan lama naiknya?pasti setiap yang naik pasti akan jatuh juga.
5.Mengapa harus memilih saham ?bukan dari Unit Amanah,Bon dan simpanan tetap dan lain-lain lagi?.
Untuk itu saya cuba jelaskan keadaan pasaran Saham tahap demi tahap supaya kita pelabur dapat memahami di mana kita pada masa itu.Ini amat penting agar pelabur dapat mengatahui apakah petanda atau petunjuk yang menentukan ke arah mana saham kita itu pergi .
Semasa saya berceramah disalah sebuah agensi Unit Amanah di Cheras,Kuala Lumpur dengan dihadiri sekumpulan perunding unit amanah,saya membincangkan tahap-tahap pasaran kepada sekumpulan ejen pelaburan unit amanah dan hasilnya saya mengeluarkan atau menyampaikan suatu teori kepada ejen atau pelabur.
Iaitu teori “Kegawatan,Pemulihan,Rali Pasaran dan pasaran bull ”
atau di dalam bahasa Inggeris “Theory of Recession,Recovery,Ralli and Bullish”.
untuk itu saya cuba jelaskan pada masa akan datang InsyAllah.