Selamat Pagi semua dan Selamat Menjadi Pelabur Jutawan
Hari ini kita di maklumkan dengan pengumuman oleh LDK Solar,syarikat pengeluar panel solar di China mengumum akan mengunjur semula sasaran jualan dari suku tahunan ke empat naik 21 peratus lebih tinggi dari sebelumnya,pengumumam demikian menyebabkan saham-saham pembuat panel solar yang lain pun melonjak sama seperti JA Solar,Sun Power,Canadian Solar dan Yingli Energy.
Berikut carta menunjukan aliran indeks harga saham pembuat panel solar ini berbanding S&P 500 yang di petik dari TickerSpy.com
Indeks tersebut menunjukan peningkatan hampir 30% harga saham dan kita lihat trend ini berlaku atas beberapa faktor
1) Permintaan dari Italy,Sepanyol,Jerman dan seluruh dunia bertambah
Permintaan panel solar untuk di gunakan menjana elektrik bertambah di dorong dengan dasar kerajaan memberi subsidi kepada penghuni rumah.Dasar ini di panggil ‘Fed In Tarif’ yang memberi penghuni rumah supaya dapat membeli panel Solar dengan harga yang murah.Jerman merupakan pelopor utama industri solar dan tenaga alternatif yang lain dan subsidi ini akan memberikan kelebihan kepada semua pembuat panel solar.
2) Masalah Hutang di Eropah semakin nampak jalan penyelesaian.
Masalah hutang di kalangan negara Eropah seperti Portugal,Italy,Ireland,Greece dan Sepanyol hampir nampak jalan penyelesaian seperti apa yang di alami oleh Greece dan Ireland yang di mana IMF dan EU bersetuju ‘menyelamat’kan negara-negara tersebut dari mengalami bebanan hutang yang teruk dan perlu diingat EU telah sepakat menperuntukan 789 Billion Euro untuk menyelamatkan negara-negara eropah tersebut yang mengalami masalah kewangan ini.
3) Harga Minyak dan Arang Batu melambung
Hampir kesemua tenaga di janakan dengan mengunakan minyak dan arang batu,lihatlah harga minyak telah mencapai harga tertinggi pada tahun ini iaitu USD92 setong dan ini memberikan impak inflasi kepada negara-negara bukan pengeluar minyak utama,OPEC iaitu organisasi pengeluar minyak dunia mengunjurkan harga minyak akan kekal di dalam unjuran USD110 dan keatas.
Baca seterusnya: 5 Kelebihan Saham Amerika
Begitu juga dengan harga arang batu semakin meningkat akibat berlaku banjir di Australia dan menyebabkan harga saham pengeluar arang batu seperti Rio Tinto meningkat juga ,Oleh yang demikian seluruh kerajaan di seluruh dunia sibuk membangunkan industri tenaga alternatif seperti Solar,Hydro,Biomass,nuklear dan angin bagi menangani masalah ini dan ianya di pelopori oleh negara-negara seperti China,Amerika,Eropah dan lain-lain lagi.
Oleh yang demikian sebagai pelabur jangan lepaskan peluang di dalam industri Solar yang semakin berkembang ini,Saham seperti LDK Solar,JASO,Sunpower,Yingli Energy hendaklah kita dapatkan dan perhatikan perkembangannya dari masa ke semasa supaya peluang 10 tahun sekali ini dapat kita manfaatkan……Selamat Menjadi Pelabur Jutawan!
3 comments
Masih sempat lagi melabur di dalam Industri Solar China,modal di perlukan ikut kemampuan dan dan yang penting anda boleh membeli 1unit sahaja! dan simpan saham ini dalam benttuk matawang Amerika………US Dollar!
nak tye sket bro,
camne nak invest kat stock mrket US?
sy gune platform osk..bole explain sket procedure nye…
Salam….sebab Tuan Gunakan OSK188.com saya ucapkan tahniah dan selamat menjadi pelabur jutawan!
senang sahaja langkah-langkahnya
1)pastikan tuan sudah membuka CDS dengan OSK188.com dan tandatangan borang ‘Cross Border trading’
2)aktifkan online trading tuan dan yang penting ‘Global trading’ tuan sudah aktifkan.
3)platform Internet Explorer di syorkan sebab software masih lagi x support untuk Chrome dan Firefox
4)Minta tolong/Remisier anda jikalau ada kemusyikilan
Saya sedia membantu tuan kalau tuan ada di sekitar KL….InSyAllah pada 8hb 2 2011 saya sudah berpindah ke OSK Seri Petaling KL…Boleh Di hubungi pada 0390591201.
terima Kasih..