Hampir semua pelabur hilang pertimbangan akibat sabar, walhal sabar adalah elemen penting. Bayangkan kalau saudara semua tidajk bersabar,apa akan terjadi?hilang modal?sedikit pulangan atau seumpamanya?
Baiklah para pelabur sekalian,Zamri Mohamad penulis buku terlaris ‘Cari duit cara mudah sebagai penulis bebas’ menyebut ‘Rom tidak dibina di dalam suatu hari’ memberi analogi yang sama ketika melabur saham,saudara bayangkan pelaburan saham saudara boleh menjadi di dalam suatu hari? Agak mustahil bukan?
Warren Buffett menyebut apbila saudara melabur saham,saudara memiliki sebahagian perniagaan,saudara tidak berniaga akan tetapi duit saudara di niagakan oleh orang mahir di dalam selok belok perniagaan.
Cuba bayangkan saudara membeli saham C.I holding Berhad,pengedar minuman berjenama Pepsi di Malaysia,saudara sebagai pelabur memiliki sebahagian perniagaan pengedaran minuman Pepsi di pasaraya Giant,kedai koperasi dan seumpamanya.
Malahan saudara sendiri pun merasa bangga kerana memiliki perniagaan minuman berkarbonat kedua besar selapas Coca Cola Sdn Bhd.
Memiliki sebahagian perniagaan juga membuat pelabur memahami bagaimana hasil pernigaan CI holding dapat berjalan,di samping itu pelabur dapat memahami bagaimana aliran tunai keluar masuk syarikat dapat di lihat melalui penyata aliran tunai tahunan.Hasil perniagaan boleh diberi kepada pemegang saham sebagai dividen.
Malahan sektor minuman adalah perniagaan yang memiliki nilai aliran tunai yang positif setanding model perniagaan Nestle,F&N dan sebaginya.
Baca seterusnya: Sikap bijak yang perlu ada ketika merancang pelaburan saham anda.
Sabar di dalam pelaburan memerupakan sikap pelaburan di puji,hingga Warren Buffet menyatakan ‘Sabar adalah pelaburan yang utama dan paling utama’ di samping itu Nabi Muhammad SAW bersabda sebagimana yang di riwayatkan oleh Abu Said Al-Khudri r.a
Seseorang itu tidak di kurniakan sesuatu pemberian yang lebih baik dan lebih luas daripada Sabar.
Jesteru para pelabur saham yang di kasihi sekalian kita perlu sentiasa belajar dan terus belajar,belajar tentang ilmu mengawal diri dari mejadi tidak sabar ketika melabur ianya berupa jaminan kepada orang yang bertakwa.Ingat saudara jikalau kita yakin pelaburan kita betul maka apa yang kita labur pasti menjadi.InsyAllah.