Home Nota Pelaburan untuk 'Beginner' saham Pesan Uncle Lim Kepada Pelabur Saham

Pesan Uncle Lim Kepada Pelabur Saham

by Mohd Al Adzha

Pesan Uncle  Lim

Hari ini saya ingin berkongsi cerita dengan seorang pelabur saham tempatan di kenali sebagai En Lim Tek Young,En Lim adalah seorang pelabur saham tempatan(Malaysia) yang selalu datang melihat harga saham-saham di skrin komputer tempat saya bekerja,

kebetulan saya hendak ke pantri untuk meneguk segelas air setelah tekak saya merasa sangat haus,apa yang mengagumkan ketika saya berada di pantry,saya di tegur oleh seorang yang sangat tua(saya jangkakan umurnya sekitar 85 tahun!) beliau tanpa segan silu bersembang dengan saya seolah-olah sudah kenal agak lama,beliau terus bercerita dengan ghairahnya berkenaan kisah silam beliau yang aktif bermain saham selama 30 tahun!

En Lim bercerita kepada saya kisahnya tentang melabur saham dan saya dapat simpulkan pesannya seperti berikut.

Sepanjang  30 tahun En Lim bermain saham,melabur secara kontra memang tidak menguntungkan.

Jual beli secara kontra adalah keadaan dimana anda membeli saham tersebut dahulu dan pada hari keempat (T+3) anda menjual semula di pasaran tanpa membayar transaksi tadi.

Sepatut jikalau anda membeli barangan,anda membayar barang tersebut dan penjual memberi barang yang anda beli kepada anda.maka berlakulah pertukaran hakmilik di antara penjual dan pembeli,

akan tetapi di dalam urusniaga kontra,sepatutnya saham itu menjadi milik anda pada hari yang ke empat,akan tetapi anda menjualnya semula dengan harga yang lebih tinggi.

Pening ke penjelasan saya ini?nampak dahi anda sudah berkerut-kerut,OK contoh begini

Katakan En Ali membeli saham ABC dengan harga RM0.09 dan menjual semula saham tersebut pada harga RM0.11 dengan sejumlah 50000 unit,jadi perbezaan 2 sen itu(RM0.11-0.09) di kali dengan 50000 unit tadi maka EN Ali mendapat untung sebanyak RM1000 dalam masa mungkin 2 jam atau 2 hari tetapi yang penting Mr Ali tidak mengeluarkan sesen pun dari akaun tunai dia dan dia menikmati hasil kontra tersebut,

akan tetapi sebaliknya jikalau Mr Ali membeli pada harga RM0.09 dan menjual RM0.07 tidak sampai 2 jam atau 2 hari,maka En Ali rugi sebanyak RM0.02 dan beza kerugian(RM1000) tersebut En Ali perlu membayar RM1000 dan jikalau lambat akan dikenakan faedah(mirip seperti kad kredit).

Sesetengah pelabur menyatakan jual beli secara kontra lebih mirip kepada perjudian,ini kerana pelabur membeli apabila  melihat saham yang secara mendatar harganya dengan tiba-tiba melonjak naik dan pelabur tergesa-gesa membeli saham bagaikan mengejar bas yang akan berlepas dari terminal Puduraya!

Baca seterusnyaBagaimana Membuat Keputusan Pelaburan Saham Dengan Isu Semasa Yang Kita Ketahui?

dan  perkara yang lebih teruk lagi saham yamg pelabur beli tersebut menjadi saham yang paling tinggi pada hari tersebut!,sebagai contoh pelabur A membeli saham ABC dan pada hari tersebut saham ABC naik mendadak ke paras tertinggi sebagai contoh dari harga serendah RM1.20 dan harga tertinggi pada hari tersebut RM1.30 maka pelabur terus membeli saham pada RM1.30 dan kemudian yang paling sadis sekali saham ABC  tadi menjunam ke paras terendah pada pukul 5 petang iaitu RM0.50.Jadi berapa banyak pelabur tadi ‘memperjudikan’ duitnya.

Sepanjang saya bekerja di firma bank pelaburan,saya pernah melihat bagaimana seorang pelabur yang asyik bermain kontra tanpa menilai dengan teliti akan saham yang di beli,

bayangkan pelabur tersebut meletakkan modal sebanyak Rm70000 dari duit simpanannya dan sekarang menjadi RM7000! Disamping itu  ada juga pelabur yang duitnya ‘hangus’ dan tidak dapat pulangan sampai sekarang jadi berhati-hatilah pada masa akan datang.

Jesteru sesiapa yang inginkan keuntungan segera di dalam saham,selalunya akan ‘terkena’ dengan kerugian yang teruk,tuan puan perlu fahami pelbagai ilmu supaya hasil pelaburan saham akan berterusan,

bukan ‘peleburan’.

Kami akan mengadakan kelas bagi mereka yang menjadi Remisier saham,

Ianya terbuka kepada semua golongan,anda yang ingin belajar bagaimana Remisier buat duit dan mencetak duit hari-hari pun boleh ikuti kelas kami.Untu sekadar ilmu

ikuti kelas remisier kami iaitu

Program ‘Exam’ Delear Remisier 4 (PDR 4) Sudah Dibuka!

Related Articles

Leave a Comment