China Longyuan, Raksaksa yang sedang tidur.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Hari ini saya ingin membincangkan tentang sebuah syarikat konglomerat negara China yang di senaraikan di pasaran Hang Seng iaitu sebuah syarikat yang bernama China Longyuan Ltd Company,apa yang saya nampak syarikat ini ialah ianya merupakan syarikat uitliti tenaga yang menjanakan elektrik dengan menggunakan tenaga angin,solar,arang batu serta menyambungkan grid elektrik antara janakuasa-janakuasanya kepada pengguna.
logo Syarikat China Longyuan Ltd(0916 HK)
Saiz syarikat ini ialah USD21.1 Billion dan apa yang mengembirakan pelabur ialah harganya sekitar HKD7.91 (100HKD=RM38.83) atau RM3.03 sesaham,jadi anda bayangkan dengan RM3.03 sesaham anda memiliki sebuah syarikat bernilai USD21.2Billion yakni lagi besar dari Sime Darby(USD 9.0 Billion)dan lain-lain lagi.
Perniagaan utama China Longyuan ialah menjanakan tenaga elektrik dengan menggunakan janakuasa turbin dari sumber angin dan juga memiliki sejumlah ‘wind Farm’ iaitu kompleks janakuasa turbin angin yang besar,sebagaimana sedia maklum China adalah negara yang terbesar di dunia dengan penduduk sejumlah 1.3billion dan guna tenaga di kawasan-kawasan utama di China masih rendah lagi.Ada beberapa faktor utama kelebihan saham China Longyuan ini
1)China Longyuan ingin menjadi nombor satu dunia pengeluar elektrik bersumberkan tenaga angin
Jumlah pemasangan turbin tenaga angin di dunia di dominasi oleh Amerika dan Eropah dan jumlah keseluruhan masih di dalam lingkungan 9 gigawatt akan tetapi China Longyuan berazam memasang turbin janakuasa angin ini sejumlah 13 gigawatt!(Ingat tuan-puan empangan Bakun di Sarawak sahaja menjana 2500 MW ) dan China Longyuan sahaja sudah memasang turbin angin sebanyak 7Gigawatt dan sasaran memasang turbin angin sebanyak 13gigawatt itu di jangka akan tercapai menjelang 2013.
2)Dasar kerajaan China mengurangkan tenaga bersumberkan dari arang batu
Menjelang 2020,China berazam mengurangkan pengeluaran tenaga elektrik bersumberkan dari arang batu dan menjadikan China sebuah negara bersih dan bebas dari pencemaran karbon.pencemaran karbon akan menyebabkan kesan rumah hijau dan kesannya bumi semakin panas dan paras laut semakin meningkat dengan cairnya apungan ais di Artik dan Antartika.Sejumlah USD700 Billion di peruntukkan oleh kerajaan China untuk diberik kepada syarikat-syarikat yang menjalan aktiviti penjanaan tenaga elektrik dari sumber tenaga alternatif ini dalam bentuk subsidi.
3)Krisis nuklear di Jepun
Penjanaan tenaga elektrik berasaskan dari sumber tenaga nuklear amat murah dan boleh menjana elektrik dalam tempoh yang amat lama,apabila Jepun di landa gempa bumi 8.9 Skla richter dan menyababkan berlakunya gelombang tsunami ianya menghancurkan banyak kemudahan awam dan juga stesen janakuasa elektrik,antara yang terkena ialah stesen Fukushima Daichi iaitu stesen janakuasa elektrik nuklear Jepun menyebab 1 dari 5 reaktornya meletup dan menyebabkan perdana menteri jepun,Naoto Kan memberi amaran radiasi tahap ekstrem kepada penduduk sekitar loji serta menyuruh penduduk yang berhampiran agar jangan keluar rumah.Kesan dari pada itu indeks Nikkei jatuh seribu mata kepada 8779.09 dan para penganalisis melihat berlaku kenaikan harga saham mendadak ke atas semua kaunter syarikat yang mejalankan perniagaan tenaga alternatif seperti China Longyuan naik dari harga HKD7.19 kepada HKD7.50 dalam masa dua hari berturut-turut iaitu sebanyak 4.13%!
Di samping itu juga kerajaan China menghentikan sementara 24 janakuasa reaktor nuklear yang masih di dalam pembinaan sehingga selesai laporan keselamatan oleh pihak keselamatan tenaga China,Jerman pula sudah menutup janakuasa elektrik nuklear yang sudah usang dan Chansellor Jerman Angela Merkel merancang memperhebatkan lagi penjanaan sumber tenaga alternatif seperti angin dan solar.
Gambar:Salah satu reaktor nuklear Fukushima Daichi meletup.
4)Keuntungan dari tahun ke tahun bertambah.
Keuntungan China Longyuan bertambah dua kali ganda kepada RMB2.02Billion daripada RMB899 Juta pada tahun 2009 di dorong oleh pihak syarikat yang sangat agressif memasang turbin-turbin angin baru dan kita lihat keseluruhan kapasiti pemasangan turbin angin sudah mencecah 7 gigawatt! Dan syarikat bercadang akan memulakan pemasangan turbin angin di pesisir pantai dan ianya salah satu projek mega syarikat yang akan menjana keuntungan tunai yang besar kepada syarikat China Longyuan.
Gambar:Kompleks penjana tenaga elektrik pesisir pantai China Longyuan
Jesteru sebagai pelabur kita harus berfikir,bolehkah China Longyuan ini akan meletakkan dirinya sebaris dengan raksaksa syarikat konglomerat China lain seperti CNOOC(0883.HK) dan Perochina(PTR:NYSE) yang berkembang di dorong oleh permintaan tenaga elektrik yang meningkat atau bolehkah harga saham China Longyuan ini boleh sebanding dengan CNOOC(HKD19.25) pada masa hadapan?siapa tahu?Wallahu’Alam.
Baca seterusnya: Xinjiang Goldwind Serta Pengiraan Modal dan Kos Membeli Saham Ini