Home Idea Pelaburan Sampai Bila Harga Emas Boleh Bertahan?

Sampai Bila Harga Emas Boleh Bertahan?

by Mohd Al Adzha

Assalamualaikum dan selamat pagi semuanya

Semalam saya di tanya oleh seorang ‘pelabur’ tentang  pelaburan emas,saya pun memberikan pandangan perbadi saya tentang pelaburan emas ini hinggakan kesemua orang sibuk membeli pelaburan emas baik di dalam bentuk fizikal atau simpanan buku pelaburan emas di bank-bank komersial.

Sebelum saya pergi lebih lanjut tentang pelaburan ini baik kita kaji dulu apakah faktor yang menyebabkan nilai emas  melambung tinggi?baiklah faktor penyebabnya ialah

Gambar:Harga Emas vs US Dollar

1.Harga Emas pasaran dunia di dorong dengan pergerakan nilai US Dollar

US Dollar merupakan matawang antarabangsa dan semua transaksi antarabangsa menggunakannya untuk berjual beli.Nilai US Dollar semakin lama semakin jatuh berbanding dengan nilai matawang lain berpunca daripada krisis hutang subprima di Amerika dan krisis ini berjangkit hingga ke blok Eropah yang menggunakan matawang Euro,Amerika sibuk mencetak wang baru di tambah pula hutang negara tersebut sudah mencapai USD1.4 Trilion!,

Perkara ini berlaku di sebabkan Amerika terpaksa membeli Bond korperat di dalam negara tersebut myang kebanyakan sudah muflis dan pada masa yang sama kadar faedah negara tersebut masih hampir mencecah kepada ‘kosong’ peratus,perlu di ingat kadar faedah adalah elemen penting bagi sebuah negara tersebut dalam memberi dan mendapatkan pinjaman untuk di jana oleh ekonomi Amerika.

Baca seterusnyaSoal Jawab Pelaburan Dengan Pekerja Qatar Dari Malaysia

Kadar faedah yang hampir kosong ini menyebabkan nilai Dollar jatuh berbanding dengan matawang lain dan ini mengakibatkan pedagang-pedagang boleh membeli barang atau saham dengan harga yang sangat murah.

Anda boleh ketahui kekuatan dan kelemahan USD Dollar ini apabila melakukan pertukaran matawang asing ,sebagai contoh tukaran Ringgit berbanding US Dollar Amerika semakin mengukuh,UOB research menyatakan dalam nota penyelidikannya bahawa nilai Ringgit boleh mencecah RM.2.95 pada akhir tahun ini.

2.Portugal,Ireland,Italy,Greece dan Sepanyol

Mereka ini adalah negara yang di gelar sebagai PIIGS!,kesemua negara tersebut mengalami defisit hutang yang melampau dan tidak mampu membayar balik pinjaman kepada negara luar tepat pada masanya ianya berpunca kesan dari krisis subprima di Amerika,jadi orang yang memainkan peranan penting di dalam situasi ini ialah IMF atau tabung kewangan antarabangsa,masih ingat kah kita pada tahun 1997 di mana negara kita di landa kegawatan ekonomi dan IMF bermurah hati ingin memimjamkan wang kepada negara kita?

Tetapi kita tidak mengambilnya.IMF adalah organisasi yang memberikan pinjaman kepada negara asing yang menghadapi masalah kewangan dan hutang yang tidak terurus,IMF semalam mengumumkan sedia memberi EUR4.6 Billion tambahan kepada Greece yang di lobi oleh Perancis dan Jerman suapaya menyelamatkan Greece dan nilai EURO malahan ada orang memberitahu Greece sekarang ini sudah menjadi tanah jajahan Jerman secara tidak langsung.

Sebenarnya situasi 5 negara ini yang menghadapi masalah kejatuhan matawang  Euro di sebabkan oleh hutang tidak terurus menyebabkan pelabur komoditi Billionair terkenal Jim Rogers amat terkejut,beliau menyebut nilai komoditi seperti emas dan pertanian akan meningkat di sebabkan nilai US Dollar dan Euro jatuh mendadak di dorong oleh pembelian secara agressif oleh pelabur Hedge Fund dan lain-lain lagi.

Gambar:Pelabur Komoditi terkenal,Jim Rogers

3.Inflasi serata dunia

Inflasi menyumbang utama harga Emas melonjak tinggi dan ianya berlaku apabila nilai US Dollar semakin jatuh dan pelabur dan pembeli beleh membeli komoditi selain emas dengan kadar yang banyak di pasaran antarabangsa.

Pada masa yang sama komoditi tersebut semakin berkurangan akibat pembeli yang besar seperti China dan India sentiasa membeli komoditi seperti minyak,besi dan sebagainya untuk keperluan domestik mereka,apabila  Inflasi meningkat pelabur terus membeli Emas sebagi ‘pelindung’ dari inflasi yang ‘memakan’ nilai matawang,hingggakan komoditi makanan dan pertanian tidak terlepas oleh keadaan inflasi tersebut,bayangakn pada tahun 2009 anda boleh membeli kuih karipap pada harga  RM1 untuk  3 biji sekarang RM2 untuk 5 biji!

Gambar:Kuih Karipap Pusing,hmm Enak!

Jesteru harga emas ini di dorong oleh faktor anatarbangsa,perlu di ingat pelabur spekulasi seperti George Soros sudah menjual pegangan Emas masing-masing demikian pula dengan Warren Buffet pelabur ekuiti billionair, baliau menyebut”Lupakan Emas dan fokus kepada ekuiti”,pada hemat saya harga emas ini berada pada harga spekulasi yang mana nilainya tidak kena pada nilai sebenarnya tambahan pula pelaburan emas ini bukan pelaburan untuk memgumpual unit yang banyak dan ianya adalah permainan harga oleh pelabur antarabangsa dan bukan tempatan.Fikirkanlah!

Related Articles

Leave a Comment