Gambar:Tan Teng Boo antara pengurus Dana yang hebat di Malaysia.
Dalam bidang saham atau stock market,semakin lama dalam suatu bidang maka semakin mahir dalam membuat keputusan pelaburan,maka secara tidak langsung aset pelaburan yang klien laburkan dan diurus oleh remisier semakin lama semakin berkembang.
jika seorang pekerja itu bermula sebagai eksekutif dan berakhir dengan pengurus,maka dalam bidang remisier tiada istilah Senior remisier atau group agency remisier,remisier merujuk pekerjaan yang bersifat individu dan tidak sama dengan Unit amanah dan lain-lain pekerjaan.
Semakin lama remisier itu mengurus aset klien maka semakin mahirlah remisier itu membuat keputusan pelaburan bagi pihak klien,mengurus emosi klien dan membawa keuntungan.
Dalam bidang pasaran modal di Malaysia,jika seorang itu ada lesen remisier,dia boleh memohon kepada SC untuk menjadi Fund Manager atau pengurus dana
sebelum ini,saya ada menyebut tentang sesiapa yang ingin menjadi remisier atau dealer saham,dia perlu menduduki peperiksaan Modul 6(Undang-undang sekuriti) dan Modul 7(Asas anilis laporan kewangan dan penialain aset).
Akan tetapi dia mesti menduduki peperiksaan
Modul 9:Fund Management regulation
Modul 10:Asset and Fund Management
sebelum itu mari kita lihat perbandingan kelebihan dan kekurangan kerjaya antara fund manager dan Remisier
Remisier | Fund Manager | |
Upah | Upah Broker sahaja:Jual dan beli | Tiada |
Upah mengurus(Admin Fee) | Tiada | 1.5% dari kesuluruhan asset(saham,bond) |
Perkongsian untung | tiada | ada,boleh runding |
Nasihat pelaburan | Tidak boleh | boleh |
akses selain saham:unit trust & Bond | tiada | boleh |
boleh bina kumpulan(TEAM) | boleh | boleh |
keputusan pelaburan | terhad pada arahan klien | 100% buat keputusan |
Tawaran Produk | saham sahaja | Private mandate,unit amanah dbond(hutang),forex dan Hartanah |
Pertukaran kerjaya dari remisier kepada Fund Manager
Remisier perlu melucut jawatan dan menjadi fund manager,mengikut peraturan dari Suruhanjaya Sekuriti ,seseorang itu tidak boleh memegang lesen lebih dari dua dalam satu masa,mengikut skop kerjaya,jika ada lesen pasaran hadapan dan ekuiti serentak itu tidak mengapa.Akan tetapi jika menjadi fund manager perlu fokus kepada kerjaya ini.
Mengapa perlu menjadi Fund Manager jika seorang itu sekarang adalah remisier?
- Boleh akses selain dari saham,boleh buat forex,hartanah,Unit amanah dan lain-lain instrumen yang buat duit.
- Elakkan dari ‘Burn out’ dan bosan.Ini salah satu mengapa remisier bumiputra dahulu kebanyakannya berhenti.
- Komisien atau upah selain dari upah broker.Banyak pilihan dan sumber komisen.
- Jenama diri lebih teguh.Siapa tidak kenal Peter lynch,Tan Teng Boo.Mereka Fund manager yang hebat
- Syarikat ditubuhkan boleh diwariskan kepada anak-anak,remsier tak boleh wariskan klien kepada anak-anak mereka.
- Boleh melabur merentas sempadan,jika pasaran Malaysia agak lembap maka boleh fokus kepada pasaran Eropah atau Amerika.
dalam hal ini,kerjaya fund manager banyak kelebihan berbanding dengan Remisier,kecekapan mengurus asset dan membawa keuntungan melebihi dari darjah normal keuntungan biasa adalah kunci kepada kejayaan fund manager.Salah satu ‘killer produk’ bagi fund manager ialah Private Mandate investment.
Apa itu ‘Private mandate Investment’?
Mandat pelaburan persendirian atau PMI (private mandate investment) ialah pelaburan yang diantara pelabur dan pengurus dana.Pelabur datang dari pelbagai bentuk seperti pelabur kaya,institusi dan keluarga korperat atau Diraja.
Ia adalah perkhidmatan yang membantu klien mencapai sasaran pelaburan,kita sedia maklum,pelaburan saham dan lain-lain lagi perlu berfokus dan mereka ini biasanya tidak ada masa mengikuti keadaan pelaburan yang aktif,jadi sebuah “mandat” di beri kepada pengurus dana untuk mengurus dana mengikut pilihan sasaran klien.
siapa pelabur yang mengunakan PMI ini?
- Ahli perniagaan yang terlalu sibuk dengan perniagaan dan tiada masa melihat perkembangan pelaburan
- Syarikat Sdn Berhad atau koperasi yang ingin melabur dalam pelaburan saham tetapi tidak tahu bagaimana nak mengurus dan memulakannya.
- Pengurus wang pencen pekerja,zakat atau sebagainya yang ada terlebih tunai tetapi tidak pandai melabur dengan betul.
- Mereka yang dapat mengeluarkan duit KWSP dan tak tahu kemana hendak di laburkan.
- Mereka yang mendapat pampasan dari menjual tanah dan kebun
- Duit dari waris insurans yang telah meninggal dunia.
Mandat adalah arahan dari klien sahaja kepada pengurus Dana sebagai contoh dialog ini berbunyi
“Aku nak engkau beli saham bluchip yang ada untung sahaja dan boleh bawa keunutngan secara konsisten”
dalam dialog ini,itulah mandat antara klien dan fund manager.Akan tetapi ada perjanjian bertulis antara klien dan Fund manager dan bukan secara lisan.
berapa minimum pelaburan?
Minimum pelaburan ialah RM250000.
Bolehkah amaun ini dikeluarkan bila-bila masa?
Ya,bergantung kepada permintaan klien.
contoh pengurus Dana yang berlesen di Malaysia
Jesteru,kita sedia maklum,sehingga sampai satu masa,potensi fund manager di negara kita tidak akan berkurang,jumlah pengurus dana bumiputra dinegara kita tidak pernah cukup,sampai bila kita hendak mengharap pulangan 8% setahun atau menjadi penjual unit amanah sahaja.Maka buka minda dan rebut peluang kerjaya dalam pasaran modal yang terbaik setakat ini.Hargai peluang yang ada dan sentiasa melakukan peningkatan diri.